18/08/2026
🏅 SETINGGI-TINGGI TAHNIAH & SYABAS! 🏅
Seluruh warga Kelab Rekreasi Mimpaagat Tokou Sabah (KRMTS) ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Tuan Petrus C Mojuntin atas penganugerahan Ahli Setia Darjah Kinabalu (A.S.D.K.), sempena Hari Ulang Tahun Kelahiran Rasmi Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sabah.
Penganugerahan ini adalah satu pengiktirafan yang amat dibanggakan atas kepimpinan, semangat brotherhood, serta komitmen beliau dalam mempromosikan gaya hidup aktif dan sihat bersama masyarakat.
Semoga pencapaian ini terus menjadi inspirasi buat kita semua untuk mengekalkan semangat kesukanan, mengeratkan silaturahim, dan terus melangkah jauh bersama!
Syabas dan tahniah sekali lagi, Tuan Petrus! 💪🔥