Wilderness Emergency Care - established since 2000

Wilderness Emergency Care - established since 2000

Share

Outdoor Recreation
Outdoor Education
Survival
Bushcraft
Camp Craft
School Camp
First Aid

05/03/2022

Setelah sekian lama menyepi.

Kini kami kembali memeriahkan & merancakkan lagi persada rekreasi tanahair.

Apa yang anda perolehi?
- ilmu yang dikongsikan oleh jurulatih yang berkelayakan
- kenalan baru
- sijil penyertaan

TARIKH TUTUP : 13 Mac 2022
Hubungi segera nombor tertera bagi mendaftarkan diri anda.


Photos from Wilderness Emergency Care - established since 2000's post 27/04/2021

Secebis perkongsian menjentik minda.

SARUNG TANGAN

Merupakan salah satu kelengkapan yang SERING DIABAIKAN oleh penggiat rekreasi.

Kebanyakan mereka beranggapan sarung tangan ini hanya diperlukan semasa melakukan aktiviti abseilling.

Sedangkan ianya merupakan salah satu kelengkapan PERLINDUNGAN KESELAMATAN yang penting untuk tapak tangan.
Ini kerana semasa berekreasi, tapak tangan merupakan salah satu bahagian badan yang terdedah kepada bahaya dek kerana terpaksa menyentuh tumbuhan di laluan, mengalih ranting dan sebagainya.

Kebanyakan kita juga tidak mengetahui tentang ALAHAN terhadap sesuatu spesis tumbuhan mahupun keadaan sekitar sehingga kita menyentuhnya dan berinteraksi dengannya.

Selain itu, penggunaan sarung tangan juga amat digalakkan semasa penggunaan parang/pisau/kapak.
Ini kerana, semasa melakukan aktiviti memotong, berkemungkinan tapak tangan kita berpeluh.
Ini akan mendatangkan bahaya kepada rakan2 di sekitar kerana risiko parang/pisau/kapak terlucut dari genggaman amat tinggi.
Peluh juga dapat meningkatkan risiko melecet pada tapak tangan akibat geseran yang terhasil pergerakan minor antara hulu dan tapak tangan.

Terdapat pelbagai material pembuatan sarung tangan di pasaran.
Pilihlah ikut sedap rasa kita DAN juga keperluan penggunaannya.
Harga juga pelbagai. Jenguklah poket masing-masing.
Rekabentuk juga terp**ang pada keselesaan pemakai.
KAMI AMAT MENGGALAKKAN PENGGUNAAN SARUNG TANGAN JENIS "FULL-FINGER".

Sekian secebis perkongsian.
Semoga bermanfaat buat semua.


17/04/2021

Sebelum ini kami jalankan kursus ini secara diam2..
Atas permintaan ramai, kini kami kembali menjalankan KURSUS ASAS MEMBACA PETA TOPOGRAFI kepada umum..

*RM150* (termasuk tempat, nota kursus, peralatan, jurulatih, sijil penyertaan)

*TERHAD 15 PESERTA SAHAJA*

Syarat penyertaan:
- 13 tahun ke atas
- lelaki/perempuan
- menetap di Selangor/KL

Berminat? Hubungi no tertera segera!!!

TARIKH TUTUP 25 April 2021 (berserta bayaran)

Photos from Wilderness Emergency Care - established since 2000's post 30/03/2021

Secebis perkongsian ilmu.

Pada kali ini saya ingin berkongsi serba sedikit tentang KOMPAS.

Seperti kita semua sedia maklum.
Kompas adalah suatu alat bantuan bagi menentukan arah pergerakan berdasarkan penentuan Geomagnetic North(tanpa peta) mahupun True North (dengan peta).
Harus diingat, Grid North (utara peta) TIDAK BOLEH diambilkira sebagai arah pergerakan secara "independent".

Namun, pada kali ini saya ingin menyentuh tentang "UNIT UKURAN ARAH" pada kompas.

