NZB Sports Malaysia
NZB Sports Malaysia adalah wadah penulisan sukan bebas, yang banyak menitikberatkan perihal ragbi.
25/07/2026
Memandangkan sukan ragbi 7s tidak dipertandingkan di Sukan Komanwel Glasgow 2026, fokus skuad ragbi 7s Malaysia kini terarah kepada saingan Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026 yang tinggal hanya beberapa bulan sahaja lagi.
Undian saingan peringkat kump**an sudah pun berlangsung tempoh hari, menyaksikan skuad Bunga Raya 7s (Lelaki) diletakkan dalam Pool A bersama-sama juara bertahan Hong Kong, China dan Uzbekistan.
Skuad Bunga Raya 7s (Wanita) p**a diundi dalam Pool B, juga bersama-sama dengan juara bertahan, iaitu China, Hong Kong dan juga India.
Mengimbas kembali perjalanan Malaysia pada temasya 4 tahun lepas di Hangzhou China, skuad Bunga Raya 7s (Lelaki) menamatkan saingan di tempat ke-6 secara keseluruhan daripada 13 pasukan, sementara tiada penglibatan skuad wanita Kebangsaan untuk saingan pada tahun tersebut.
Acara ragbi 7s Sukan Asia kali ini bakal berlangsung pada 1-3 Oktober 2026 di Stadium Ragbi Paloma Mizuho, Aichi, Nagoya dengan penglibatan 12 pasukan untuk kategori lelaki dan 8 pasukan untuk kategori wanita.
24/07/2026
🎙️ 𝗥𝗨𝗚𝗕𝗬 𝗦𝗬𝗡𝗗𝗜𝗖𝗔𝗧𝗘 𝗣𝗢𝗗𝗖𝗔𝗦𝗧 | 𝗦𝗘𝗔𝗦𝗢𝗡 𝟮 𝗘𝗣𝗜𝗦𝗢𝗗𝗘 𝟭
Season 2 is finally here! 🔥
Untuk Season Opener, kami bawakan Fikri "Tuah" Nizam, Director of FORFIT, berkongsi kisah bagaimana FORFIT membina jenama dalam komuniti ragbi Malaysia.
Sembang santai tapi penuh insight tentang:
🏉 Branding dalam dunia rugby
🤝 Collaboration yang membuka peluang
📱 Social media game & content strategy
🚀 Growing a brand from the ground up
📅 Episode drops TOMORROW 🕡 6:30 PM
👉 Click link di bio & jangan lupa LIKE, SHARE & SUBSCRIBE supaya tak terlepas episod-episod seterusnya.
Unheard. Unfiltered. Untamed.
SportsPodcast
21/07/2026
SEASON 2 IS COMING.
The conversations continue. The questions get tougher. The stories go deeper.
No scripts. No filters. Just rugby.
Rugby Syndicate Podcast Season 2. Coming Soon.
Melalui situasi 'lineout' dalam kawasan 22 lawan, Malaysia melancarkan serangan 12 fasa hasil dinamik bahagian 'forward' dan 'backline', memaksa Filipina bertahan bermati-matian. Serangan Malaysia membuahkan hasil, menyaksikan Harith El Iskandar Shah Mohd Shukri menyudahkan serangan tersebut dengan 'try', betul-betul di bawah palang gol lawan.
🎥 Saluran Youtube Thairugby Channel
20/07/2026
Berikut merupakan kemaskini terbaru ranking World Rugby bertarikh 20 Julai 2026, iaitu hari ini.
Menurut World Rugby, Filipina yang menjadi juara SEARF Men's XV Championship Unions Cup 2026 Sabtu lalu menjadi pasukan 'Biggest Climber', menyaksikan mereka naik 9 anak tangga, ke kedudukan 43 dunia daripada kedudukan 52 dunia selepas menewaskan Malaysia, yang terpaksa akur untuk turun 2 anak tangga kepada kedudukan 55 dunia dari kedudukan 53.
Sementara itu, Singapura yang tewas kepada Chinese Taipei untuk perlawanan penentuan tempat ke-3 dan 4 tempoh hari dilabel World Rugby sebagai pasukan 'Biggest Faller' apabila terpaksa turun 8 anak tangga, dari kedudukan ke-64 kepada kedudukan ke-72 dunia.
Ranking Asia (Berdasarkan Ranking World Rugby)
1. 🇯🇵 Jepun
2. 🇭🇰 Hong Kong
3. 🇰🇷 Korea Selatan
4. 🇦🇪 UAE
5. 🇵🇭 Filipina
6. 🇱🇰 Sri Lanka
7. 🇲🇾 Malaysia
8. 🇰🇿 Kazakhstan
9. 🇹🇼 Chinese Taipei
10. 🇹🇭 Thailand
11. 🇸🇬 Singapura
Secara ringkas, Malaysia yang menghuni ranking ke-55 dunia sekarang berada di ranking ke-7 peringkat Asia, dan ranking ke-2 di rantau Asia Tenggara di belakang Filipina.
🇲🇾🌺💪
Sumber: World Rugby
https://www.world.rugby/rankings?lang=en
Click here to claim your Sponsored Listing.