PutriSha Consulting

PutriSha Consulting

Share

Dah bantu ramai orang rakyat Malaysia membuat perancangan kewangan. Revolusikan pelaburan simpan-labur anda, pastinya profil pelaburan anda menguntungkan.

01/04/2026

Alhamdulillah kelas pagi ni buka minda untuk transformasikan lebih ramai hidup insan lain.

Bukan 3 in 1
Sekarang 4 in 1!

Menariknya pabila mulakan fikir tentang perancangan kewangan diri,
ada pilihan nak gandakan simpanan :
✅️ sekali gus/ bulanan
✅️ secara tunai / tanpa tunai
✅️ boleh dapat rebate cukai
✅️ boleh jadi sumber jana pendapatan tambahan

Macam-macam boleh dirancangkan.
Tapi tak semua yang ada kesedaran,
Tak semua bersungguh untuk ikut pelan diri.
Tepuk dada tanya diri sendiri.

Sekiranya anda boleh utamakan bayaran komitmen untuk urusan hidup,
Pastinya anda boleh utamakan simpanlabur untuk kegunaan masa depan.

♥️CikSha

23/09/2025

Bayangkan hidup kita macam taman bunga..
indah, segar dan penuh warna.

Andai tak dijaga, bunga boleh layu, daun boleh gugur, keindahan tu hilang perlahan-lahan.

Begitulah kewangan kita. Kalau tak dirancang,
tak diurus, lama-lama bocor. Duit habis tanpa sedar, hutang makin bertambah, masa depan makin kabur.

Pagi ni, CikSha nak ajak anda mulakan tanam satu "benih kewangan":

😎 Tambah ilmu kewangan sebagai rutin tiap hari
😎 Simpan sikit dulu setiap bulan
😎 Elak belanja ikut emosi
😎 Utamakan simpanlabur halal dan berkat
😎 Lindung pendapatan bagi urus risiko tak jangka

Kalau bunga perlukan tanah subur, air & cahaya, kewangan perlukan ilmu, tindakan dan pengalaman untuk tingkatkan kecekapan. 🌿

♥️CikSha

10/02/2025

Tersentak pabila muncul gambar dengan caption,
"Kami datang hari ni suamiku" di status Puan L, penyimpan bawah bimbingan CikSha.

"Bila hubby arwah?"

"Semalam kak."

Rupanya Puan L baru sahaja uruskan pengebumian suami tercinta ditemani anak-anak masih kecil yang masih keliru apa yang berlaku.

Kehilangan pasangan hidup bukan sekadar
meninggalkan kesedihan namun juga
cabaran kewangan yang perlu
diuruskan dengan bijak.

Ramai terlepas pandang perkara penting
lepas pemergian pasangan, seperti adanya takaful
untuk perlindungan pendapatan, dana cemas
atau merancang kewangan untuk masa depan.

CikSha sarankan langkah-langkah utama untuk
uruskan situasi sementara ada cuti:

1️⃣ Semak kedudukan kewangan keluarga
- senaraikan aset tetap, aset cair, pinjaman,
hutang mahupun takaful suami yang ada.
Kenalpasti harta sepencarian yang anda.
Jika ada akaun bersama suami, tahu baki terkini.
Proses tuntutan mungkin memakan masa,
usah tunggu-tunggu.

2️⃣ Kumpul dokumen penting
- Puan L perlu memastikan dokumen sijil kematian,
polisi takaful, milikan aset dan rekod bank
disusun rapi. Ia akan memudahkan urusan
tuntutan dan proses pengurusan harta pusaka
seterusnya.

3️⃣ Rancang semula belanjawan keluarga
- Fokus kepada keperluan asas dahulu makanan,
tempat tinggal dan pendidikan anak-anak.
Elakkan perbelanjaan tak perlu buat masa ni.

4️⃣ Urus Pusaka
Kenalpasti ahli keluarga/ waris yang boleh bantu untuk uruskan bersama sebelum laksanakan
urus harta:

- Harta ringkas : harta alih seperti wang tunai,
aset cair - simpanan ASB,ASN, KWSP yang tak
lebih RM600ribu.
- Harta pusaka kecil: nilai tak lebih RM2 juta
- Harta pusaka besar: permohanan boleh dibuat
di Mahkamah Tinggi untuk dapatkan surat kuasa
mentadbir pusaka.

