29/04/2026
Kecederaan sukan yg biasa berlaku bagi sukan berlari cth bola sepak dan pelari².
Achilles tendinitis ialah keradangan @ iritasi pada tendon Achilles. Ia antara tendon terbesar dalam badan yang menghubungkan otot betis ke tulang tumit iaitu Achilles tendon.
Apa puncanya?
Selalunya berlaku kerana:
🔹Overuse — terlalu banyak berlari, melompat, futsal, hiking.
🔹Naikkan intensiti sukan mendadak — contohnya tiba-tiba training berat.
🔹Repeated strain — pergerakan berulang yang beri tekanan pada tendon.
🔹Kasut sukan tak sesuai.
🔹Otot betis tegang (tight calf muscles)
Simptom biasa:
🔹Sakit belakang buku lali / atas tumit.
🔹Rasa tegang dan kaku waktu pagi.
🔹Bengkak atau panas pada tendon.
🔹Sakit bila berjalan,berlari,naik tangga@ jinjit.
🔹Kadang berbunyi “creak” bila digerakkan
Rawatan awal (R.I.C.E)
✅ Rest – kurangkan aktiviti
✅ Ice – tuam ais 15–20 minit
✅ Compression – balutan sokongan jika perlu
✅ Elevation – tinggikan kaki
Pemulihan
🔹Regangan betis & latihan penguatan (eccentric calf raises sangat membantu).
🔹Fisioterapi jika berlarutan.
🔹Recovery boleh ambil beberapa minggu hingga beberapa bulan, ikut tahap kecederaan.
Bila bahaya? 🆘🚷
Kalau:
🔺sakit sangat kuat tiba-tiba,
🔺susah pijak kaki,
🔺terasa macam “pop” di belakang tumit,
itu mungkin Achilles tendon rupture (tendon koyak) dan perlu jumpa doktor segera.☝🏽
Ada beza Tendinitis vs Tendinosis ?
🔺Tendinitis = keradangan (biasanya fasa awal)
🔺Tendinosis = tendon mula rosak/degenerasi sebab overuse kronik (lebih serius).
Ramai ingat semua “radang”, padahal kadang tendon dah masuk fasa degeneratif.
semoga bermanfaat..
04/02/2026
🦶 Apa Itu Plantar Fasciitis?
Plantar fasciitis ialah keadaan keradangan pada plantar fascia — iaitu tisu tebal yang menghubungkan tumit ke jari kaki dan menyokong lengkungan (arch) kaki.
Ia adalah punca paling biasa sakit tumit.
📍 Tanda & Simptom
Sakit tajam di bahagian bawah tumit
Sakit kuat waktu:
💠Bangun tidur pagi 🌅
💠Langkah pertama selepas lama duduk/baring
💠Sakit berkurang bila berjalan, tapi boleh datang balik bila berdiri lama
💠Rasa tegang di tapak kaki
⚠️ Punca Utama
💠Berdiri lama (kerja kilang, guru, peniaga, security, dll)
💠Berat badan berlebihan
💠Kasut:
🔹Tapak nipis
🔹Tiada sokongan arch
💠Aktiviti impak tinggi:
🔹Larian
🔹Lompat
🔹Futsal / bola sepak
💠Struktur kaki:
🔹Kaki l***r (flat foot)
🔹Arch terlalu tinggi
💠Otot betis tegang
🩺 Cara Rawatan (Tanpa Pembedahan)
✅ Rawatan Asas
💠Rehatkan kaki
💠Kompres ais 15–20 min (2–3 kali sehari)
💠Regangan tapak kaki & betis
💠Tukar kasut → kasut sokongan arch
💠Guna insole/orthotic
🧘♂️ Senaman Ringkas
💠Tarik jari kaki ke arah badan
(stretch plantar fascia)
💠Regangan betis (calf stretch)
💠Gulung botol air sejuk di bawah tapak kaki
🧠 Rawatan Klinik (Jika Teruk)
💠Fisioterapi
💠Ultrasound therapy
💠Shockwave therapy
💠Suntikan anti-radang
💠Pembedahan (jarang, kes kronik sahaja)
🚫 Perkara Yang Boleh Memburukkan Keadaan
💠Jalan berkaki ayam atas lantai keras
💠Kasut selipar nipis
💠Teruskan sukan walaupun sakit
💠Berdiri lama tanpa sokongan kaki
⏳ Tempoh Sembuh
💠Biasanya: beberapa minggu hingga beberapa bulan
💠Bergantung kepada:
🔹Tahap keradangan
🔹Disiplin rawatan
🔹Gaya hidup & kasut
23/05/2025
"Kenapa Nike, Adidas & Puma Tak Lagi Guna Kulit Asli untuk Kasut Bola?"
