08/06/2026
Coretan 8 Jun 2026
Bismillah
Mulai hari ini berkampung di sini di sini 3D2N bersama usahawan JKM untuk program Bangkit Digital Marketing, semoga dipermudahkan dan berjalan lancar perjalanan program. In Sha Allah
01/06/2026
DIRGAHAYU TUANKU 🇲🇾
Merafak sembah dan setinggi-tinggi ucapan tahniah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Semoga KDYMM Tuanku dikurniakan keafiatan yang berpanjangan, kesejahteraan serta terus memayungi rakyat dan negara dengan penuh kebijaksanaan, keadilan dan kemakmuran.
Daulat Tuanku.
Sembah Takzim daripada Warga Kerja
Workwell Asia Sdn. Bhd.
31/05/2026
Coretan 31 Mei 2026
Sebelum start menoreh esok kita gi servis keta dulu untuk keselamatan dan kelancaran perjalanan fungsi kenderaan untuk berbakti kepada tuannya
27/05/2026
Coretan 27 Mei 2026
"Selamat Hari Raya Aidiladha diucapkan kepada seluruh umat Islam terutama kenalan, kawan, sahabat dan sanak saudara yang mengenali diri ini, Semoga semangat pengorbanan, keikhlasan, dan ketaatan pada hari yang mulia ini mengajar erti ihsan dan kasih sayang sesama insan.
Semoga ibadah korban diterima Allah SWT dan hidup kita sentiasa diberkati. Akhir kata saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha, Maaf Zahir & Batin
Ikhlas daripada
BizCoach Ab Aziz
24/05/2026
Mohamed Salah and Andy Robertson, thank you ❤️❤️❤️
20/05/2026
Coretan 20 Mei 2026
Alhamdulillah syukur kepadaNya telah selesai dengan jayanya Program Pemantapan Perkhidmatan Kerja Sosial, JKM Negeri Kelantan dengan penutupan program dirasmikan oleh Yang Berusaha Encik Che Samsuzuki Bin Che Noh, Pengarah JKM negeri Kelantan.
Selaku penyedia latihan tiada ape yang paling teruja dan mengembirakan apabila mendapat feedback yang sangat positif dari peserta dan pihak client.
18/05/2026
Coretan 18 Mei 2026
Berkampung di sini selama 3D2N bersama adikanda Coach Faez untuk program pembangunan modal insan JKM negeri Kelantan