08/02/2025
Latihan pagi ini. Cuti-cuti ni tak ramai yang boleh hadir. Masing-masing ada plan yang telah dirancang awal.
Alhamdulillah bagi yang boleh hadir. Masing-masing ada penambah baikan panahan.
Semoga istiqamah semua.
15/01/2025
Rutin mingguan setiap malam hari selasa dan rabu. Murid-murid SRITI AL-JUNDI yang masuk kelas memanah akan berlatih. Kelas hari rabu masing² masih jarak 10meter.
Kelas Lanjutan: Format Ketepatan Bertahap
06/12/2023
https://www.facebook.com/100063786151631/posts/832435152226016/?sfnsn=mo
‼️TAWARAN ISTIMEWA‼️
Assalamualaikum wbt.
Pihak SRITI AL-JUNDI bekerjasama dengan Alternative Horse Riding Archery Club (AHRAC) Negeri Selangor dan AHRAC MALAYSIA akan mengadakan Program *Bengkel Asas Pengurusan Dan Pendedahan Kuda*
Program ini dibuka khas kepada semua murid SRITI dan guru yang berminat
❤️Penyertaan terhad kepada 20 orang.❤️
Sila hubungi nombor yang tertera untuk pendaftaran.
-Unit Hebahan-
13/05/2023
Assalamualaikum dan Alhamdulillah😊
Selesai sudah Kelas Memanah Tradisional AHRAC Pandan Batch 1.
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabarani)
InshaaAllah untuk sesi akan datang dibuka terhad 10 orang sahaja. Fokus kepada pelajar sekolah rendah dan menengah sahaja. Kelas sebulan 4 kali per sesi. Satu sesi anggaran 1 jam 30 minit.
Dari Abdullah bin Amr r.a bahawa Baginda Rasulullah ﷺ bersabda,
بَلِّغُوا عَنِّى وَلَوْ آيَةً
“Sampaikanlah dariku walau hanya satu ayat” (HR. Bukhari).
Saya tidaklah pandai mana pun. Dan tidaklah hebat seperti orang yang pernah juara dalam memanah. Cuma berkongsi ilmu yang terlalu sedikit dalam bidang memanah tradisional kepada yang inginkan. Seronok tengok mereka s**a dengan memanah. Semoga sama-sama kita beroleh manfaat amal sunnah memanah Baginda Rasulullah ﷺ diakhir zaman ini.
Cakap yang baik-baik, doakan yang baik-baik dan tolong doakan yang baik-baik untuk saya.🤲🏻😊
Mohd Shahril Bin Mihat
Pengerusi AHRAC Pandan
Pengerusi AHRAC Negeri Selangor Sesi 2023-2025
#𝙏𝙍𝙐𝙎𝙏𝙏𝙃𝙀𝙋𝙍𝙊𝘾𝙀𝙎𝙎
29/04/2023
✄ ================
MALAYSIA WON GOLD MEDAL
✄ ================
Alhamdulillah Norsiani Mohd Nor from Cyberjaya Traditional Archery Club (Cybertra) won individual gold medal in the Zhamby target 30 meters at Altyn Orda International Traditional Archery Tournament held in Atyrau Kazakhstan 2023.
11/03/2023
Alhamdulillah 🤲🏻
Pagi sabtu AHRAC Pandan diberi peluang mengadakan aktiviti Memanah Fun Shoot di Masjid Kariah Sg.Sekamat, Kajang sempena Mini Karnival Masjid.
Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah kalian (belajar) memanah kerana ia sebaik-baik permainan.” (HR Bazzar dan Tabrani)
21/02/2023
Alhamdulillah. Dengan izin Allah SWT pada sabtu dan ahad baru ini pihak NGO KsPro dengan kerjasama Masjid Al-Azim Pandan Indah telah menjemput pihak Alternative Horse Riding Archery Club (AHRAC) Pandan bagi mengadakan program Memanah Fun Shoot dan Explorace X Challenge Al Azim (checkpoint memanah 3D) untuk peserta Kem Motivasi X-Challenge Al-Azim.
#𝙏𝙍𝙐𝙎𝙏𝙏𝙃𝙀𝙋𝙍𝙊𝘾𝙀𝙎𝙎
12/01/2022
.::: Belajar dari Kuda :::..
🐎 Whenever life seems pointless, I think about my horse and I know there's someone out there who needs me just as much as i need them 🐎
Tidak dapat disangkal lagi kuda adalah pendengar yang baik dan sahabat yang setia. Mengikut kajian yang dilakukan, kuda mampu membaca emosi dan bahasa tubuh badan manusia dengan baik. Oleh sebab itu, kita merasakan kuda sangat memahami jiwa dan perasaan kita terutama apabila kita dalam kesedihan. Dalam dunia hari ini, kita mungkin menemukan ramai kawan ketika kita senang tetapi sangat s**ar untuk menemukan rakan yang berada bersama ketika kita sedih atau susah. Belajarlah dari kuda untuk menjadi sahabat yang setia dan pendengar yang baik kepada rakan-rakan kita. Mendengar mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah yang dihadapi tetapi sekurang-kurangnya dapat meringankan beban yang mereka pikul.
p/s: ulasan ini bersifat santai dan ditulis berdasarkan pandangan peribadi admin sahaja. Dalam sedar atau tidak, sebenarnya banyak perkara yang boleh kita pelajari daripada kuda berkaitan kehidupan kita sebagai manusia
Kredit My Equestrian Life
Admin MSM🏹
14/12/2021
*◇◇◇PROGRAM CUTI SEKOLAH◇◇◇*
🤔Tidak tahu apa aktiviti anak anda diwaktu cuti sekolah ini?
🙄Anak anda ketagih gadjet?
😄Ingin anak anda tampil lebih yakin dan berani?
Inilah programnya...
🏹🎯 *BENGKEL ASAS MEMANAH & BERKUDA* 🏇🏻🐎
♡ Asas Memanah
♡ Asas Penjagaan Kuda
♡ Lead The Horse
♡♡ Dan banyak lagi...
📆 *Tarikh : 27 & 28 Disember 2021*(Isnin & Selasa)
🏫 *Tempat : Rubinga Equestrian Park, Kg Changkat, Gombak, Selangor.*
⏰ *Masa : 7.30 Pagi - 4.30 Petang.*
Terbuka kepada semua peserta 10 tahun - 17 tahun sahaja.
💰 Yuran : RM2️⃣0️⃣0️⃣ 😱😘
🤩 *15 peserta terawal RM1️⃣6️⃣0️⃣SAHAJA 🤩*
Ayuh cepat hantar anak-anak tuan puan ke sini.. www.wasap.my/60136449128/sayanakdaftarbengkelasasmemanahberkuda