11/10/2021
Persiapan Untuk Majlis Perasmian Stesen Mek Awey di Bandar Baru Tunjung.
Stesen Mek Awey ini akan di rasmikan oleh YAB Ustaz Dato’ Haji Ahmad bin Yakob
(Dato’ Bentara Kanan) Menteri Besar Kelantan.
Esok di Kios Oden akan diberi percuma sebanyak 100bekas oden.
Jom dapat kan kupon Percuma ini di District 50 hari ini.
10/10/2021
Kita akan bagi 100bowl Oden secara percuma pada 12/10/2021 Sempena perasmian Strsen Mek Awey.
Jom dapat kan kupon oden di District 50 bandar baru tunjung pada 11/10/2021 esok.
22/07/2021
10 Panduan berinteraksi dalam Media Sosial berteraskan Surah Al Hujurat
09/07/2021
Team K-DMEC melaksanakan peyampaian Bakul keperluan dapur kepada mereka yang terpilih.
Terima kasih kepada penyumbang ikhlas KHR KOTA BHARU bersama Majalah Sosial Bispoint yang sudi menyumbang dana ini.
14/04/2021
Petang tadi pada lebih kurang jam 4ptg di Holiday Villa Hotel & Suites, Wakaf Che Yeh, Kota Bharu, Kelantan,Pihak Hotel Holiday Villa melaksanakan Program Pembahagian 500pax Bubur Lambuk kepada Penghantar Makanan bermoto dan juga berkereta.
Pihak hotel juga mempromosikan PAKEJ RAMADHAN bertemakan “CITARASA TIMUR TENGAH” turut di promosi kan juga BUFFET COLEK CAMPUR pada harga RM15 utk dewasa dan RM12 utk kanak kanak.
Program pembahagian Bubur Lambuk ini akan di adakan pada setiap hari Khamis di sepanjang Bulan Ramadhan ini.
12/04/2021
Salam Ramadhan1442/2021 Buat Semua.
05/04/2021
Selesai je Program Jana Ekonomi Wanita “Resepi Puding Raja” Anjuran Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan dengan K-DMEC semua peserta dapat Sijil Penyertaan Dengan Modul Resepi Puding Raja.
Terima Kasih Duta Kelantan Yaya Cakes yang telah menyediakan modul Peti Besi ini.
Selepas ini banyak lagi Module2 resepi yang menarik untuk di pelajari.
05/04/2021
Pada Hari Sabtu 3.4.2021. Telah berlansungnya satu aktiviti dengan Nama Program Jana Ekonomi Wanita “Resepi Puding Raja. Program Ini adalah Anjuran Bersama Jabatan Pembangunan Wanita Negeri Kelantan dengan Kelab Media Digital & Eksplorasi Kelantan K-DMEC. Program ini di laksanakan Di BreadOz Baker Outlet yang terletak di Telipot Kota Bharu dengan Tenaga Pengajar atau Chef yang Tersohor Di Kelantan di kenali dengan Duta Kelantan Yaya Cakes
Alhamdullilah, program ini mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran peserta penuh.
Program Jana Ekonomi Wanita “ Resepi Puding Raja” Ini di mulai dengan Ucapan aluan Pengarah Pembangunan Wanita Negeri Kelantan iaitu Puan Hasmaryanti Binti Kamaruzzaman dan seterusnya di kendalikan oleh Chef kita dengan memasak
✓ Resepi Puding Raja Kelantan,
✓ Resepi Puding Raja Pahang,
✓ Resepi Bonus - Cinnamon Rolls, Jus Lemonade.
Program ini tamat pada pukul 1:30 Tengah Hari.
Para peserta sangat gembira dan meminta pihak penganjur untuk meneruskan lagi program2 yang bermaanfaat seperti ini di masa akan datang.
26/03/2021
Malam ni Meeting Untuk Program program Bulan Mac dan April 2021
20/03/2021
Hari ini 20/03/2021 program kayak Ekplorasi Usahawan Kelantan 2021 anjuran DPMM Kelantan 2020-2023 bersama Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan dgn Kerja sama K-DMEC, Kelab Belia Pak Hussin, Projek Paseto II, Ccopong dan Nurehan.
Satu pengalaman yang menarik untuk peserta hari ini. Terbaik la. InsyaALLAH kita akan buat lagi program berkayak ini.
19/03/2021
Baju Kayak Explorasi Usahawan Muda Kelantan 2021 telah pun siap.
Jangan lupa esok 20/03/2021 Kayak Explorasi Anjuran Urus Setia Belia dan Sukan Kelantan bersama Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Negeri Kelantan Dengan Kerja Sama K-DMEC dan Kelab Belia Pak Hussin Di Jayakan oleh Projek Paseto,Ccopong, dan Nurehan.