Kelantan TRW

Kelantan TRW

Share

KAMI AKAN MENYAMPAIKAN INFO-INFO TERKINI BERKAITAN DENGAN PASUKAN KELANTAN TRW..

01/10/2022

Perlawanan 'abang, adik' berlangsung tegang

Aksi 'Kelantan Derby' dicemari insiden pergaduhan pemain kedua-dua pasukan.

Kejadian berlaku pada masa kecederaan di separuh masa kedua selepas penyerang Kelantan United, Njoku Jacob dijatuhkan di kawasan tengah padang.

Pemain tengah tuan rumah
Nik Akif Syahiran Nik Mat dan Muhaimin Izuddin Muhammad Asri dilayangkan kad merah semasa insiden pergaduhan itu.

Bagaimanapun aksi tegang itu dapat ditenangkan oleh pegawai perlawanan, Zulkarnain Zakaria dan perlawanan berakhir seri 1-1.


😩

09/03/2021

FAM teliti laporan insiden babit pengadil, pemain

Oleh Zulfaizan Mansor

KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan meneliti laporan daripada penilai pengadil dan pengadil perlawanan berhubung satu insiden membabitkan pengadil serta pemain ketika aksi Liga Perdana antara Kelantan FC dan Perak II FC, di Kota Bahru, sebelum mengambil sebarang tindakan.

Insiden pada minit ke-39 dan tular di media sosial itu menyaksikan pengadil perlawanan, Amirul Aizat Mohd Lodin menghadang pemain Kelantan FC, Jack Hindle daripada melakukan percubaan di dalam kota penalti sebelum pemain itu bertindak menolak beliau hingga terjatuh.

Setiausaha Agung FAM, Stuart Ramalingam menjelaskan pihaknya akan membuat penilaian dari dua aspek berkaitan insiden itu selepas menerima laporan daripada penilai pengadil selain meneliti rakaman video.

"Bagi aspek pertama, FAM akan meneliti persembahan dan prestasi pengadil sepanjang perlawanan itu manakala aspek kedua mengenai tindakan pemain terbabit yang menolak pengadil.

"Berdasarkan perincian laporan, ia boleh dibawa ke Jawatankuasa Pengadil dan Jawatankuasa Tatatertib FAM untuk tindakan selanjutnya, jika perlu. Selepas itu semua itu selesai, barulah FAM akan mengeluarkan kenyataan lanjut berhubung insiden ini," kata Stuart ketika dihubungi, semalam.

Semalam, akhbar ini melaporkan bekas Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Subkhiddin Mohd Salleh menjelaskan Hindle patut dikenakan kad merah di bawah undang-undang berkelakuan ganas.

Beliau yang kini berperanan sebagai tenaga pengajar pengadil Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) bagaimanapun turut mengakui pengadil berkenaan berada pada posisi yang salah.

"Pengadil salah posisi, itu tak salah dari segi undang-undang. Tapi pemain, bila anda tidak dapat menahan emosi dan kelakuan, undang-undang akan ambil tindakan. Ini di bawah klausa kelakuan ganas," katanya.

07/03/2021

tokleh sumbak gol bulihh tolok reff reboh netea guling batingg takpo doh..

07/03/2021

JACK HINDLE

from ENGLAND..

setaro mano import nihh sep kito belako..bulih soyok jaring gol dok..

20/10/2020

10 TERBAIK YANG DISENARAI PENDEK...

kalu ambo no 3 dgn no 7. .

sep demo pilih hok mano??

Oscar Minat Latih Pasukan Kelantan 12/10/2020

https://makanbola.com/oscar-minat-latih-kelantan/

Info tanpa henti
3431
*Kelantan mungkin akan menampilkan permainan gaya tiki taka pada musim depan setelah seorang jurulatih luar berbangsa Sepanyol menyatakan minat untuk melatih pasukan dari pantai timur itu.*

Jurulatih yang bernama Oscar Cespedes Cabeza menyatakan dia bersedia membawa Kelantan kembali ke Liga Super pada musim depan serta menjadikan Kelantan kembali digeruni di arena bola sepak negara seperti tahun 2012.

*Oscar mempunyai pengalaman yang luas dalam arena kejurulatihan serta pernah membawa beberapa nama besar ke kelab yang dikendalinya sebelum ini seperti bintang Manchester City, Yaya Toure. Beliau sebelum ini membimbing pasukan Qingdao Huanghai F.C yang merupakan pasukan di liga utama China. Oscar membawa kelab dari timur China itu menjuarai Liga Division 1 sekaligus menempatkan pasukan tersebut di Liga Super China.*

Oscar Bersama Yaya Toure
Pemilik baharu Kelantan yang lebih dikenali dengan nama Zamsaham memberikan respon dengan menyatakan bahawa beliau bersedia membawa masuk Oscar ke Kelantan sekiranya jurulatih berbangsa Sepanyol tersebut bersedia menerima gaji yang kecil iaitu sekitar RM 15 ribu sehingga RM 20 ribu sebulan setelah disoal oleh penyokong setia Kelantan di ruangan komen.

Oscar Minat Latih Pasukan Kelantan Kelantan mungkin akan menampilkan permainan gaya tiki taka pada musim depan setelah seorang jurulatih luar berbangsa Sepanyol menyatakan minat untuk melatih pasukan dari pantai timur itu. Jurulatih…

09/10/2020

TAHNIAH !
KELANTAN FC layak Piala Malaysia..
KUFC layak x sape tahu ?

Malam ni KFC & KUFC kutip 3 mata penuh !

FULL TIME LIGA PRIMIER:

JDT II 0-1 KELANTAN FC
KELANTAN UNITED FC 2-1 Selangor II

08/10/2020

ZAMSAHAM BURU IMPORT EROPAH 🔴⚪️

Pemilik baru TRW Kelantan FC Encik Norizam Tukiman a.k.a Zamsaham menyatakan bahawa beliau ada "cuba merisik" import dari Poland & Eropah sbg persediaan untuk musim hadapan🔜

Beliau juga ada meminta "bisness partner" di poland untuk membantu dlm proses mencari Pemain Import berkualiti di sana.Perkara ini disahkan sendiri oleh beliau ketika menghadiri Program di Konti Radio Zamburger bersama Ketua Jurulatih TRW ,Yusri Che Lah.

Kalau Robert Lewandoski masuk Kelantan musim depan,Fans TRW ok ke?🧐

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Bharu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kota Bharu