Football Timezone - Malaysia

Football Timezone - Malaysia

Share

Segalanya tentang bolasepak. Menyajikan aneka informasi, berita dan pelbagai trivia global untuk santapan bacaan anda.

Segalanya seperti anda membaca majalah Wisel suatu ketika dahulu.

16/07/2025

Skuad kebangsaan Jepun baru sahaja menyertai kejohanan 4 negara, EAFF East Asian Cup dan memenanginya.

Kejohanan EAFF juga berada diluar kalendar FIFA!

Menariknya berbanding menurunkan skuad utama mereka, mereka menurunkan pemain yang rata-rata bercaps antarabangsa kurang dari 15 caps dan yang bermain di J-League.

Tanpa menganggu pemain utama mereka kebanyakannya yang bermain di Eropah.

Ini memberi peluang kepada pemain lain untuk merasai menyarung jersi kebangsaan.

Walaupun kejohanan disertai China dan Hong Kong yang tidak setaraf, mereka masih hormat kejohanan dan penganjur dengan masih hantar skuad kebangsaan tanpa mengambil remeh kejohanan.

Japan yang kini berada di tangga (17) didalam ranking dunia masih mindset juara, yang baru merasa naik sikit ranking (125) p**a banyak alasan.

FB : Nurazhar Mohd Zin

20/03/2025

Steady jersi Indonesia original boleh didapati di Indomaret!

Indomaret ni macam 7E atau Family Mart mereka lah dan jersi yang dijual adalah fans version, kualiti paling rendah yang dikeluarkan.

Jersi version ini dijual hanya pada 139,000 rupiah, bersamaan dengan RM38!

Ini juga adalah untuk beri awareness kepada fans marhaen untuk membeli jersi original pada harga mampu milik dan membanteras jersi fake.

Australia vs Indonesia petang ini, debut jersi baru untuk kedua pasukan.

FB : Nurazhar Mohd Zin

05/03/2025

Kalau akaun EPF boleh ditukar dari konvensional ke syariah, football jersey pun boleh!

Idea yang bagus untuk fans Aston Villa untuk remake balik jersey mereka kepada yang lebih Muslim friendly.

Dari jenama betting kepada charity.

Ini disebabkan Belgium tak membenarkan sebarang sponsorship melibatkan judi dan betting!

Orang luar pun peka akan halal haram apa alasan kita?

Nak repair dan remake jersey?
http://wa.me/60176340095/

06/01/2025

Maaf rakan-rakan di Indonesia, kenapa ya STY dipecat?

26/11/2024

Trio Brazil Piala Dunia 2002 bakal mewarnai Piala AFF 2024.

Melihat kepada skuad awal Piala AFF 2024, ada tiga nama lagenda skuad Brazil dilihat tersenarai iaitu Rivaldo, Ronaldo dan Kaka!

Rupa-rupanya nama itu milik :

• Rivaldo Eneiro Pakpahan (21)
• Ronaldo Kwateh (20)
• Arkhan Kaka (17)

Ini tak lain tak bukan mesti kerja si bapa yang fanatik.

Kalau ikut matematik mudah, anak-anak ini dilahirkan selepas Piala Dunia 2002, dimana Brazil adalah pemenangnya dimana waktu siarannya dilangsungkan diwaktu perdana Asia.

Dekat Malaysia rasanya paling kerap nampak adalah nama Zidane tapi sebagai pemain rasanya baru nampak seorang, iaitu Nistelrooy.

FB : Nurazhar Mohd Zin

19/11/2024

Apa yang Indonesia perlu lakukan didalam kump**an ini untuk layak ke Piala Dunia semudah tewaskan (2) pasukan yang kurang kuat iaitu Bahrain dan China.

Jadi jadual mereka dilihat bagaikan memihak mereka.

25/3 vs Bahrain 🇧🇭
5/6 vs China 🇨🇳

Dan kedua-dua perlawanan ini adalah di gelanggang keramat mereka yang membutirkan kemenangan pertama mereka di dalam kump**an menewaskan Saudi!

Jika keputusan mereka positif dan direalisasikan kemungkinan Indonesia layak ke Piala Dunia secara automatik di tangga ke-2 mengambil kira Australia yang bakal bertemu Jepun dan Saudi.

Now or never Indonesia!

FB : Nurazhar Mohd Zin

Photos from Football Timezone - Malaysia's post 17/11/2024

Natasha Lever Dan Ryan Giggs: Definisi Kepada Ipar Adalah Maut.

Memandangkan sekarang adalah musim filem Ipar Adalah Maut membuatkan saya terkenang akan skandal yang melibatkan lagenda Manchester United, Ryan Giggs.

Ryan Giggs pernah menjalinkan hubungan sulit bersama adik iparnya, Natasha selama lapan tahun. Skandal ini terbongkar pada tahun 2011 selepas suami Natasha, Rhodri mendedahkan perkara itu.

Kata Rhodri, Ryan pernah menawarkan wang sejumlah £250,000 kepadanya agar menutup mulut daripada mendedahkan perkara berkenaan. Hal ini kemudian bertambah panas selepas giliran Natasha juga mendedahkan yang Ryan pernah memberikannya £500 untuk mengugurkan kandungannya.

Katanya, lebih baik gugurkan kandungan sebelum Rhodri tahu.

Hubungan Ryan dan Natasha terjalin pada tahun 2003 di sebuah kelab malam. Ketika itu, Ryan sendiri sudah bergelar suami kepada Stacey. Natasha p**a masih bujang, dan berkahwin dengan Rhodri dua minggu kemudian.

Walau bagaimanapun, hubungan itu terus berlarutan selama lapan tahun sehingga akhirnya terbongkar pada tahun 2011.