5️⃣ Jaga diri dan anak-anak
- Usah lupa untuk menjaga kesihatan mental dan
emosi diri untuk harungi fasa ni.
Hubungi keluarga atau rakan terdekat yang
dipercayai untuk sokongan moral dan
nasihat.

Kehilangan insan tersayang memang perit,
ia memang memerlukan masa untuk stabil emosi,
kelangsungan hidup perlu diteruskan.
Usah takut bertanya, mohon bantuan dan
bina semula asas kehidupan.

Buat mereka yang pernah lalui kes**aran sebegini,
apa nasihat anda untuk Puan L?
Kongsikan di ruangan komen.

04/11/2024

Hidup ni umpama jalan yang penuh persimpangan,
Ada masa akan teragak-agak buat
keputusan kewangan, macam-macam ghisaunya.
Tak buat keputusan pun sebenarnya,
dah buat keputusan untuk kekal di tempat sama.
Perancangan kewangan, hadiah terbaik anda
buat diri sendiri di masa depan.
Tak perlu tunggu sempurna,
mula dengan langkah kecil.
Simpan sikit-sikit,
Invest pelan-pelan.
Setiap orang ada tahap "pace" tersendiri.
Setiap langkah anda bina hari ni
umpama anda bina tapak kukuh esok.

❤️ CikSha

30/10/2024

Deepavali bukan sekadar cahaya lilin dan warna-warni, tapi juga saat kita mengingati kepentingan circle rakan yang menyokong dan mendorong kita untuk capai impian, terutama dalam pengurusan kewangan! 💪🏽💰

Ramai di antara kita bekerja keras
nak capai kestabilan kewangan,
kadangkala semua itu jadi lebih mudah
bila ada sahabat yang lalui perjalanan sama.

Kebersamaan buatkan kita boleh belajar,
cara untuk pengurusan kewangan lebih bijak.
Kebersamaan buatkan kita boleh tambaik
cara yang dah biasa kita buat dari perkongsian.

Kawan-kawan yang positif adalah pelaburan berharga dalam hidup kita! 🌟

Namun kembara kita dan rezeki berbeza ya..
Usah bandingkan diri,
Gunakan ilmu sesuaikan dengan diri.

Gambar lama tapi CikSha suukaaa....
team bersama dalam kursus enPro
sporting 😊💪💥.

Selamat Menyambut Diwali pada sahabat,
kenalan dan investor.
Selamat bercuti buat yang lain.

Ini masa terbaik untuk refleksi,
dengan kesedaran kewangan lebih cerah.

Bagaimana anda merancang untuk bersinar
dalam pengurusan kewangan tahun ini? ✨🌈

#

30/10/2024

Siapa pilih nasi lemak itu sarapan pagi ni?🙋🏻‍♂️🙋🏻‍♀️

Pernah rasa harga nasi lemak makin mahal? 😅 Dulu RM1 boleh dapat sebungkus, sekarang RM3 pun susah jumpa.

Inilah dipanggil inflasi,
harga barang naik, tapi nilai duit kita makin susut. Jadi, macam mana kita nak lindungi kewangan kita dari "hakisan" inflasi ni?

➡️ Sambal sedap yang pedas, baru lebih ‘kick’😋
Aroma nasi lemak tak mampu dinikmati puas tanpa sambal yang mencukupi.

Kalau sambal ibarat simpanlabur,
pabila kita simpanlabur dalam unit amanah,
duit kita boleh berkembang tak lah terbakar dengan kos hidup meningkat.

Kita boleh manfaatkan keuntungan jangka panjang, sambil lindungi nilai daripada
"basi" dek inflasi.

➡️ Telur rebus pelengkap rasa

Kalau telur rebus ibarat penyimpan nilai,
simpanan emas aset yang kekal nilai walaupun inflasi naik.

Bila harga barang meningkat,
harga emas juga biasanya ikut naik.
Jadi, simpanan emas boleh jadi pelindung kewangan jangka panjang,
sebagai sandaran bila kos hidup makin tinggi.

