13/01/2025
"Saya datang ke Arsenal untuk memenangi piala"
Harharharharhar 😂
Maklumat-Cepat-Membahan-Berasap-Fokus di EPL
13/01/2025
"Saya datang ke Arsenal untuk memenangi piala"
Harharharharhar 😂
21/12/2024
Dah. Tak payah nak gaduh pasal London is red ke blue.
Tengok pun dah tau 😂
28/05/2023
Welcome!
Tahniah Man City
EPL Champion 2022/2023
01/02/2023
Inilah yang disebut London bersaudara 😂
La Masia product 👍
16/01/2023
Cerpen Chelsea 2023
1. Chelsea sedang melalui fasa reformasi dari sudut pemilikan dan pengurusan kelab secara total. Jadi kalau nak tempuh fasa ni, selalunya memang agak berliku dan ambil masa. Panjang atau tidak, bergantung kepada kantung modal kelab dan pendekatan yang akan diambil.
2. Ambil contoh pasukan kerdil dari jiran tetangga kota London iaitu Arsenal, mereka nampak meyakinkan pada musim ini selepas melalui fasa 'trust the process' selama 3 tahun. Selama itu juga fans mereka agak segan silu nak timbul di media sosial. Itu adalah lumrah. Menang kita sorak, like, share dan post. Kalau kalah p**a kita duk diam-diam dan pi buat sibuk dengan hobi lain.
3. Berbalik kepada kisah reformasi Chelsea. Sejak diambil-alih oleh businessman dari negara Uncle Sam iaitu Todd Boehly, pakcik ni bersungguh-sungguh untuk turn around Chelsea menjadi satu pasukan yang lebih baik dari pemilik sebelumnya iaitu seorang Russian oligarch.
4. Gaya Chelsea diuruskan sebelum ni adalah lebih kepada instant success delivery. U tak perform, u can get lost. Roman Abramovich tak segan silu memecat manager yang nampak macam tak boleh nak pergi jauh. Bekas pemain Chelsea, John Obi Mikel pernah berkongsi situasi apabila Pak Roman datang dengan helikopternya, esok hari manager tu akan hilang kerja.
5. Berlainan p**a kali ini apabila konsep data based football telah digunapakai oleh Todd Boehly dan pemilik bersama iaitu Behdad Eghbali. Beliau mempunyai visi projek jangka masa panjang dan lebih tersusun apabila mengambil contoh francais kump**an Red Bull dalam sukan bola sepak. Sebab itu juga Graham Potter dipilih menggantikan Thomas Tuchel berdasarkan potensi yang dia ada dan hasil kerja dia sebelum ini walaupun modal ciput. Uncle Todd juga dilaporkan akan membeli beberapa kelab feeder di serata Eropah, Amerika Selatan khususnya. Ini adalah sebagai pemangkin kepada kesinambungan talent ubi muda di Chelsea.
6. Setelah berbelanja hampir £300m untuk 13 pemain sejak take over, Uncle Todd masih lagi mengintai peluang untuk pancing pemain muda yang berbakat dan difikirkan sesuai untuk sistem taktikal yang diterapkan oleh head coach kesayangan iaitu Graham Potter (GP). Paling terbaru dalam masa 24jam ini, Chelsea sudah sailang pemain yang diriki oleh Arsenal dan Liverpool pada musim perpindahan ini. Pedih mat. Pulling power pasukan no. 10 lagi kuat dari team berada di puncak liga. Dengar khabar ada lagi 2 orang midfielder akan dipancing oleh Chelsea. Tunggu tengok jela.
7. Tak dinafikan ada juga yang tak berapa konfiden dengan cara kerja Uncle Todd handle pasukan Chelsea. Fans yang dah biasa dengan instant success memang agak susah nak terima keadaan sekarang. Asyik kalah je. Tapi nak disalahkan GP sorang, tak adil juga. Pemain yang ada di wad kecederaan sekarang dah boleh bikin satu team complete.
8. S**a juga diingatkan sewaktu membeli Chelsea, Uncle Todd dah beri komitmen modal sebanyak £1.75b untuk pembangunan kelab Chelsea bagi tempoh 10 tahun. Selain membeli pemain, perancangan untuk membina stadium baru telah berjalan kembali. Pelan asal dulu dah ada tapi tak dapat diteruskan oleh sebab tertentu. Kali ni dia akan teroka kembali perancangan yang dah dibuat dulu. Bukan apa, potensi pendapatan untuk kelab di EPL ni masih lagi jauh ketinggalan kalau dibandingkan dengan pendapatan kelab baseball dia iaitu LA Dodgers di Liga MLB. Ironinya siaran EPL ditonton oleh berpuluh-puluh negara di dunia ni manakala siaran baseball p**a berapa kerat saja yang nak tengok. Itu yang Pakcik Todd terliur dengan potensi kelab Chelsea ni.
9. Liverpool.
10. Dengan pemilik baru dan serba-serbinya baru, kita sebagai fans Chelsea kena banyakkkkkkkk bersabar di musim ini. Anggap jela kalau dapat bermain di peringkat Eropah pada musim hadapan adalah satu benda bonus kalau dilihat dengan situasi sekarang. Apa pun, KTBFFH !
07/12/2022
Boleh tahan padu Portugal dalam round of 16.
23/11/2022
Second upset untuk peringkat group stage.
Ada lagi yang nak mendatang?