19/05/2022
Menambahkan Berat Badan Dengan Sihat↗️
Kebanyakkan tips yang biasa kita lihat adalah untuk mengurangkan berat badan.
Bagaimana p**a dengan menaikkan berat badan. Di sini ada beberapa tips untuk membantu anda meningkatkan berat badan dengan sihat.
⚠️Makan Makanan Yang Kaya Dengan Nutrisi.
Jangan makan makanan yang tidak bernutrisi seperti kek, goreng pisang atau junk food. Boleh makan, tapi jangan terlalu banyak.
Makan makanan yang cukup dengan nutrisi yang tubuh kita perlukan iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak. Lebihkan makanan yang bernutrisi seperti susu, oat, nasi, yogurt dan telur.
⚠️Lebihkan Pengambilan Protein
Cuba untuk lebihkan pengambilan protein seperti telur, ayam, atau dari sumber protein lain untuk pertumbuhan otot yang lebih maksimum.
⚠️Mesti Berada Dalam Kalori Surplus
Kalori surplus adalah lebihan kalori yang perlu kita ambil untuk meningkatkan berat badan. Jika sehari anda memerlukan 2000 kalori untuk mengekalkan berat badan yang sedia ada, untuk menambahkan berat, anda mengambil 2500 kalori.
Lebihan 500 kalori itu yang dipanggil kalori surplus. Cuba untuk sasarkan lebihkan kurang 200-500 lebihan kalori untuk meminimakan kadar peningkatan lemak, sebab kita nak bina otot, bukan lemak. Pengiraan keperluan kalori boleh dikira di sini https://www.thecalculatorsite.com/health/bmr-calculator.php.
Pengiraannya tidaklah terlalu tepat, tetapi kita boleh tahu anggaran keperluan kalori yang kita perlukan untuk menambah berat badan.
⚠️Tak mampu nak makan banyak ?
N8 Mass Gainer mungkin boleh membantu mencapai keperluan kalori harian anda. Mempunyai lebih 1300 kalori, produk ini boleh didapati dengan harga serendah RM80. Pm kami untuk maklumat lanjut.
BMR Calculator and Daily Calories
Calculate your basal metabolic rate and your daily calorie requirements with this useful calculation tool
18/08/2021
Perlu Ke Pergi Gym Untuk Nak Naikkan Berat Badan
Tak semua orang ada masa untuk pergi ke gym mungkin atas faktor masa, komitmen dan banyak lagi. Dan tak semua orang nak habiskan dalam masa dalam gym sahaja. Ada yang minat dengan outdoor sports macam berbasikal, bola sepak dan banyak lagi. Tapi, mereka ini kadang2 nak naikkan berat badan sebab rasa terlampau kurus.
Untuk anda yang baru nak mula workout boleh cuba bodyweight exercise. Macam-macam jenis bodyweight exercise ada untuk bahagian otot tertentu macam chest, bicep dan back yang boleh dibuat di rumah sahaja .Boleh cari di YouTube. Tapi jangan expect besar macam bodybuilder yang selalu anda lihat sebab bodyweight exercise ni akan ada peak limit nya. Tapi, anda masih boleh kelihatan fit dan lebih berotot.
Dari segi pemakanan p**a kena selalu kerap makan. Jadi, kena makan setiap 2-3jam dan makanan tu kalau boleh yang kaya dengan khasiat protein, karbohidrat dan fiber.
Dari segi supplement atau makanan tambahan p**ak sebenarnya Mass Gainer boleh membantu. Sebabnya, kalau anda dah tak larat nak makan banyak, anda boleh minum sahaja mass gainer ni. Ibaratnya macam anda minum makanan tak perlu nak susah-susah kunyah. Sebab tu produk Mass Gainer ni dicipta untuk membantu selera makan yang kurang. Mass Gainer dari N8 mempunyai lebih kurang 1300 kalori yang penuh dengan karbohidrat dan protein. Tapi, kena ingat , kalau nak naikkan berat, kena workout jugak nak nampak badan cantik. Kalau tidak, lemak je yang naik.
