16/09/2026
Dari Semenanjung hingga ke bayu Sabah dan bumi Kenyalang Sarawak, biarpun dipisahkan oleh Laut China Selatan, namun kita disatukan di bawah satu Jalur Gemilang Malaysia.
Sambutan Hari Malaysia pada 16 September setiap tahun adalah untuk mengingatkan kita bahawa pembentukan Negara Malaysia yang terdiri daripada Tanah Melayu, Sabah & Sarawak ini tidak datang bergolek dalam sekelip mata.
Sebaliknya ia adalah hasil perjuangan rakyat dan pemimpin kita terdahulu yang mahu melihat lahirnya sebuah negara
Malaysia yang merdeka dan bersatu-padu dalam keharmonian.
Semenjak detik pembentukan Malaysia, kita telah berjaya menempuh liku-liku cabaran sehingga menjadi sebuah negara yang bebas, berdaulat dan berkemajuan pada hari ini.
Justeru, adalah menjadi tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia yang setia dan cintakan tanah air untuk terus mempertahankan keamanan, keharmonian dan kemajuan yang kita kecapi selama ini.
Selamat Hari Malaysia 2026 !
Malaysia MADANI, Kesejahteraan Dinikmati ๐บ๐บ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ๐ฒ๐พ