07/02/2024
Argus semakin kuat?
Argus, hero yang sentiasa di buff dalam beberapa patch update. Hero ini mempunyai kelebihan kuat dari segi pushing dan 1 v 1 fighting situasi namun amat kurang di gunakan di Exp Lane.
Dengan buff baru - baru ini yang mampu meningkatkan lagi kekuatan Argus, apakah ini masanya untuk Argus di gunakan dengan kerap semasa Ranked Match? Apa kata anda?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13989
06/02/2024
Masha Jungler amat efektif menentang meta draft terkini?
Selalunya kita nampak Meta Teamfight Draft yang amat popular seperti adanya Nana, Minotaur, Tigreal, Terizla dan sebagainya.
Tetapi amat mengejutkan sekali yang Masha di gunakan sebagai Jungler amat efektif menentang Draft tersebut tidak kira di Mythic mahupun di Mythical Glory rank lebih - lebih lagi apabila di HP bar terakhir, Masha immune kepada kebanyakkan CC (kecuali Supressed iaitu Kaja dan Franco). Immunisasi ini amat membantu Masha dalam teamfight ataupun semasa merebut Objective iaitu Turtle atau Lord.
Adakah kamu pernah terjumpa Masha di gunakan sebagai Jungler semasa bermain Rank? Apa pengalaman kamu terhadap strategi ini? Kongsikan dalam ruangan komen di bawah.
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13979
05/02/2024
Arlott Full Tank akan hilang?
Baru - baru ini perubahan patch baru telah tiba dan sekarang ini, Arlott juga menerima Skill Adjustment iaitu di Skill 2 nya.
Dahulu, Tank Arlott sentiasa menjadi pilihan utama untuk Roam mahupun Exp Lane. Dan menjadi hero yang amat susah di jatuhkan lebih - lebih lagi semasa war. Sekarang, dengan perubahan Skill 2 nya dari ikut 5 - 10% Total HP ke 90 - 160% Total Physical Damage, akan menukarkan cara mainan Arlott dari Tank ke Semi Tank atau Full Damage. Perubahan ini mungkin akan mengecewakan pemain Arlott build Tank tapi berita gembira buat build Damage.
Apa pendapat anda tentang update ini? Apakah ianya menjadikan hero ini lebih Balance atau lebih Broken seperti patch sebelum ini? Apa kata anda?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13970
03/02/2024
Lets Make Paquito Great Again!
Berita gembira untuk user Paquito kerana patch baru - baru ini, Moonton telah buff skill Paquito agar skill combonya lebih mudah kena berbanding biasa.
Paquito agak tenggelam beberapa patch ini dan jarang di guna oleh pemain di sebabkan nerf yang agak banyak. Namun dengan buff ini dan Paquito ini amat sesuai menggunakan item seperti War Axe dan Brute Force Breastplate, kita akan bakal nampak Paquito akan lebih kerap muncul di rank mahupun di Tournament akan datang nanti. Masa untuk kita spam Paquito lagi sekali.
Apa pendapat anda tentang buff hero ini? Beritahu kami di komen di bawah.
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13960
02/02/2024
Nolan sudah Lemah?
Berikut dengan patch baru - baru ini, Nolan menerima nerf yang amat besar buat skillnya. Nolan dahulunya menjadi salah satu hero top pick/ban mahupun di rank ataupun di tournament kerana passivenya yang memberikan efek slow dan Ultimatenya yang ada Debuff (iaitu efek seperti Purify, yang mampu menghilangkan efek CC) sekaligus memberikan damage besar.
Namun sekarang ini, passive slownya di buang dan skill Ultimate Debuff juga telah di buang. Tidak lagi menjadi mimpi buruk buat para Midlane dan Gold Lane yang dahulu sentiasa menjadi santapan utama Nolan memandangkan sekarang ini, halangan terbesar Nolan adalah CC.
Adakah ini petanda bahawa Nolan tidak lagi jadi keutamaan pick/ban ? Apa pendapat anda tentang nerf ini?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13954
30/01/2024
Top 10 Most High Winrate di Mythical Glory Rank
Ini adalah Top 10 Most High Winrate di Mythical Glory Rank setakat ini.
1. Nolan
2. Mathilda
3. Wanwan
4. Diggie
5. Minotaur
6. Freya
7. Faramis
8. Joy
9. Masha
10. Ruby
Nolan walaupun kerap di ban, namun winrate dia agak tinggi jika terlepas. Begitu juga dengan Wanwan dan Diggie. Menunjukkan sebab kenapa hero - hero ini kerap di Ban.
Namun kemunculan Freya, Masha dan Ruby di High Rank ini memberikan hint yang Meta Baharu akan muncul dan belum kita ketahui setakat ini. Tapi dimanakah Lunox, Alice, Angela dan Nana, yang seringkali di gelar OP Hero? Mungkin sudah di ketahui cara counter dan melawan mereka?
