04/09/2026
Jendela perpindahan pertama sudah di tutup dan akan berlangsung kembali pada bulan Januari.
KITA TIDAK PERLU PANIK? Ada sebab yang jelas untuk kekal berwaspada dan memantau kedalaman skuad sehinggalah jendela perpindahan Januari dibuka.
Susulan rombakan besar-besaran skuad menjelang kempen Liga Super Malaysia 2026/2027 di mana pengurusan hanya mengekalkan 13 pemain tempatan utama dan membawa masuk lima pemain import baharu, pasukan kini mempunyai pelan tindakan yang berubah sepenuhnya di bawah ketua jurulatih Juan Torres Garrido. Walaupun kesebelasan utama kelihatan sangat kompetitif, Kita tidak boleh menolak sebarang gelombang kecederaan yang mungkin boleh berlaku di awal musim di mana ia akan mendedahkan kelemahan dalam penggiliran (rotation) skuad kita.
ANALISIS SKUAD & KEDALAMAN POSISI
Untuk menilai sama ada Sabah FC mampu menampung setiap posisi, kita perlu melihat keadaan setiap bahagian selepas jendela perpindahan ditutup:
PENJAGA GOL: SANGAT SELAMAT. Kemasukan penjaga gol import dari Argentina, Juan Flere Pizzuti, bersama pilihan tempatan yang boleh dipercayai seperti Damien Lim, memberikan Sabah antara gandingan penjaga gol yang paling meyakinkan di dalam liga.
PERTAHANAN: TERHAD & RAPUH. Di bahagian kesebelasan utama, Dominic Tan, Rawilson Batuil, dan K**e López serta Jose Angel menawarkan kualiti yang sangat baik. Bagaimanapun, jurang kualiti di bangku simpanan yang lebih ke arah pemain muda tempatan.
BAHAGIAN TENGAH DAN SAYAP: MANTAP & FLEKSIBEL. Kehadiran Fadzrul Danel, Halim Saari dan Oskari Kekkonen dan pemain Korea Selatan, Park Jung-bin, memberikan kebijaksanaan taktikal yang diperlukan untuk sistem permainan Garrido. Bersama Miguel Cifuentes (Cifu), bahagian tengah dan sayap adalah kawasan paling seimbang dan mampu mengawal tempo permainan serta membantu barisan pertahanan.
SERANGAN: RISIKO TINGGI. Di sinilah timbulnya kebimbangan utama. Sandaran kepada Darren Lok dan pemain baharu Gonzalo Di Renzo nampak hebat di atas kertas. Namun, sebarang isu kecederaan awal boleh meninggalkan bebanan berat di bahu Garrido. Dengan Azhad Harraz yang turut tersisih, kedalaman penyerang sandaran (backup) di bahagian tengah serangan adalah sangat kritikal.
ADAKAH PENGGILIRAN PEMAIN (ROTATION)CUKUP BAGUS?
BELUM LAGI. Disebabkan Coach Garrido mengendalikan pasukan yang telah melepaskan ramai pemain skuad sedia ada, jurang pengalaman antara kesebelasan utama dan pemain simpanan adalah agak besar. Apabila penggiliran terpaksa dilakukan akibat kepenatan atau penggantungan perlawanan, Sabah tampak bergelut untuk mengekalkan tahap prestasi yang sama, seperti apa yang terjadi sewaktu bertemu Selangor FC selepas beberapa pertukaran di lakukan. Kekurangan pilihan pemain yang berpotensi di bangku simpanan bermakna penggiliran taktikal bukanlah satu kelebihan yang boleh digunakan sesuka hati oleh Garrido, ia adalah satu perjudian yang terpaksa dilakukan.
Kesimpulan: Perlukah Kita Risau?
Tahap Kebimbangan : 7/10
Pendapat Min, Sangat rapuh sekiranya Di Renzo, Dominic Tan dan Park Jung Bin mengalami kecederaan jangka panjang tetapi kita tidak perlu menjangkakan kejatuhan ke zon ‘bottom league’ kerana corak taktikal pasukan masih kuat. Bagaimanapun,kita patut risau tentang kemampuan mereka untuk mengekalkan persaingan merebut 5 teratas. Jika masalah kecederaan melanda sebelum Januari, Sang Badak mungkin akan keciciran mata penting hanya kerana kekurangan pemain untuk bersaing dalam pelbagai perlawanan.
Bagi membantu perbincangan kita, bahagian mana yang paling membimbangkan anda sekarang: kerapuhan benteng pertahanan tanpa Dominic atau ketiadaan penyerang sandaran semula jadi untuk menggantikan Di Renzo atau Darren Lok?
Sertai SRTV di laman youtube https://youtube.com/?si=HP2uvIBcTNOBYY2Y