Brij Ravinder

Brij Ravinder

Share

Helping runners of all levels run better—by a former national athlete who’s been there.

09/06/2025

🏃‍♂️Kenapa Jurulatih Bertauliah di Malaysia Masih Gagal Hasilkan Atlet Bertaraf Dunia?

Ramai jurulatih di Malaysia telah tamatkan kursus World Athletics Tahap 2 dan 3. Tapi kenapa kita masih belum lihat atlet yang benar-benar mampu bersaing di peringkat dunia? Adakah ada perkara penting yang kita terlepas pandang, selain dari sijil?

Sijil atau kelayakan sahaja tidak menjamin kejayaan di peringkat dunia. Masalah sebenar ialah pada aplikasi ilmu, sistem pembangunan atlet, perancangan jangka panjang, dan kekurangan sokongan menyeluruh kepada jurulatih dan atlet.

Tanpa laluan pembangunan yang jelas, pencarian bakat sejak awal, dan budaya berprestasi tinggi yang konsisten, jurulatih bertauliah sekalipun sukar untuk lahirkan atlet elit.
Apa yang kita perlukan bukan sekadar sijil, tetapi sistem yang mantap, sokongan berterusan, dan perubahan mindset dalam pembangunan atlet jangka panjang.

💬 Adakah anda mahu saya kongsikan versi penuh?
Komen “Saya nak tahu!” di bawah.

📌

06/06/2025

6 Jun 2025 – Rome Diamond League (Golden Gala Pietro Mennea) – Stadio Olimpico, Rome, Italy 

Beatrice Chebet’s remarkable performance not only secured her victory but also marked the second-fastest women’s 5000m time in history, narrowly missing the world record by just 2.5 seconds.

Women’s 5000m Final Results:
1. Beatrice Chebet (KEN) – 14:03.69 – Meeting Record (MR), World Lead (WL), National Record (NR)
2. Freweyni Hailu (ETH) – 14:19.33 – Personal Best (PB)
3. Nadia Battocletti (ITA) – 14:23.15 – National Record (NR)
4. Birke Haylom (ETH) – 14:24.20 – Season Best (SB)
5. Gudaf Tsegay (ETH) – 14:24.86 – Season Best (SB)
6. Josette Andrews (USA) – 14:25.37 – Personal Best (PB)
7. Chaltu Dida (ETH) – 14:27.11 – Personal Best (PB)

📸worldathletics

06/06/2025

Training - Kids Athletics / Remaja / Kanak- kanak.
Pembangunan Atlet Jangka Panjang

soalan drpd Runner.

Latihan 5 kali seminggu tu sudah sangat bagus untuk peringkat umur anak-anak tuan. Tapi ada beberapa perkara penting untuk bantu mereka capai pace yang lebih laju:

1. Kekalkan rutin 5 hari seminggu – cukup baik, jangan lebih dulu, fokus konsisten.
2. Fokus pada pembangunan asas (physical literacy & ABCs) – agility, balance, coordination, dan speed mesti diasah dari muda.
3. Ajar teknik warm-up & cool-down yang betul – ini bantu elak kecederaan & biasakan disiplin latihan. dan
Running Form (Drills)
4. Falsafah “athlete first, winning second” – utamakan perkembangan jangka panjang, bukan keputusan segera atau winning.
5. Speed masih kurang – ini biasa. Ramai atlet muda Malaysia tak cukup latihan kelajuan. Endurance boleh bina kemudian, tapi speed kena mula awal. Google: flying 30s.
6. Sertai acara jarak pendek (400m dan 800m, malah 200m juga) – ini penting untuk bentuk asas speed dan race rhythm.
7. Fahami 2 jenis speed:
• Lactate speed – larian dalam 2 minit atau kurang (contoh: 200m, 300m, 400m, 500m)
• ATP/CP (Pure speed)– 10 saat pertama (contoh: flying 10s, flying 20s, flying 30s)
8. Ramai jurulatih di Malaysia kurang tekankan latihan speed untuk kanak-kanak & remaja. Sebab tu ramai lari 800/1500m macam tidak ada kelajuan. Sepatutnya dilatih speed masa muda. Ini masa terbaik semasa muda, bina Speed.
9. Atlet jarak jauh dunia boleh lari 400m dalam 50s atau kurang. Pelari 800/1500m elit ada kemampuan lari 46-48s untuk 400m. Ini semua sebab ada asas speed. Kalau asas speed bagus, boleh lakukan workout 400m atau 1000m atau apa-apa jarak, dalam lingkungan 55-60s untuk 400m dengan mudah.
10. Pemakanan dan strength training pun penting dan perlu diberi perhatian.

Semoga bermanfaat

04/06/2025

🏃‍♂️ Bila Badan Tak Rasa ‘On’ – Dengar, Bukan Paksa!
Nasihat sesuai untuk semua peringkat pelari:

“Kalau badan tak rasa baik, kadang-kadang keputusan terbaik ialah berehat – bukan terus paksa.”

Sebagai pelari, kita sering terjebak dalam perangkap ‘konsistensi wajib’ sampai kita lupa — konsistensi sebenar datang daripada kebijaksanaan, bukan ketegasan melampau.

☁️ Cuaca Buruk? Ubah Pendekatan, Bukan Abaikan Latihan

Contohnya:
• Kalau jadual asal ialah 6 x 800m pada pace tertentu, tapi cuaca hujan lebat, panas terik atau jalan licin — jangan kejar nombor semata-mata.
• Tukar kepada Fartlek – contoh: 6 x 2 minit laju dengan 2 minit perlahan.

Ia masih melatih sistem fisiologi yang sama — VO₂max atau ambang laktat — tanpa perlu berdepan risiko cuaca atau kecederaan.

🔁 Prinsipnya mudah:

✔️ Dengar badan
✔️ Fleksibel ikut keadaan
✔️ Fokus pada tujuan latihan, bukan bentuknya

🌟 Ingat: Setiap sesi latihan ada tujuan. Tapi kadang-kadang, cara sampai ke tujuan itu boleh berubah ikut situasi. Pelari bijak tahu bila nak ubah haluan – dan tetap sampai ke destinasi.

💬 Pernah alami hari di mana badan tak ‘on’ tapi masih cuba habiskan sesi? Apa yang anda belajar dari situ? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen 👇










📸😂😬atlet chatgpt

17/03/2025
15/03/2025

Sukan apa pun sebenarnya terdiri daripada komponen kecergasan ini (Endurance, Speed, Strength, Flexibility & Coordination). Walaupun nampak terpisah, semuanya saling berkaitan untuk melengkapkan runner:

(Ramuan Kombinasi 5 komponen Kecergasan):
a. Kekuatan Maksimum
b. Kekuatan Elastik
c. Kelajuan Maksimum
d. Daya Tahan Kelajuan
e. Daya Tahan Aerobik
f. Daya Tahan Kekuatan
🔥Disokong oleh:
• Fleksibiliti
• Koordinasi

Ringkasan dan kaitannya dengan prestasi larian:

Komponen-Komponen Kecergasan

Pecahan setiap komponen:
1. Endurance
• Aerobic Endurance
• Anaerobic Endurance
2. Speed
• Maximum Speed
• Optimal Speed
• Speed Endurance
• Acceleration Speed
• Reaction Speed
3. Strength
• Maximum Strength
• Power
• Reactive Strength
• Strength Endurance
4. Coordination
• Drills
• Teknik
• Running Form
• Skills
5. Flexibility
• Regangan Aktif & Statik

🌐www.brij.blog • berlari bersama brij

sumber:

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Website

Address


Persiaran Alam Damai
Kuala Lumpur
56000