02/05/2026
Laporan: Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia (MSSM) 2026
Telah berlangsung dengan jayanya Kejohanan Merentas Desa MSSM 2026 di WP Labuan, Sabah pada 23-26 April 2026 yang lalu.
Sebahagian anak-anak dibawah kendalian Coach Radelea Runner telah terpilih mewakili Kontigen Kelantan dan berjaya memperoleh keputusan seperti berikut:
Perempuan 12 Tahun
ππ»ββοΈ Rhea
π₯ Ke-3
ππ»ββοΈ Radea
π
Ke-48
π Kontigen Kelantan - Juara Kumpulan
Perempuan 15 Tahun
ππ»ββοΈ Raisya
π
Ke-4
π Kontigen Kelantan - Juara Kumpulan
Lelaki 15 Tahun
ππ» Amir
π
Ke-5
Lelaki 18 Tahun
ππ» Amnan
π
Ke-20
Tahniah buat anak-anak semua atas keputusan yang cemerlang! Tahniah buat semua yang berjaya melayakkan diri ke MSSM! Tahniah buat team khususnya dan Kontigen Kelantan amnya! π€©
Teruskan mencuba walau apa jua cabarannya! Bersama kita menangkat sukan larian ke persada dunia! πͺπ»
Keputusan Rasmi: https://jsports.com.my/merentasdesa/mssm/
Gambar Rasmi: https://mssm2026.jpwpl.gov.my/category/galeri/
-sixsixsix sekolah dulu ponteng hari sukan. dah tua ni sanggup bayar beratus untuk funrun 5km sebab medal lawa π€-
07/04/2026
Hebahan Umum: Penjenamaan Semula Nama Kumpulan
Bersama kita mengangkat sukan larian ke persada antarabangsa!
-Pengurusan DDR-
20/01/2026
Laporan: Twincity Marathon 2026
Bandar Pemerintahan dan Bandar Pintar, itulah dia dua bandar kembar yang berada di pinggiran Negeri Selangor. Bandar yang dengan βJayanya telah berJaya' menarik sehingga 16,000 peserta dari seluruh pelusuk tanah air mahupun antarabangsa.
Putrajaya dan Cyberjaya.
Beberapa wakil DDRxTPR telah menyertai acara berkenaan dengan keputusan terbaik adalah seperti berikut:
Half Marathon Men Veteran
ππ» AzrulNizam
π₯Tempat Ke-3
β1:26:15 (π
New PR)
Tahniah kami ucapkan buat Ijea atas kejayaan cemerlang berkenaan. Tahniah juga diucapkan buat ahli-ahli Half Marathon yang lain termasuklah Suhaimi Ketua, Basir, Azuwan dan Redhwan serta Eyfah dan Fatin yang mewakili acara 12km. ππ»
Tahniah buat mereka dan kalian semua kerana berjaya menamatkan dengan sehabis daya! Kami bangga dengan anda semua! π€©
Keputusan dan gambar rasmi boleh didapati di https://twincitymarathon.com/
-sixsixsix masih off season. kalau start training tu maknanya ada lagi 2 minggu sebelum next race π€-
14/01/2026
Acara: Sesi Serahan Baju Edisi 2026
Terima kasih kami ucapkan kepada anda semua keluarga besar kerana terus kekal menyokong dan bersama sehingga ke hari ini. π
Tanpa anda semua, siapalah kami..
Terima kasih dan terima kasih! π₯°
Semoga tahun 2026 menjadikan kita semua lebih maju jaya dalam segala impian dan cita-cita! πͺπ»
Bersama kita menjadikan sukan larian sebagai suatu gaya hidup sihat dan meningkatkan taraf kejayaan larian di persada antarabangsa! π€©
-Barisan Admin DDRxTPR-
16/12/2025
Hebahan Tempahan Baju DDRxTPR Edisi 2026
Sukacita kami maklumkan tempahan baju team DDRxTPR edisi 2026 telah dibuka!