Untuk sebarang pertanyaan boleh hubungi kami https://wa.link/lm1dxr
15/08/2021
Mass Gainer hanya RM80
Untuk anda yang masih mencari Mass Gainer untuk membantu proses menambahkan berat badan, boleh mencuba N8 Mass Gainer. Produk ini mengandungi lebih kurang 600 kalori di dalam satu serving.
Tetapi, anda tidak boleh bergantung hanya kepada produk ini kerana Mass Gainer berfungsi sebagai makanan tambahan untuk anda yang tidak cukup keperluan kalori. Anda masih perlu untuk mendapatkan kalori daripada makanan sebenar atau kita panggil 'real food'.
Harga produk ini bermula dari RM80 bergantung kepada berat produk. Pm kami untuk sebarang maklumat lanjut kerana kami juga menawarkan produk seperti energy drink serta whey protein.
24/05/2021
Whey Protein RM90
Untuk anda yang sedang mencari Whey protein dengan harga yang berpatutan boleh cuba Whey protein dari N8 Malaysia. Produk buatan Malaysia ini mengandungi 24g protein yang berkualiti. Untuk anda yang nak dapatkan nutrisi yang sihat untuk badan, dengan rasa yang sedap, boleh cuba produk ini kerana kita tahu kebanyakan makanan sihat rasanya tidak sedap. Dengan N8 Whey, sedap dapat, nutrisi yang sihat dapat, kalau anda workout, badan yang sedap pun anda boleh dapat. Kuncinya kena rajin workout sahaja. Tak semestinya perlu workout di gym, di rumah tanpa alatan pun boleh.
Harga produk ini bermula dengan RM90 bergantung kepada saiz produk.
Pm kami untuk membuat tempahan anda atau sebarang pertanyaan.
20/05/2021
Adakah berpeluh tanda anda sedang membakar lemak ? 🤔🤔🤔
Peluh yang keluar semasa anda sedang bersukan adalah tindak balas semulajadi badan kita yang menyejukkan badan anda yang sedang panas. Bersukan dan cuaca yang panas menyebabkan peningkatan suhu dalam badan anda dan oleh yang demikian, badan anda berindak balas untuk menyejukkan badan dengan berpeluh.
Ada juga sesetengah orang berpeluh dengan banyak dan itu bergantung kepada individu. Kebanyakan mereka yang bertubuh besar akan menghasilkan peluh yang lebih banyak daripada biasa tapi itu tidak menandakan mereka sedang membakar banyak kalori.
Pembakaran kalori yang banyak terjadi apabila anda membuat senaman yang berintensiti tinggi contoh HIIT atau apa-apa aktiviti yang menaikkan degupan jantung anda. Kadang-kadang berat anda juga menurun selepas melakukan senaman tidak bermakna anda sudah berjaya mengikis banyak lemak, tetapi kerana berpeluh menyebabkan anda kehilangan air di dalam badan, kemudian selepas anda hidrasi semula, berat anda akan kembali ke berat asal. Jadi, jangan ukur kualiti senaman anda melalui jumlah peluh yang keluar dari badan anda.
Proses penurunan berat adalah bukan satu proses yang memakan masa yang singkat. Cuba untuk sasarkan 0.5kg-1kg seminggu kerana ini adalah kadar penurunan berat badan yang sihat. Yang penting anda harus kekal konsisten.
15/05/2021
Selamat Hari Raya dari kami 🎉🎉🎉
Jangan lupa kawal pemakanan anda.
20/04/2021
Menambahkan Berat Badan Dengan Sihat↗️
Kebanyakkan tips yang biasa kita lihat adalah untuk mengurangkan berat badan. Bagaimana p**a dengan menaikkan berat badan. Di sini ada beberapa tips untuk membantu anda meningkatkan berat badan dengan sihat.
⚠️Makan Makanan Yang Kaya Dengan Nutrisi.
Jangan makan makanan yang tidak bernutrisi seperti kek, goreng pisang atau junk food. Boleh makan, tapi jangan terlalu banyak. Makan makanan yang cukup dengan nutrisi yang tubuh kita perlukan iaitu karbohidrat, protein dan juga lemak. Lebihkan makanan yang bernutrisi seperti susu, oat, nasi, yogurt dan telur.
