14/08/2024
Seramai tiga ahli Kelab Taekwondo Beaufort berada dalam pasukan Taekwondo berjuang membawa cabaran dalam Edisi Sukan Malaysia kali Ke-21, 2024, di Kuching Sarawak.
Atlet2 yang terlibat ialah Dyana Fawizah Mhd Zaini, Angelia Joli Anthony Tuh dan Harry Lee Clare. Turut Berada dalam pasukan ialah Master Yong Nga Fun selaku Jurulatih merangkap Chaperon dan Master Mhd Zaini Usop sebagai Pengurus Pasukan.
Pada edisi SUKMA 2024, Sabah menghantar 22 orang yang dibarisi oleh 17 atlet dan 5 oang pegawai.
Dengan semangat kesukanan yang tinggi, moga pasukan Sabah beroleh kutipan pingat utk Kontinjen Sabah.
13/09/2022
Pengaktifan Kelas Latihan Taekwondo,
Lokasi: Bangunan Pusat Kesenian & Kebudayaan Bisaya, Jalan Kompleks JKR Beaufort
Jurulatih Bertauliah Dan Berpengalaman Luas:
- Sukan Taekwondo - kejohanan domestik, kebangsaan antarabangsa
- Mengendalikan Kelas² latihan
- Membimbing ahli dalam pembangunan sahsiah (Personality).
- Mempunyai Pusat Latihan Di Beberapa Daerah
- Melahirkan Jurulatih dan Pembantu Jurulatih yang berintegriti dan mampu menggalas tanggungjawab.
Yuran yang rendah tidak bererti berkualiti rendah, kami tetap mempastikan mutu latihan berada pd tahap optima serta memenuhi kriteria/standard silibus TM/WT. Taekwondo For All.
17/02/2020
3RD SERIES TM (WTF) EXAMINERS AND INSTRUCTORS SEMINAR 2020
Badan induk Taekwondo kebangsaan iaitu Taekwondo Malaysia (WTF) bersama Badan Induk Taekwondo Negeri, Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah telah mengadakan Seminar penguji dan Jurulatih yang julung kali diadakan di Negeri Sabah.
Penyertaan dari Kelab Taekwondo Beaufort dalam seminar tersebut diketuai oleh Master Zaini Bin Usop (Ketua Jurulatih) bersama para jurulatih iaitu Pn. Yong Nga Fun @ Catherina, En. Afiq Basil Bin Adi Zaini, En. Kevin Amit, En. Ahmad Fareez Bin Yahya dan En. Yusrijal Bin Emin.
Seminar tersebut telah berlangsung pada 16 Februari 2020 yang bertempat di Nantapuan Hall, Grand Borneo Hotel Kota Kinabalu. Majlis dihadiri oleh Grand Master S. Krishnamurthy (Naib Presiden Taekwondo Malaysia), Grand Master Moi Chee Keong (Jawatankuasa Eksekutif TM), Master Johnny Loke Shee (Jawatankuasa Eksekutif TM) dan Master Francis Langkab (Presiden Taekwondo Bersatu Negeri Sabah).
Syabas diucapkan kepada Persatuan Taekwondo Bersatu Negeri Sabah atas usaha menganjurkan seminar tersebut dan Tahniah diucapkan kepada semua jurulatih yang telah mendapat pentauliahan daripada Taekwondo Malaysia (WTF).
21/11/2019
Keep The Team Work Spirit
24/09/2019
UJIAN KENAIKKAN TALI PINGGANG CAWANGAN KOTA KINABALU
Kelab Taekwondo Beaufort telah mengadakan ujian kenaikkan tali pinggang siri 2, tahun 2019 bagi cawangan Kota Kinabalu pada 21 September 2019 (Sabtu) yang bertempat di Dewan Serbaguna Taman Putera Jaya, Telipok.
Seramai 60 orang ahli dari beberapa pusat latihan (SM/SK St Peter, Tmn Putera Jaya, SK Tobobon & Kolej Vokasional Beaufort) telah menyertai sesi ujian kenaikkan tali pinggang tersebut.
Ribuan terima kasih diucapkan kepada Master Francis Langkab (Examiner/UTSA President) yang sudi hadir menyempurnakan sesi ujian kenaikkan tali pinggang yang turut dihadiri oleh Master Mhd Zaini Usop (Ketua Jurulatih), barisan jurulatih/pembantu jurulatih dan ibubapa ahli yang terlibat.