➡️ Gandingan hidangan mantap

Gabungan nasi lemak, sambal dan
telur rebus pelengkap hidangan,
Gandingan simpanlabur Unit Amanah dan Emas
buatkan kita ada ‘hidangan lengkap’ untuk kewangan diri.

Unit amanah bantu duit berkembang,
emas p**a jadi simpanan jangka panjang selamat. Ini strategi kewangan lengkap untuk kita lawan inflasi dengan konsisten, dan
teruskan gaya hidup yang kita inginkan!

So, sambil nikmati nasi lemak hari ni,
fikirkan juga tentang masa depan kewangan. Pelaburan unit amanah dan simpanan emas adalah cara bijak untuk elak nilai duit kita ‘terbakar’ dek inflasi. 💸🍚✨

❤️ CikSha


29/10/2024

Secangkir Kopi ☕ vs Pengurusan Kewangan

Pernah tak anda fikir,
macam mana anda pilih kopi setiap hari tu, sebenarnya ada kaitan dengan cara anda urus kewangan? 😌

➡️ Pilihan Kopi Sama Macam Pilihan Pelaburan

Ada yang s**a kopi premium,
ada juga yang okay dengan kopi bancuh biasa.

Sama macam kewangan,
setiap pilihan ada nilai dan risiko berbeza.

➡️ Nikmat Sikit, Rasa Lama
Kalau anda hirup kopi tu perlahan-lahan,
anda boleh nikmati rasa dan aroma lebih lama.
Mmm...😌

Dalam kewangan,
bila anda melabur sedikit demi sedikit,
anda dapat lihat hasil jangka panjang lebih "kaw"!💪💥

➡️ Disiplin Setiap Hari, Impian Jadi Realiti

Kalau anda konsisten minum kopi tiap pagi,
lama-lama jadi kebiasaan.
Rasa tak lengkap pagi anda tanpa kopi..kannn

Sama juga,
disiplin simpanlabur walau sedikit setiap bulan, boleh buat impian kewangan anda tercapai. ☕💰

So, sambil nikmati secawan kopi,
Ingatlah, keputusan kecil hari ni akan tentukan masa depan kewangan anda.

Mulakan langkah kecil, kerana setiap simpanlabur adalah satu nikmat untuk masa depan. 🌱💼

❤️ CikSha

22/10/2024

Semalam, CikSha jumpa seorang klien ni,
review portfolio pelaburan unit amanah.

Sebelum ni, dia beritahu hasrat nak tambah
simpan labur tunai selain dari guna akaun 1 je.
Bila tanya balik, keluar satu cerita.

Famili dia bukan di kalangan orang berada.
Kadang dapur tak berasap pun.
Dia tempat mereka mohon sumbangan.
Kadang rasa kesian, kadang sesak nafas.

Jadi memandangkan belakang rumah ada tanah,
dia cadangkan untuk adik dan ayah usahakan.

Duit bonus yang baru lalu untuk habuan,
dia laburkan RM18k untuk membersihkan tanah
belakang rumah famili.

Mudahkan, ayah, adik dan famili pakcik boleh memulakan projek pertanian tanaman kelapa sawit dan pokok pisang.

Dari situ, mereka semua akan ada peluang pekerjaan tetap dan pendapatan tambahan tanpa perlu bergantung sepenuhnya kepada dia lagi. Bijak kan?

Kalau kita fikirkan,
ramai di antara kita terpanggil bantu famili,
tapi kadang-kadang ghisau
duit sendiri pun tak cukup.

So, macam mana nak bantu tanpa menjejaskan aliran tunai kita sendiri?

1️⃣ Bantu dengan Ilmu, Bukan Duit

Tak semestinya kita hulur duit masa terdesak.
Mudahkan mereka jana pendapatan,
pastikan anda ada kawalan tersendiri.
Ada banyak cara kita boleh bantu ahli keluarga dengan memberi nasihat kewangan, cara urus bajet, atau cadangkan pelaburan yang sesuai. Dengan itu, mereka boleh jana pendapatan sendiri.

2️⃣ Kongsi Peluang, Bukan Beban

Jika ada peluang pelaburan atau projek boleh bagi keuntungan, ajak famili untuk sertai sama.
Contohnya, seperti klien CikSha yang berkongsi peluang projek pertanian. Dia melabur dalam aset, tapi famili yang uruskan dan semua mendapat manfaat.