Tempahan hanya dibuka selama 3 hari pada 16-18 Disember 2025!
Jom sertai keluarga besar DDRxTPR dalam menjadikan larian sebagai suatu gaya hidup yang sihat dan memajukan sukan larian negara ke peringkat lebih tinggi!
Tempahan boleh dibuat melalui pautan di bio, QR Scan atau tekan pautan berikut:
TEMPAHAN DITUTUP!
TEMPAHAN DITUTUP!
TEMPAHAN DITUTUP!
Jumpa anda di hari penyerahan Januari 2026 nanti!
-admin DDRxTPR-
12/12/2025
Laporan: Eastcoast Half Marathon 2025
Suatu kelainan dan visi yang berbeza dengan mana-mana acara larian di Kuantan, dengan menggabungkan elemen larian, pelancongan dan budaya tempatan dalam satu acara larian. Acara edisi pertama ini telah menarik sehingga 1,470 orang peserta dari seluruh pelusuk negara dalam bagi pelbagai kategori dari 1.5km sehingga ke 21.0975km.
Larian yang dimulakan di 1940 Kopitiam sebagai lambang bangunan lama di Kuantan ini membawa peserta melalui bandar Kuantan seterusnya melalui kedua-dua Jambatan Tanjung Lumpur sebelum berakhir di Taman Esplanade Kuantan (Benteng Kuantan) berlatar belakangkan Menara 188 yang gagah membelah langit Kuantan.
Beberapa wakil DDRxTPR telah menyertai edisi sulung ini dengan keputusan seperti berikut:
5km Kids
ππ» TM Khashfi Hakim
π Juara
10km Men Veteran
ππ» TM Kalid
π
Ke-6
Half Marathon Men Open
ππ» Haikal Fauzi
π
Ke-5
ππ» Faris Imadi
π
Ke-9
Tahniah buat Khashfi dan ayahnya Kalid atas kejayaan berkenaan! Tahniah buat Haikal dan Faris kerana berjaya mendapatkan kedudukan 10 terbaik kategori! Teruskan! π₯³
Tahniah juga untuk semua peserta walau apa jua keputusannya. Teruskan berusaha kerana yang berusaha pasti akan berjaya! πͺπ»
Keputusan rasmi:
https://results.multispotevent.com/results.aspx?CId=20384&RId=125&EId=1
Gambar Rasmi:
https://actioncapturemalaysia.com/galleries/east-coast-half-marathon-2025
-sixsixsix pernah lah lepak di Benteng suatu ketika dulu. Sejak jadi Esplanade ni belum sempat lagi nak menyinggah haa..-
06/12/2025
Laporan: Bentong Marathon 2025
Bentong, bandar yang akan dibayangi dengan hutan hijau dan bukit bakau merimba luas. Bandar yang tenang dan damai untuk percutian hujung minggu bagi aktiviti kayuhan basikal, larian ultra, mendaki gunung termasuklah percutian perkelahan keluarga.
Bentong Marathon 2025 edisi yang pertama kalinya tampil dengan konsep pada pandangan kami adalah gabungan antara Road Running + Trail Running.
Larian yang bermula di Janda Baik menghala Genting melalui Bukit Tinggi dan Genting Sempah memaksa peserta-peserta untuk mendaki sehingga 1000m bagi FM dan 400m bagi HM! Ini menjadikan Bentong Marathon 2025 adalah antara βRoad Runningβ yang paling kejam bagi kami setakat ini!
