Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969

Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969, Sports Event, Suite 2. 3, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpur.

01/06/2026

TAHNIAH

Datuk Mohd Azizulhasni Awang
Atas pengurniaan Darjah Bakti (D.B.) oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim.

Pengurniaan ini merupakan satu penghormatan tertinggi atas jasa, pengorbanan dan sumbangan luar biasa beliau dalam mengharumkan nama Malaysia di persada sukan antarabangsa.

Semoga terus menjadi inspirasi kepada generasi atlet negara serta mencapai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan.

Ikhlas daripada
Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM)

01/06/2026

DIRGAHAYU TUANKU

Merafak Sembah Ucapan Setinggi-Tinggi Tahniah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Tuanku pada 1 Jun 2026 Bersamaan 15 Zulhijjah 1447H.

Sembah Takzim daripada seluruh Ahli Jawatankuasa SAM 24/27

31/05/2026

Selamat Hari Wesak.

Semoga kedamaian, kasih sayang dan kebahagiaan sentiasa mengiringi setiap langkah kehidupan.

29/05/2026

Selamat Hari Wartawan buat seluruh pengamal media dan wartawan yang sentiasa komited menyampaikan berita dengan penuh integriti, keberanian dan tanggungjawab.

Terima kasih atas jasa, dedikasi serta pengorbanan anda dalam memastikan masyarakat terus mendapat maklumat yang tepat, sahih dan berinformasi.

Semoga terus maju, dihormati dan menjadi suara yang membawa inspirasi kepada rakyat serta negara.

26/05/2026

Selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha

26/05/2026

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera kepada semua ahli SAM yang dihormati.

Dukacita dimaklumkan bahawa Ali bin Tahar Bekas Petugas SAM telah menghembus nafas terakhirnya pada hari Sabtu, 23 Mei 2026.

Semoga segala amal baik arwah diterima Allah SWT dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.

Al-Fatihah.

Photos from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969's post 25/05/2026

Tahniah diucapkan kepada atas pencapaian membanggakan apabila berjaya meraih kedudukan Top 10 Asia dalam kategori masing-masing di Sport Media Awards 2025 yang berlangsung di Lausanne, Switzerland.

Pengiktirafan bertaraf antarabangsa ini membuktikan kreativiti, dedikasi dan kualiti karya anak Malaysia mampu berdiri sebaris di pentas dunia. Semoga kejayaan ini terus menjadi inspirasi kepada penggiat media sukan tanah air untuk menghasilkan karya yang lebih cemerlang dan berimpak tinggi.

Photos from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969's post 19/05/2026

Majlis Anugerah Sukan Negara (ASN) telah berlangsung dengan penuh gemilang dan diserikan dengan kehadiran Perdana Menteri, YAB Dato' Seri Anwar Ibrahim. Turut hadir, Menteri Belia dan Sukan YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Mordi Bimol serta barisan kepimpinan sukan negara.

Majlis berprestij ini meraikan atlet, jurulatih dan penggiat sukan tanah air yang telah berjasa dan mencapai keputusan yang membanggakan negara sepanjang 2025.

Majlis turut dihadiri Presiden Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) Sdr. Norismadi Abd Manap serta Setiausaha Agung Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia Sdr. Nor Bazly Azmi.

Sepanjang majlis berlangsung, pelbagai anugerah telah disampaikan sebagai pengiktirafan kepada individu dan pasukan yang telah mengharumkan nama Malaysia dalam arena sukan. Kehadiran pemimpin tertinggi negara membuktikan komitmen kerajaan dalam memperkasakan pembangunan sukan serta menghargai jasa dan pengorbanan atlet negara.

SENARAI PEMENANG ASN 2025

OLAHRAGAWAN KEBANGSAAN
- CHEN TANG JIE (BADMINTON)

OLAHRAGAWATI KEBANGSAAN
- TOH EE WEI (BADMINTON)

OLAHRAGAWAN PARALIMPIK KEBANGSAAN
- MOHAMMAD YUSOF HAFIZI SHAHARUDDIN (PARA
BERBASIKAL)

OLAHRAGAWATI PARLIMPIK KEBANGSAAN
- LIM CARMEN (PARA RENANG)

PASUKAN LELAKI KEBANGSAAN
- SEPAK TAKRAW

PASUKAN WANITA KEBANGSAAN
- WUSHU (DUILIAN)
TAN CHEONG MIN
PANG PUI YEE
LEE JIA RONG

JURULATIH LELAKI KEBANGSAAN
- AHMAD JAIS BAHARUN (SEPAK TAKRAW)

JURULATIH WANITA KEBANGSAAN
- NOR HAMIZAH ABU HASSAN (PENCAK SILAT)

ANUGERAH KHAS
- ALLAHYARHAM DATUK HISHAMUDDIN AUN
- KELAB RENANG IKAN BILIS
- PETRONAS

ANUGERAH KEPIMPINAN SUKAN
- DATUK MOHD SUMALI REDUAN (SEPAK TAKRAW)

Photos from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969's post 14/05/2026
Photos from Persatuan Penulis Penulis Sukan Malaysia - SAM - Established 1969's post 14/05/2026

Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 telah berlangsung dengan penuh gemilang dan meriah sebagai tanda penghargaan kepada penggiat media sukan serta atlet-atlet yang telah mengharumkan nama negara di persada sukan tanah air dan antarabangsa.

Majlis berprestij ini turut diserikan dengan kehadiran YB Menteri Belia dan Sukan YB. Taufiq Johari serta barisan tetamu kehormat antaranya Yang Amat Mulia Tengku Syarif Bendahara Perlis, Syed Badarudin Jamalullail ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail, Pengerusi F&N, Dato’ Rahimi bin Ismail, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Datuk Wira Dr. Nur Azmi Ahmad, Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Dato’ Sri Megat D. Shahriman Presiden Majlis Paralimpik Malaysia, Tan Sri Dato’ Haji Hamidin bin Haji Mohd Amin, Presiden Kehormat Persatuan Bolasepak Malaysia, serta En. Norazrin Norsyam Yee Pengarah, Libat Urus Dan Industri, Fraser & Neave Holdings Berhad.

Majlis ini dianjurkan bagi menghargai sumbangan pengamal media sukan dalam memperkukuhkan pembangunan industri sukan negara di samping mengiktiraf kejayaan atlet-atlet yang telah menunjukkan prestasi cemerlang sepanjang tahun 2025.

Majlis turut mendapat sokongan padu daripada 100PLUS dan Fraser & Neave Holdings Berhad sebagai rakan strategik yang sentiasa komited dalam pembangunan sukan negara.

Secara keseluruhannya, Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2025 berjaya mencapai objektif penganjurannya dalam mengangkat martabat kewartawanan sukan serta memberi inspirasi kepada atlet dan penggiat industri sukan negara untuk terus melakar kejayaan pada masa hadapan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Suite 2. 3, 2nd Floor, Wisma OCM, Jalan Hang Jebat
Kuala Lumpur
50150

Opening Hours

Monday 10:00 - 16:00
Tuesday 10:00 - 16:00
Wednesday 10:00 - 16:00
Thursday 10:00 - 16:00