Secara asasnya terdapat 4 unit ukuran yang terdapat pada kompas:
- CARDINAL POINTS
- DEGREE
- MILS
- GRADS

CARDINAL POINTS
- biasa terdapat pada kompas paling asas/kecil/murah
- ditandai dengan ARAH MATA ANGIN sahaja
- sebagai asas pandu arah sahaja
- amat berguna bila mana ketepatan bukan menjadi syarat utama pergerakan

DEGREE
- unit ukuran yang banyak digunakan pada kompas dalam pasaran
- terdapat 360° dalam 1 bulatan penuh (N 0°/360°, E 90°, S 180°, W 270°)
- adakalanya ditandai hanya dengan 0°-90° bagi setiap arah (N-E 90°, E-S 90°, S-W 90°, W-N 90°)
- tiap degree terbahagi kepada 60 minit
- tiap minit terbahagi kepada 60 saat

MILS
- menggunakan milliradians sebagai unit ukuran
- kebiasaannya digunakan dalam tentera
- 17.78mils = 1°
- 6283mils bagi melengkapkan 1 bulatan penuh (namun dibundarkan kepada 6400mils)
- bacaan yang lebih tepat berbanding degree

GRADS
- satu unit ukuran yang amat jarang digunakan kini
- 400grads bagi melengkapkan 1 bulatan penuh
- 100grads = 90°
- tiap grad = 100 centigrads (c), tiap centigrads = 100 centi-centigrads (cc)

Sekian dulu perkongsian pada kali ini.
Semoga bermanfaat buat semua.


21/03/2021
Photos from Wilderness Emergency Care - established since 2000's post 16/03/2021

Lanjutan kepada beberapa rakan yang inbox saya bertanyakan perihal kompas ini..

"BRUNTON" merupakan antara jenama pengeluar kompas terbaik dunia selain "Silva", "Suunto" dan beberapa jenama lain..
Dari segi harga juga, ianya masih dalam kategori "mampu milik" berbanding Silva dan Suunto..

Masalah yang timbul sekarang hanya tiada pembekal yang sanggup membawa masuk (simpan stok)..stok akan tepu di kedai..ambil masa lama untuk terjual..
Mungkin kerana lambakan jenama OEM dan produk tiruan di pasaran..di mana harga yang ditawarkan adalah tersangat rendah berbanding jenama2 besar yang lain..

Ramai yang PM saya bertanya..
Kenapa perlu kompas yang mahal???
Yang biasa2 pun ok pe???
Jawapan saya; boleh je kalau sanggup tanggung risiko..

Kebanyakan pengeluar kompas terkemuka memberi jaminan produk keluaran mereka mampu bertahan sekurang2nya 5 tahun dengan penjagaan yang betul..bahkan ada yang memberi "lifetime warranty"..

Tahukah anda bahawa terdapat 3 jenis kompas yang direkabentuk berdasarkan faktor geografi bumi???

Untuk makluman semua, secara umumnya kompas terbahagi kepada 3 jenis berdasarkan faktor geografi bumi..
- hemisfera utara
- hemisfera selatan
- global

Kompas hemisfera utara tidak dapat berfungsi dengan baik di kawasan hemisfera selatan..begitu juga sebaliknya..
Namun ada kaedah menggunakannya yang ramai di kalangan kita tidak tahu kerana ianya sedikit rumit..

Kompas global p**a direkabentuk untuk berfungsi di mana2 bahagian bumi..sudah pasti dengan syarat tertentu..

Saya akan kupas dalam perkongsian saya yang seterusnya..
Di bawah ini saya sertakan 3 model kompas keluaran Brunton..
Saya amat rekomen atas fungsi2 yang terdapat pada kompas tersebut..

Semoga bermanfaat buat semua..


Photos from Wilderness Emergency Care - established since 2000's post 15/03/2021

Secebis perkongsian.

2 foto di bawah amat menarik untuk dinikmati.
Lengkap dengan suasana alam semulajadi, rimbunan pepohon di sekitar, aliran air serta bunyi kicau unggas rimba.

Namun pernahkah kita terfikir tentang isi penceritaan yang cuba disampaikan oleh foto berkenaan?

Foto ini diambil di suatu lokasi aliran air di hutan sekunder.

Berdasarkan foto ini, boleh kita kenalpasti ciri2 aliran air tersebut?
Mampukah kita mengenalpasti bahaya yang menanti mahupun yang akan tiba?

Untuk makluman semua, lokasi dalam foto di bawah merupakan kawasan "kepala air".
Ianya dapat dikenalpasti berdasarkan karakter dan rupa sekitar aliran air itu :
- saiz batuan
- jenis batuan
- struktur batuan
- tanda akhir paras air
- tumbuhan mati
- jenis tumbuhan
- jenis aliran air

Sekian dulu perkongsian saya pada kali ini.
Semoga bermanfaat buat semua.




Kredit foto : Guru Wan Yusmar

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address


Kuala Lumpur

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00
Saturday 09:00 - 17:00
Sunday 09:00 - 17:00