22/07/2023
Sudah pastinya perlawanan Final Piala FA antara JOHOR Southern Tigers dan KL City FC akan menampilkan aksi yang sengit pada malam esok yang akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim.
Mampukah KL City FC mengulangi kejayaan seperti dipentas Final Piala Malaysia 2021 dengan keputusan 2-0 ke atas JOHOR Southern Tigers ? Sama sama kita saksikan
09/07/2023
Perlawanan tumpuan pada petang ini menyaksikan Selangor FC akan bertandang ke Stadium Darul Makmur untuk menentang Sri Pahang dalam perlawanan LSM 16. Kedua dua pasukan berada di kelompok top 3 LSM semestinya tidak mahu tercicir mata bagi mengukuhkan kedudukan masing masing.
Berikut adalah variasi statistik pada perlawanan petang ini.
08/07/2023
Perlawanan penuh dramatik di Stadium Cheras pada malam semalam antara Kuala Lumpur City dengan Terengganu FC. Terengganu FC bangkit di separuh masa kedua selepas ketinggalan 3-1 di babak pertama. Perlawanan berkesudahan 3-3. Masing masing hanya berkongsi 1 mata berharga.
Berikut adalah statistik perlawanan semalam.
01/06/2023
Perlawanan antara Kedah Darul Aman FC vs Sabah Football Club di Stadium Darul Aman pasti menjadi perlawanan yang menarik kerana KDA semestinya tidak mahu melepaskan peluang untuk menaiki satu anak tangga jika mereka berjaya mendapatkan 3 mata.
Berdasarkan statistik 5 pertemuan terakhir bagi kedua pasukan menunjukkan Sabah mempunyai sedikit kelebihan berbanding Kedah.
Sama sama kita saksikan perlawanan ini secara langsung di Astro arena 803, pada 2 Jun, 9 malam.
26/05/2023
Selamat maju jaya kepada pasukan Footgolf Malaysia yang bakal memberikan saingan di FIFG FOOTGOLF WORLD CUP ORLANDO 2023.
Semoga kembali dengan kejayaan! 💪🏻
12/05/2023
Pungutan Pingat Malaysia di Sukan SEA Kemboja 2023 setakat 12 May. Ayuh teruskan perjuangan untuk mencapai sasaran Sukan SEA 2023.
16/04/2023
Terdapat beberapa perubahan positif dari segi kualiti mutu permainan yang di tampilkan di atas padang.
Statistik di atas merupakan perbandingan di antara Liga Super Malaysia 2022 dan 2023 dari LS1 hingga LS8.
JDT mendominasi carta serangan seperti Most Goal, Most Assist dan Most Passing 2023.
08/04/2023
JOHOR Southern Tigers sedang berada dalam momentum terbaik untuk terus kebal di SSI dan Liga Super. Mampukah Kedah Darul Aman FC melakar kejutan lalu terus mengukuhkan cengkaman sebagai status pencabar liga super.
Berikut adalah statistik semasa bagi kedua dua pasukan untuk perlawanan malam ini.
06/04/2023
Perlawanan antara Selangor dan Negeri Sembilan menyaksikan pasukan tuan rumah memperoleh kemenangan tipis di minit minit akhir perlawanan.
Terbukti kehadiran pemain berjersi no 16, Yohandry Orozco memberi impak yang besar kepada pasukan Selangor FC dalam memenangi perlawanan tersebut.
Berikut adalah antara statistik perlawanan.
31/03/2023
Perlawanan tumpuan malam ini. JDT sedang berada di prestasi terbaik dalam mengejar sedekad kejuaraan, tetapi mampukah anak buah Ong Kim Swee mencuri mata merentap momentum Harimau Selatan di SSI.
Pemain tumpuan malam ini untuk menggegar gawang adalah Saddil Ramdani ( 3GS; 2GA), dan Foriesteri (5GS ; 3GA).
17/03/2023
Pertembungan dua gergasi bola sepak malaysia diantara Selangor FC dan JOHOR Southern Tigers di LS5 Liga Super Malaysia.
Berikut adalah statistik perbandingan antara 4 game pertama di awal musim 2022 dan musim 2023.
Mampukah Skuad pimpinan Tan Cheng Hoe membenam Harimau Selatan di halaman mereka sendiri.
Ayuh saksikan perlawanan sengit ini yang akan berlangsung di Stadium MBPJ pada jam 9 malam ini!
16/03/2023
Skuad Penyu hanya mendapat 1 kemenangan daripada 4 perlawanan di permulaan musim Liga Super Malaysia 2023. Manakala pasukan tuan rumah masih mencari rentak kemenangan yang pertama untuk musim ini.
Berikut adalah statistik semasa untuk kedua dua pasukan untuk malam ini.�
Pasukan mana kah yang akan berjaya dapatkan 3 mata penuh?
Ayuh penuhkan Stadium Paroi malam ini!