Ada hero kamu termasuk dalam list ini? Apa pendapat anda?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13927
29/01/2024
PESERTA PUBG MOBILE CHALLENGERS LEAGUE (PMCL) 2024 π
Liga profesional terbaharu bagi region SEA Wildcard iaitu PUBG MOBILE CHALLENGERS LEAGUE (PMCL) diumumkan beberapa minggu lepas, dan kesemua 20 peserta telah dinamakan dengan berakhirnya PMNC Myanmar & Cambodia pada hari semalam.
2024 PMCL Spring akan menyaksikan pertarungan daripada 20 pasukan terbaik region SEA Wildcard. Pecahan pasukan-pasukan bertanding mengikut negara adalah seperti berikut:
β’ 7 pasukan dari Filipina (2 dijemput terus dan 5 dari PMNC PH)
β’ 6 pasukan dari Myanmar (2 dijemput terus dan 4 dari PMNC MM)
β’ 5 pasukan dari Kemboja (1 dijemput terus dan 4 dari PMNC KH)
β’ 2 pasukan dari Singapura (PMNC SG)
PMCL ini akan menggantikan PMPL SEA Wildcard, dan akan dijalankan seiring dengan PMSL SEA sebanyak 3 musim tahun ini. PMCL ini juga akan memberikan peluang khas kepada pemain-pemain dan pasukan-pasukan PH/KH/MM/SG untuk ke kejohanan global seperti PMGC π₯
*Penulis ini tiada logo pasukan Risk Guys dari Myanmar
*Maklumat adalah kemaskini 29 Januari 2024, tertakluk kepada pindaan pihak penganjur PMCL kelak
Original Post:
https://www.1play.com/post/13923
28/01/2024
ROSTER BAHARU SEM9 MENJUARAI MEC 2023/2024 π²πΎπ
Kejohanan e-sukan terbesar Malaysia iaitu Malaysia Esports Championship (MEC) 2023/2024 bagi PUBG Mobile baru melabuhkan tirainya sebentar tadi dengan sesi penyampaian hadiah kepada para player.
Tahniah diucapkan kepada SEM9 kerana berjaya menjuarai MEC edisi 2023-24! SEM9 membarisi roster untuk PMSL Spring seperti diumumkan tempoh hari iaitu Dep, Kenny, uHigh, Looyou dan Brian. Turut serta staf pasukan SEM9 iaitu SlyDD & Pasha sebagai Coach dan SuperBoi sebagai Manager.
Grand Finals MEC 23-24 bermula pada kira-kira jam 3.00ptg dan sebanyak 6 pusingan dimainkan. SEM9 berjaya menjuarai kejohanan dengan 64 mata serta tiebreaker bersama Yoodo Alliance dengan mendapatkan WWCD yang lebih π
Kemenangan mereka ini semestinya memberikan impak hype yang tinggi untuk 2024 PMSL SEA Spring yang mendatang π₯
(Gambar: Esports Integrated)
Original Post:
https://www.1play.com/post/13892
28/01/2024
Top 10 Most Banned Hero di Mythical Glory Rank
Ini adalah Top 10 Most Banned Hero di Mythical Glory Rank setakat ini.
1. Nolan
2. Wanwan
3. Diggie
4. Mathilda
5. Lunox
6. Joy
7. Nana
8. Karrie
9. F***y
10. Tigreal
Amat mengejutkan apabila Top 3 dari list ini melebihi 100% ban rate. Menunjukkan bahawa setiap match mesti dua - dua team akan ban 3 hero ini.
Nana juga tidak terlepas dari Top 10 ban ini. Dan ada kemunculan Tigreal dan F***y walaupun di tangga ke 9 dan 10.
Ada hero kamu termasuk dalam list ini? Apa pendapat anda untuk Top 10 Ban List ini?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13912
26/01/2024
Top 10 Most Popular Hero di Mythical Glory Ranked
Ini adalah Top 10 Most Popular Hero di Mythical Glory Ranked sekarang ini.
1. Claude
2. Karrie
3. Brody
4. Guinevere
5. Minotaur
6. Bruno
7. Nana
8. Lunox
9. Arlott
10. Lancelot
Marksman mendominasi top 3 sekarang ini dengan pick rate atas 3%. Mungkin di sebabkan untuk menentang meta hero pick sekarang atau counter pick Marksman di laning.
Namun begitu, Nana masih menjadi pilihan utama walaupun di Mythical Glory rank sekarang. Apakah ini bermaksud Nana telah layak menjadi meta pick hero untuk patch kali ini?
Ada hero kamu termasuk dalam list ini? Apa pandangan anda?
Pos Asal : https://www.1play.com/post/13889