CSQ Training & Consultancy

CSQ Training & Consultancy

Share

CSQ Training Centre menyediakan perkhidmatan konsultan latihan, motivasi dan pembangunan modal Insan. Hubungi kami hari ini. Tel : 03 4131 8720 | 8728

23/02/2022

Selesai mengendalikan Program KCP PT3 Lembaga Zakat Selangor Daerah Gombak bertempat di Hulu Yam.

Minggu ni daerah Klang p**ak.

Insya Allah terus mengorak langkah!

Photos from CSQ Training & Consultancy's post 25/07/2021

Manusia merancang, Allah juga merancang. Namun perancangan Allah yang terbaik

Tahun 2021, Kursus PT3 untuk anak-anak asnaf Selangor anjuran Lembaga Zakat Selangor dibuat secara maya.

Satu usaha dan pendekatan yang baik daripada pihak LZS supaya anak-anak ini tidak tercicir dalam pembelajaran. Program bermula dari bulan April dan masih berjalan dan merangkumi setiap daerah di Selangor.

Moga kita diberi kekuatan, menyokong satu sama lain, dan bersatu membantu menghadapi pandemik ini.

10/07/2020

“Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”.
(HR. At-Tirmidzi).
Salam Sayyidul Ayyam






09/07/2020

Perkara yang boleh mengangkat darjat seseorang di sisi Allah, yang sudah semestinya membawa kebaikan kepada semua pihak.




07/07/2020

"Ya Allah, aku memohon kepada-Mu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang halal dan amalan yang diterima."





06/07/2020

Kita dituntut untuk itqan atau tekun dalam setiap perkara yang kita lakukan. Ini kerana, sifat tekun ini merupakan salah satu lambang atau tanda keislaman. Tambahan p**a, seorang yang beragama Islam dituntut untuk ikhlas dan bersungguh-sungguh dalam setiap amal ibadah, sikap dan kehidupan kita.
Antara kepentingan tekun dalam bekerja:

1) Tekun di dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan adalah wasilah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah SWT.

2. Allah SWT kasih kepada orang-orang yang tekun dalam dalam bekerja sebagaimana hadith di atas.

3. Barangsiapa yang tekun dalam pekerjaannya akan memudahkan urusan orang lain dan mengelakkan daripada keletihan.

4. Sifat tekun akan membezakan antara orang yang betul-betul berusaha dan juga orang yang sambil lewa ketika bekerja.

5.Tekun juga akan menambakan keberkatan di dalam setiap perkara yang kita lakukan.

Semoga Allah SWT menggolomgkan kita dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang ikhlas dan tekun dalam setiap perkara yang dilakukan. Amin.

Sumber: Laman Web Pejabat M***i Wilayah Persekutuan





06/07/2020

Anda yang bertanggungjawab dan anda ada dua pilihan samada anda keluar dan sambar peluang yang ada atau anda boleh lepak dan biarkan arus kehidupan membawa anda ke mana sahaja. Cara apa pun yang dipilih, anda yang menentukannya.
Jom mulakan langkah anda sekarang!






01/07/2020

Selamat kembali ke sekolah anak-anak ♥️♥️♥️

26/02/2020

Menghadiri Taklimat Perunding Latihan Lembaga Zakat Selangor.

Alhamdulillah. CSQ Training Centre dilantik sebagai salah satu perunding latihan bagi Asnaf Lembaga Zakat Selangor bagi tahun 2020-2022.

Insya Allah 2020 permulaan yang baik.

Let Us Show You The Way

Photos from CSQ Training & Consultancy's post 20/10/2019

Kem Super Muslim ( Kem Motivasi Cuti Sekolah Nov-Dis 2019) Dengan hanya RM39.50 seorang

Kami bawakan satu kursus terbaik sempena Cuti Sekolah Nov Dis 2019 ini ( Kem Motivasi Cuti Sekolah - Kem Super Muslim) Khas untuk Mak Ayah di luar sana dengan hanya RM39.50 sahaja!

Mak ayah yang dihormati sekalian, Untuk cuti Sekolah Nov-Dis ini, dengan hanya RM39.50, anak anda akan mendapat pengisian berharga dari penceramah CSQ Training Centre yang berwibawa, ditambah lagi berprogram di masjid untuk mendidik anak-anak kita agar menjadikan masjid sebagai rumah kedua.

Berikut adalah info lanjut berkenaan Kem Motivasi Cuti Sekolah ( Kem Super Muslim 2019)

1. Program diadakan di 15 lokasi Masjid terpilih sekitar lembah Klang ( Sila rujuk jadual di bawah) dan dibuka untuk anak-anak berusia 8-17 tahun ( Lelaki & Perempuan)

2. Program akan bermula 8.30 pg dan tamat pada jam 6.00 petang. ( Sila rujuk Aturcara)

3. Yuran RM39.50 seorang terhad kepada 100 pendaftaran pertama sahaja. Peserta akan menerima buku modul & sijil. Termasuk Pek Minuman ringan (pagi & Petang) serta makan tengahari.

4. Kesemua Penceramah dan Jurulatih yang mengendalikan program terdiri dari individu berpengalaman yang pernah mengendalikan Program Kita Juara bagi Atlet Malaysia SEA Game 2018, Perunding untuk Program Pembangunan Asnaf Lembaga Zakat Selangor selama 3 tahun, Program Remaja Islam untuk Tabung Haji, Maybank, LKIM, UMW, UEM Land dan pelbagai lagi dengan latar belakang pengalaman lebih dari 10 tahun. Anak anda pasti tidak bosan dan akan dapat mengikuti program dengan lebih bersemangat.

4. Sehari anak anda bersama kami, akan mengikuti jadual padat merangkumi Sesi pengukuhan ilmu dan motivasi, Adab sopan dan pembangunan akhlak Muslim. Mengikuti semua aktiviti masjid seperti solat jemaah, tadarus dan bacaan al quran, membersihkan masjid serta membina kesedaran perubahan diri.

LOKASI KEM SUPER MUSLIM 2019 ( KEM MOTIVASI CUTI SEKOLAH 2019)

1. 25 Nov 2019 ( Isnin)
Masjid Jamek Raja Tun Uda, Shah Alam, Selangor

2. 26 Nov 2019 ( Selasa)
Masjid Sultan Abdul Aziz, Pulau Indah, Selangor

3. 27 Nov 2019 ( