TANKUR-Singa Utara

TANKUR-Singa Utara

Share

Sports Team

Photos from TANKUR-Singa Utara's post 23/08/2026

21 Ogos 2026

Program jelajah perlawanan persahabatan pasukan Bolasepak Singa Utara (TANKUR - Zon Utara) diteruskan Kali ini ke daerah Ranau. Perlawanan pertama menentang PADERA FC pasukan daripada Pejabat Daerah Ranau yang diadakan di Padang Kompleks Sukan Ranau.
Perlawanan yang sangat menarik, dimana penyerang daripada pasukan Singa Utara FC Fread Filemon Saih dengan Jaffridin masing-masing menjaringkan 2 gol peribadi perlawanan ini. Tetapi kemenangan berpihak kepada pasukan tuan rumah dengan keputusan penuh 6 - 4.
Selepas selesai perlawanan pihak pasukan tuan rumah mengadakan satu majlis makan malam bersama Pegawai Daerah, tetapi oleh kerana terdapat majlis rasmi Pegawai Daerah mewkilkan Penolong Pegawai Daerah yang menghadiri majlis makan malam tersebut dengan bersertakan majlis bertukar cenderamata antara Dua pasukan yang mewakili jabatan masing-masing.
Mewakili Pasukan Singa Utara FC peneraju utama Tuan Ds Sr Quzami Hassan memberi dan seterusnya menerima cenderamata yang disampaikan oleh puan Penolong Pegawai Daerah.
Ucapan terima kasih kepada seluruh AJK Daerah Ranau, pihak Pejabat Daerah Ranau dan pihak yang bertanggungjawab dalam menjayakan perjalanan program Kali ini. Sampai kita bejumpa lagi pada jelajah bulan September di Daerah Kota Kinabalu.


17/08/2026

Siri Jelajah Pasukan Kelab Bolasepak SingaUtara diteruskan pada bulan Ogos di daerah Ranau...
Jumpa di sana ya guys...



17/08/2026
Photos from TANKUR-Singa Utara's post 28/07/2026

25 Julai 2026

Perlawanan Ke-2, bagi program jelajah perlawanan persahabatan pasukan Bolasepak Singa Utara (TANKUR Zon Utara) ke daerah Tuaran diteruskan di padang pekan Tamparuli menentang pasukan LS Tamparuli Reds. Perlawanan yang seimbang, tetapi sukar untuk melepasi benteng dan menjaringkan gol. Pasukan lawan mendahuli gol dengan jaringan 3-0 menerusi penyerang muda berbisa yang digelar Yamal.
Peneraju Singa Utara Tuan Ds Quzami Hassan mengarahkan coach Jukri Ukir untuk tukar sistem dan gunakan taktikal yang dirancang membuahkan Hasil Dan memperoleh jaringan melalui penyerang berpengelaman Fread Filemon Saih dengan 2 gol dan penyerang muda Singa Utara Aziezan Rahaman dengan 1 gol.
Dengan kelebihan tuan rumah di padang sendiri, keputusan perlawanan sudah tentu berpihak kepada pasukan lawan dan berkesudahan dengan keputusan penuh 7 - 3. Satu perlawanan yang menarik dan sengit, dapat memberikan satu pengalaman yang lebih baik kepada pasukan untuk perbaiki kelemahan yang ada.
Terima Kasih atas segala kehadiran pemain serta segala usaha pihak pengurusan untuk jelajah Kali ini, sampai kita bersua pada jelajah akan datang pada bulan Ogos ke daerah Ranau.