Wakil Team DDRxTPR tidak melepaskan peluang merasai sendiri acara edisi sulung yang sungguh unik ini dengan keputusan berikut:
Men Open 21km
ππ» Faris Imadi
π
Ke-6
Tahniah kami ucapkan kepada Faris atas kejayaan berkenaan! Terus cemerlang! π₯³
Tahniah kami ucapkan kepada semua yang berjaya menamatkan βacara pendakianβ ini! Anda terbukti kental dan hebat! π«‘
Keputusan Rasmi:
https://results.checkpointspot.asia/results.aspx?CId=17036&RId=10702&EId=1
Gambar Rasmi:
https://harimau.run/bentong25
https://www.vepicture.com/galleries/20251129-bentong-marathon
-sixsixsix drive kereta nak gi berkelah kat situ pun dah penat. macam mana lah korang boleh lari dan kayuh area situ π₯Ή-
01/12/2025
Laporan: JomRun Kuala Lumpur Tower Run International Challenge 2025
Kerana mendaki gunung terlalu awam maka kita daki bangunan! Kita pelari kalcer!π
π»
1,608 anak tangga dengan ketinggian sehingga 292 meter, itulah yang perlu dilalui oleh peserta KLTRIC2025 awal pagi semalam. Acara yang diiktiraf sebagai Kejohanan Rasmi Kebangsaan oleh Persatuan Towerrunning Malaysia ini telah disahut cabarannya lebih 1,000 orang peserta melibatkan banyak buah negara.
Wakil dibawah kendalian Coach Azam Radelea Runner telah menyertai acara berkenaan dan memperoleh keputusan seperti berikut:
Boys (13-18 years old)
ππ» Adam Amjad aka Dudu
π Juara Kategori
π Keseluruhan 7
Girls (13-18 years old)
ππ»ββοΈ Raisya Adelea aka Kakak
π Juara Kategori
π Keseluruhan 48
Tahniah untuk adik-adik atas kejayaan berkenaan! Kami bangga dengan kejayaan kalian! π₯³
Tahniah juga untuk semua peserta yang menamatkan dengan jayanya! Kami bangga dengan semangat kalian! Teruskan! π«‘
Keputusan rasmi:
https://tinyurl.com/KLTowerOfficialResults
https://tinyurl.com/RaceTigerTiming-KLT
Gambar rasmi:
https://wanmahazir.photohawk.com/galleries/kl-tower-run-2025
-sixsixsix hujung minggu je training tangga escalator di mall lepas carbo load kaw-kaw π₯°-
15/11/2025
Laporan: Larian Mini Kelantan 2025 (Larian Milo)
Larian 'Mini' yang bukan bererti mini apabila penyertaan mencecah 10,250 orang pelajar dari 162 sekolah di 10 daerah Kelantan!
Larian Mini atau Larian Milo ini bertujuan mencari bakat terpendam anak-anak sekolah rendah dalam menjadikan sukan larian dan olahraga ke peringkat yang lebih tinggi.
Larian Mini/Milo edisi 2025 menyaksikan para peserta melalui damainya Bandar Lubuk Emas Bandar Tanah Merah termasuklah flyover ikonik di pusat bandar. π€
Wakil team DDRxTPR dibawah kendalian Coach Azam Radelea Runner berjaya peroleh keputusan adalah seperti berikut:
9 tahun (Lelaki)
ππ»Yusof
π₯Kedudukan 3
9 tahun (Perempuan)
ππ»ββοΈRadea
π₯Kedudukan 2
10 tahun (Lelaki)
ππ»Nik Irham
πKedudukan 1
11 tahun (Lelaki)
ππ» Amar
π₯ Kedudukan 3
11 tahun (Perempuan)
ππ»ββοΈRhea Assyifa
πKedudukan 1
Tahniah anakanda semua! Tahniah buat semua peserta, jurulatih, guru-guru serta ibubapa atas segala komitmen dan usaha. Kami bangga dengan kalian semua! π€©
Semoga sukan larian dan olahraga terus melangkah maju ke peringkat antarabangsa!
Analisa/Sijil Rasmi: https://lookerstudio.google.com/reporting/94281730-7215-4380-a8a5-1bbd6e4e09cd/page/p_mz094tdpnd
-sixsixsix berkali-kali tempat pertama beratur di van milo sekolah dulu-dulu πβ-