3️⃣ Bina Dana Kecemasan Bersama

Galakkan famili bina dana kecemasan sendiri. Mereka ada simpanan bila keadaan terdesak,
tak perlu selalu bergantung kepada bantuan kewangan kita.

Jadi, anda boleh membantu keluarga tanpa mengorbankan kestabilan kewangan anda.

Apa Pendapat Anda?

Adakah anda pernah bantu ahli keluarga kurangkan beban kewangan mereka?

Jom share pengalaman atau
jika berminat nak CikSha bimbing anda
rancang kewangan, klik ⬇️
https://nakrancangkewanganCikSha.wasap.my

❤️CikSha

08/10/2024

Perpisahan dan kebangkitan semula

Setiap insan yang terpilihNya hadir dalam hidup punyai peranan masing-masing.

Ada yang menyokong,
Ada yang membantu,
Ada yang buat kita gembira,
Ada yang buat kita sedih,
Ada yang sebabkan kekecewaan.

Kembara sesuatu hubungan sesama insan,
Tak kisah ibu bapa, adik beradik, pasangan..
Hadir dengan penuh impian dan harapan.
Namun, apabila takdir bawa arah berbeza,
ianya bakal uji emosi dan kewangan diri.

Rasa kehilangan muncul,
bukan dari segi hubungan tetapi juga
dari sudut kestabilan kewangan.

Merancang kewangan bukan sekadar angka.
Ia menyembuhkan luka dan
beri ruang diri sendiri pulih secara emosi.

Perancangan kewangan kukuh,
sangat membantu untuk bangkit semula.
Bukan untuk pastikan keperluan hidup dipenuhi,
ia membina masa depan lebih stabil dan
kesejahteraan emosi.

Usah biarkan perpisahan mahupun
ketidaktentuan kewangan menguasai hidup anda.
Mulakan perancangan kewangan untuk
sembuh dan bangkit.

Tak kira sama ada anda mahu mula melabur
atau perkemaskan strategi simpanlabur anda,
CikSha sedia bimbing.
Klik link dan mulakan langkah anda.
https://nakrancangkewanganCikSha.wasap.my

❤️CikSha

03/10/2024

BAYAR DUIT
========

Bayar duit, untuk beli - Bay
Bayar duit, beli barang secara tangguh - BBA @ Bay Mu'ajjal
Bayar duit dulu, barang kemudian - Salam
Bayar duit, ikut progress kerja - Istisna'
Bayar duit, beli matawang - Sarf
Bayar duit, beli hutang - Dayn
Bayar duit, transfer hutang - Hiwalah
Bayar duit, untuk rent kereta/rumah - Ijarah
Bayar duit, untuk dapat service - Ujrah
Bayar duit, untuk booking - Urbun (hangus)
Bayar duit, untuk booking - Hamish Jiddiyah (tak hangus)
Bayar duit, untuk bagi hadiah - Hibah
Bayar duit, untuk cuci harta - Zakat
Bayar duit, untuk dunia kekal - Wakaf
Bayar duit, untuk discount - Ibra'
Bayar duit, untuk set off hutang - Muqassah
Bayar duit, untuk modal bersama - Musyarakah
Bayar duit, untuk dapat servis - Ujrah
Bayar duit, untuk dilabur - Mudarabah
Bayar duit, untuk tolong menolong - Taáwun
Bayar duit, untuk sumbang ke tabung - Tabarru'
Bayar duit, untuk disimpan - Wadiah
Bayar duit, untuk diurus - Wakalah
Bayar duit, untuk pinjam tanpa interes - Qard.
Bayar duit, untuk dapat pahala - Infaq

Last sekali, bayar lah balik pinjaman PTPTN yang telah diambil.
Bayar duit, untuk keberkatan ilmu.

Kredit Perkongsian dari Sifu IFP: Tn Hj Razli

01/10/2024

Kembara hidup kita berbeza. Kita tak pernah tau siapa Allah hadirkan untuk membantu.Tiba masanya,serumit /ses**ar mana pun tentu ada jalan.Dah rancang wang, usahakan displin😉 Pagi!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Address


Cheras
Kuala Lumpur