Photos from TANKUR-Singa Utara's post 26/07/2026

24 Julai 2026
Program jelajah perlawanan persahabatan pasukan Bolasepak Singa Utara (TANKUR - Zon Utara) diteruskan ke daerah Tuaran. Perlawanan pertama menentang pasukan Tuaran Church Team di padang Pertanian Tuaran. Di wakili pemain muda dari seluruh daerah Tuaran, pasukan ini menewaskan pasukan Singa Utara dengan jaringan 8 - 3.
Dengan taktikal yang menarik dipamerkan oleh pasukan lawan menjadi satu perlawanan yang sengit untuk untuk disaingi. Walaupun tewas, pasukan Singa Utara hanya mampu menjaringkan 3 gol hatrik daripada penyerang muda kelahiran Kota Marudu, Aziezan.
Melalui program jelajah ini bukan kemenangan yang di cari, tetapi ianya untuk merapatkan ikatan silaturahim diantara seluruh pemain Zon Utara yang merangkumi 6 Daerah ini disamping persiapan menghadapi Sukan JTU yang akan datang.
Dengan kehadiran Juruukur Daerah tuan Sr Quzami Hassan yang menjadi peneraju utama pasukan, di samping melihat sendiri perlawanan beliau juga turut serta bermain dalam perlawanan tersebut. Beliau yang pertama kali menjaga gawang perlawanan Bolasepak merasa kekok sedikit, sebab beliau sebelum ini adalah penjaga gawang bagi acara futsal. Walaupun pertama kali menjaga gawang yg lebih besar dari futsal beliau juga berjaya menyekat beberapa percubaan berbahaya pasukan lawan.


Photos from TANKUR-Singa Utara's post 27/06/2026

27 Jun 2026 ( Sabtu )

Hari ke-2 Program Jelajah Persahabatan
Bolasepak Singa Utara diteruskan sebelah pagi dengan latihan ringan di kompleks sukan Kudat dan sebelah petang p**a diteruskan dengan perlawanan persahabatan menentang Pasukan Mix Veteran Muhibbah FC di Padang Perbandaran Kudat. Pasukan Singa Utara memenangi perlawanan dengan jaringan 4-6.
Jaringan gol bagi pasukan Singa Utara dihasilkan oleh Azizan dengan 5 gol dan Jaffridin 1 gol.
Tahniah Dan terima kasih buat semua pemain yang dapat meluangkan masa utk sama-sama hadir bagi menjalani program ini. Tidak lupa juga kepada Sr Quzami Hassan turut sama hadir bagi menyaksilan perlawanan pada hari ini. Sampai jumpa lagi di jelajah seterusnya pada bulan Julai depan di Daerah Tuaran.




Photos from TANKUR-Singa Utara's post 27/06/2026

Pernah menjadi fitness coach pasukan Bolasepak SINGA UTARA (PBU), TANKUR SABAH suatu masa dulu....
Dikenali ramai juga dikalangan atlet olahraga JTU... Terima kasih coach Juhairin Bakrin atas segala ilmu serta pengalaman yg pernah diberikan kepada kami...

27/06/2026

Pantai Bak Bak, Kudat.

Photos from TANKUR-Singa Utara's post 26/06/2026

26 Jun 2026 (Jumaat)
Kelab Sukan Singa Utara (TANKUR ZON UTARA) - Pasukan Bolasepak Singa Utara meneruskan kempen persediaan dan persiapan menghadapi Pesta Sukan Antara Zon JTU dengan jelajah ke Daerah seterusnya iaitu ke daerah Kudat.
Program Jelajah Kali ini diadakan ke daerah-daerah dalam Zon Pantai Barat Utara seperti Kudat, Kota Marudu, Pitas, Kota Belud, Tuaran Dan Ranau. Seperti yang telah dirancang sebelum ini antara daerah pilihan Program Jelajah adalah Kudat, Tuaran Dan Ranau.
Perlawanan persahabatan pertama di Daerah Kudat pada hari ini adalah diantara Pasukan SINGA UTARA FC mln EDU FC.
Dimana keputusan perlawanan berpihak kepada pasukan SINGA UTARA FC dengan jaringan 9-4. Jaringan dihasilkan oleh Aziezan - 6, Fread - 2 Dan Andras - 1. Perlawanan Ke-2 akan berlangsung pada petang esok dengan menentang pasukan Mix Vet Muhibbah FC di Padang Perbandaran Kudat



Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kota Kinabalu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Kota Kinabalu
88576