KK Boxing Club

KK Boxing Club Page rasmi untuk Kinabalu Knights Boxing Club

Syukur KKBC berjaya meraih 6 pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 saguhati di Kejohanan Tinju Piala Presiden yang dipertand...
07/09/2026

Syukur KKBC berjaya meraih 6 pingat Emas, 1 Pingat Perak dan 1 saguhati di Kejohanan Tinju Piala Presiden yang dipertandingkan di Dewan Damai. Berikut adalah senarai atlit dan pingat yang diperoleh.

Kategori Junior

Zill 46kg - Emas
Brexton 54kg - Emas
Aidil 60kg - Emas
Shameena 48kg - Emas
Superain 50kg - Emas

Elit

Haikal Merciless 51kg - Emas
Faiz 80kg - Perak
Akhmal 60kg - Saguhati

Tahniah juga kepada Akmal walaupun mengalami kecederaan tetapi tetap juga naik ke gelanggang bagi membuktikan kecekalan hati beliau walaupun terpaksa berpuas hati di peringkat saringan.

Terima kasih kepada Coach KK Boxing Club , Coach Khairul Azim Hamdain dan Coach Janu, walaupun sibuk dengan urusan tapi masih cuba bantu petinju berlatih.

16/08/2026

KENANGAN SUKMA 2024...... Di DOAKAN SUKMA 2026 DI SELANGOR MEMPEROLEHI KEMENANGAN..... SABAH TATAP RADU.... EMAS...

06/08/2026

πŸ₯Š SERTAI KK BOXING CLUB! πŸ₯Š

Ingin belajar tinju dalam suasana yang selamat, berdisiplin dan menyeronokkan?

KK Boxing Club membuka pendaftaran kepada kanak-kanak seawal usia 6 tahun hingga dewasa untuk mempelajari asas tinju bersama jurulatih berpengalaman.

Kelebihan menyertai kelas kami:

βœ… Membentuk disiplin dan keyakinan diri
βœ… Meningkatkan stamina dan kecergasan
βœ… Membantu menurunkan berat badan
βœ… Mempelajari asas mempertahankan diri
βœ… Mengelakkan anak-anak daripada menjadi mangsa buli

πŸ“… Hari Kelas: Setiap Selasa & Khamis
πŸ•” Masa: 5.00 petang – 6.30 petang
πŸ’° Yuran: Hanya RM50 sebulan

πŸ“ž Berminat? Hubungi Coach Adzlin sekarang!
010-225 8384

"Bukan sekadar belajar bertinju, tetapi membina disiplin, keyakinan dan mental juara." πŸ₯ŠπŸ”₯

04/08/2026

re fap final its Superain

03/08/2026

recap Aidil the juggernaut

03/08/2026

recap Meena final.

03/08/2026

recap Yayen semi Final

πŸ₯Š TAHNIAH NUR SHAMEENA BINTI JIMRU! πŸ₯‡πŸ‡²πŸ‡ΎNur Shameena Binti Jimru sekali lagi mengharumkan nama Kinabalu Knights Boxing Cl...
02/08/2026

πŸ₯Š TAHNIAH NUR SHAMEENA BINTI JIMRU! πŸ₯‡πŸ‡²πŸ‡Ύ

Nur Shameena Binti Jimru sekali lagi mengharumkan nama Kinabalu Knights Boxing Club (KKBC) apabila berjaya merangkul pingat emas dalam kategori Tinju Wanita Bawah 17 Tahun di Kejohanan Tinju Bakat dan Remaja Peringkat Kebangsaan. Lebih membanggakan, beliau turut dinobatkan sebagai penerima Anugerah Atlet Berpotensi U17 Wanita, sebagai pengiktirafan terhadap bakat, disiplin dan prestasi cemerlang yang dipamerkan sepanjang kejohanan.

Nur Shameena mula menceburi sukan tinju pada usia 12 tahun di bawah bimbingan Coach Adzlin, sebelum dibentuk menjadi seorang petinju kompetitif oleh Coach Azim. Hasil latihan yang konsisten selama tiga tahun, beliau telah berjaya mengumpul lebih 13 pingat sepanjang mewakili KKBC.

Beliau juga merupakan atlet pelapis Majlis Sukan Negeri Sabah (MSN) dan kini menuntut di SM All Saints, Kota Kinabalu. Dengan prestasi yang semakin menyerlah, Nur Shameena dilihat sebagai antara prospek terbaik untuk menggalas cabaran Skuad Tinju SUKMA Sabah pada masa akan datang.

Tahniah kepada Nur Shameena Binti Jimru atas kejayaan yang membanggakan ini. Semoga terus melakar lebih banyak kejayaan di pentas kebangsaan dan antarabangsa.

Syabas juga kepada Coach Adzlin dan Coach Azim atas dedikasi, kesabaran dan komitmen dalam membimbing atlet sehingga berjaya mengharumkan nama Sabah dan Malaysia. πŸ’ͺπŸ₯ŠπŸ‡²πŸ‡Ύ

01/08/2026

Terima kasih kepada coach Adzlin Ganis Apat yang tidak jemu mencungkil bakat baru dan terima kasih kepada Coach King Khairul Azim Hamdain yang menyambung legasi melatih fighter KK Boxing Club

Mereka berdua ni lah yang banyak melahirkan ramai fighter yang berpontensi tanpa jemu. Ada yang menjadi jurulatih, ada yang mendapat tempat di kelab luar bahkan ada yang sudah melangkah menjadi Pro boxer.

Bagi mereka berdua ni wang ringgit bukanlah menjadi perkara utama, melahir petinju berbakat untuk negeri Sabah dan negara menjadi agenda utama mereka.

Semoga dua Coach KKBC ni diberikan kesihatan dan dimurahkan rezeki lagi nanti inshaAllah.

Address

Stadium Likas
Kota Kinabalu
88400

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when KK Boxing Club posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category