Dulu kasut bola kulit asli dianggap “standard emas”. Tapi sekarang brand besar dunia dah beralih arah.
Nike, Adidas & Puma kini tak lagi guna kulit haiwan. Sebaliknya mereka cipta kulit tiruan berteknologi tinggi yang bukan saja lebih mesra alam, malah lebih power dari kulit asli!
Jom tengok apa yang mereka guna:
NIKE
Teknologi: V***rposite+ & FlyTouch+
Model: Mercurial V***r / Superfly , Tiempo Legend 10 [ELITE / 1ST GRADE]
V***rposite+ direka untuk kelajuan gabungan mikrofiber dan grip tekstur bantu kawalan bola lebih padu walau tengah sprint.
FlyTouch+ p**a menggantikan kulit kangaroo dalam Tiempo dan dijamin oleh nike bahawa ianya lebih lembut, lebih ringan, dan tak serap air.
Kasut Nike sekarang lebih responsif, lebih ringan, dan ready untuk aksi pantas tanpa kompromi keselesaan.
---
ADIDAS
Teknologi: HybridTouch 2.0
Model: Predator 24 / Copa Pure II
Meniru rasa kulit asli tapi 50% lebih ringan
Tak berubah bentuk & tak mengembang bila basah
Direka untuk kontrol bola maksimum dengan stabiliti tinggi
---
PUMA
Teknologi: FUZIONFIT360, ULTRAWEAVE, K-BETTER
Model: Future 7, Ultra Ultimate, PUMA KING Ultimate
FUZIONFIT360 stretch ikut bentuk kaki macam sarung tangan.
ULTRAWEAVE sangat ringan, fokus untuk kelajuan & first touch.
PUMA KING kini guna K-BETTER kulit tiruan yang diuji lebih baik dari kulit kangaroo: lebih tahan, ringan & mesra alam.
---
Apa Maksudnya Semua Ni?
Teknologi kulit tiruan hari ini bukan plastik biasa, tapi material khas yang direka untuk pemain moden tak kira hujan atau panas, kasut kekal stabil & ringan.
Prestasi naik. Berat turun. Kasut tahan lama. Haiwan pun selamat.
Kalau pro player macam Mbappé, Messi, Grealish & Xhaka pun dah tinggalkan kulit asli…
Kita bila lagi?
credit: Bootsmania
22/03/2025
Asam Pedas Calling...
DRESSAR MELAKA FC FUTSAL TOURNAMENT 2025
Tarikh : 27 Sept 2025
Hari : Sabtu
Masa : 8:00 am - 5:00 pm
Sila lalukan pembayaran anda di akaun yang berikut :-
Agro Bank
Nama akaun : Taman Pulai Indah 2 FT (TPI 2 FT)
No. Akauan : 1005631000011980
Reference: nama pengurus + ▶️ ( nama team )
Harap pembayaran dapat di selesaikan sebelum tarikh 01 Sept 2025, dan sertakan dengan resit kepada kami.
Pendaftaran & Pertanyaan
1) RASHIDI - 0165207650
2) SUBHI - 0174094480
3) AFIQ – 01132019430
16/09/2024
16 SEPTEMBER 2024
BERSAMAAN 12 RABIULAWAL 1446H
“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad, S.A.W) ; wahai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.”
(Surah al-Ahzab Ayat : 56)