⚠️Lebihkan Pengambilan Protein
Cuba untuk lebihkan pengambilan protein seperti telur, ayam, atau dari sumber protein lain untuk pertumbuhan otot yang lebih maksimum.
⚠️Mesti Berada Dalam Kalori Surplus
Kalori surplus adalah lebihan kalori yang perlu kita ambil untuk meningkatkan berat badan. Jika sehari anda memerlukan 2000 kalori untuk mengekalkan berat badan yang sedia ada, untuk menambahkan berat, anda mengambil 2500 kalori. Lebihan 500 kalori itu yang dipanggil kalori surplus. Cuba untuk sasarkan lebihkan kurang 200-500 lebihan kalori untuk meminimakan kadar peningkatan lemak, sebab kita nak bina otot, bukan lemak. Pengiraan keperluan kalori boleh dikira di sini https://www.thecalculatorsite.com/health/bmr-calculator.php. Pengiraannya tidaklah terlalu tepat, tetapi kita boleh tahu anggaran keperluan kalori yang kita perlukan untuk menambah berat badan.
⚠️Tak mampu nak makan banyak ?
N8 Mass Gainer mungkin boleh membantu mencapai keperluan kalori harian anda. Mempunyai lebih 1300 kalori, produk ini boleh didapati dengan harga serendah RM80. Pm atau WhatsApp kami untuk maklumat lanjut.
07/04/2021
Cara Menggunakan Mass Gainer Untuk Menaikkan Berat Badan ✅✅
Ramai yang ingat Mass Gainer ni 'magic'. Minum je boleh terus besar. Yang sebenarnya, anda perlu cukupkan keperluan kalori untuk membantu anda meningkatkan berat badan. Anda perlu berada dalam kalori surplus. Contoh, sehari tubuh anda hanya memerlukan 2000 kalori untuk mengekalkan berat anda yang sedia ada. Anda perlu menambah kalori sebanyak 300-500 dan ini bermakna anda memerlukan 2500 kalori sehari. Kandungan kalori di dalam N8 Mass Gainer sahaja sudah mencapai 1300 dan ini dapat memudahkan pengambilan kalori anda.
N8 Mass Gainer juga mempunyai 24g protein yang diambil daripada 3 sumber protein yang berbeza dan berkualiti. N8 Mass mempunyai kandungan creatine yang dapat membantu meningkatkan kekuatan semasa latihan. Produk ini didatangkan dengan saiz pek 1kg, 3kg serta 6kg bermula dengan harga RM80 bergantung kepada saiz pek. Mempunyai tiga perasa iaitu vanilla, coklat dan strawberry. Pm kami untuk tinggalkan pesanan anda.
04/04/2021
Antara pembeli yang yakin dengan perkhidmatan kami.
Terima kasih 💪
01/04/2021
Diet Yang Paling Berkesan ?
Ramai yang nak diet terfikir, diet apakah yang paling berkesan, paling cepat turun berat, paling cepat nampak perubahan. Diet apa-apa pun sama je. Yang penting anda berada di dalam kalori defisit. Kalori defisit tu apa ? Boleh google. Tak perlu diet yang ekstrem sampai makan telur rebus je satu hari, makan oat sahaja. Kita dah terbiasa dengan nasi tiba-tiba nak kena elak nasi sebab nak diet. Boleh je diet makan nasi, cuma perlu jaga kuantiti. Cuba tengok orang yang amalkan suku-suku separuh, takde masalah pun makan nasi. Yang penting jangan terlebih kuantiti dan perlu seimbang Kalau yang nak buat otot tu kena lebihkan protein macam ayam,ikan, telur dan buat latihan bebanan juga. Protein tu kalau boleh 'lean' protein dan bukannya ayam masak merah atau siakap tiga rasa p**ak ya.
Dan kalau anda rasa anda selesa dengan diet atkins, teruskan. Kalau rasa tak boleh, cuba amalkan suku-suku separuh. Cari diet yang bersesuaian dengan anda, bukan ikut orang. Yang penting anda berada dalam kalori defisit dan jangan lupa bersenam untuk mempercepatkan proses penurunan berat selain menjaga kesihatan anda.