Ketika kes tersebut terbongkar, Natasha sendiri mengatakan bahawa perkara ini sangat menakutkannya. Dia sangat mencintai Rhodri, namun dia tidak boleh melupakan Ryan.

Susulan pendedahan itu, satu persatu pendedahan semakin terbongkar lagi-lagi melibatkan Natasha.

Pelakon Will Melor, pernah menjalinkan hubungan cinta satu malam dengan Natasha, 11 tahun sebelum berkenalan dengan Ryan.

Selain itu, nama-nama seperti Dwight Yorke, Phill Barsley, dan Danny Simpson turut dikatakan pernah menjadi teman tidur Natasha.

Isteri Ryan pada waktu itu sentiasa berada di sisi Ryan meskipun lagenda MU itu dikecam teruk oleh media. Stacey mengatakan, Ryan sedang menjalani terapi ketagihan seks.

Walau bagaimanapun, pasangan itu kemudiannya berpisah. Natasha juga berpisah dengan Rhodri dan kemudian berkahwin dengan seorang anggota bomba, Haroon Headley.

Apa yang mengejutkan ialah, Headley sanggup meninggalkan isteri yang dikahwini selama 20 tahun, semata-mata demi Natasha. Kata Headley, "Natasha is the one."

Selepas terbongkarnya kes itu, hubungan keluarga Giggs hancur. Danny Wilson, bapa kepada Ryan mengatakan yang dirinya malu mempunyai anak seperti Ryan. Dirinya sedikit pun tidak bangga dengan kejayaan Ryan Giggs menjadi pengurus Wales.

Rhodri p**a masih mempunyai dendam kesumat dengan abangnya. Rhodri pernah mengatakan kepada The Central Club Podcast: "Saya boleh saja nak jual cerita macam-macam untuk jatuhkan reputasi dia lagi. Tapi saya tak mahu. Saya bukan dendam ke apa, tapi saya nak dia berhati-hati."

Manakala Ryan Giggs p**a sudah semakin teruk reputasinya. Gagal sebagai pengurus, kemudian terlibat dengan kes mencabul dua orang wanita. Hmm..

*Admin waktu tu baru form 4. Panas kes ini, sampai fans MU dengan fans Chelsea saling kutuk-kutuk. Fans MU kutuk Terry. Fans Chelsea kutuk Giggs. So, lepas nie kita up cerita John Terry p**ak.

Oleh: Ameen Typewriter

15/11/2024

Saya tengok game ni dan bakal saksikan game Indonesia vs Japan di GBK nanti.

Walaupun rakyat Malaysia ada sedikit sided dekat negara ASEAN untuk buat yang terbaik menentang gergasi Asia, Japan yang tanpa gagal layak ke Piala Dunia sejak edisi 1998.

Sampai sekarang fans Jepun mengingati Larkin sebagai venue keramat mereka yang memulakan segala perubahan total ini.

Tak mengharap kemenangan, jika seri malam ini sudah jadi pencapaian terbaik Indonesia yang juga pakar seri dalam kump**an ini.

All the best tetangga, Garuda!

FB : Nurazhar Mohd Zin

30/10/2024

Vinicius Jr, Budak Hitam Yang Sentiasa Berasakan Dirinya Terpaling Mangsa.

Saya tak nafikan, Vinicius adalah antara wing forward yang merbahaya selain Rafael Leao, Raphinha, dan Bukayo Saka.

Saya tak boleh menidakkan kewibawaan beliau dalam permainan. Ada kelajuan yang menakjubkan, skill individu yang bagus, selain mampu mengubah perlawanan pasukan.

Saya tak boleh nak mengatakan tidak kepada kesungguhannya untuk naikkan prestasi. Di mana satu masa dulu, beliau sering diejek dan dicemuh oleh penyokong sendiri kerana bermain buruk. Lama kelamaan, prestasinya meningkat naik dengan mendadak. Kini, Vini menjadi nadi penting untuk Real Madrid.

Tapi lama kelamaan, saya semakin menyampah dengan perangainya yang semakin diva. Semakin hari, semakin banyak sisi pukimaknya yang kelihatan.

Provok lawan tak tentu pasal. Cakap besar. Gaduh dengan orang sana, gaduh dengan orang sini.

Yang paling menggelikan, apabila Vini tanpa segan silu menangis di hadapan wartawan sambil mengatakan.

"Kenapa semua benci saya? Saya cuma ingin bermain bola sahaja."

Barangkali kerana beliau jadi begini kerana sombong. Vini menjadi sombong dan poyo kerana bermain untuk Real Madrid. Sarung p**a jersi nombor tujuh. Nombor keramat pasukan itu yang pernah diwakili oleh bekas bintang mereka, Raul Gonzalez dan Cristiano Ronaldo selepas itu.

Apabila ramai musuh, Vini mula berlakon seperti mangsa. Kononnya kerana kulitnya hitam. Itu ramai benci. Walhal, dalam kem Real, Tchoumeni juga berkulit hitam, Camavinga, Rudiger. Kenapa dia orang okay tapi Vini tidak?

Sama juga dengan player liga lain. Bukayo Saka, Rafael Leao, Victor Boniface. Ada ke kita nampak kebencian yang meluap dekat mereka-mereka ini? Tak!

Sebab dia orang tak buat perangai pukimak macam Vinicius. Itu je.

Sekarang, rasakan. Dunia sedang ketawakan beliau.

Ini adalah Tragedi Oktober yang cukup memalukan dalam dunia bola sepak. Tiada berita cerai berai. Cuma seorang budak hitam yang kesedihan hanya kerana egonya yang tinggi melangit.

Oleh: Ameen Typewriter

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address


Kuala Lumpur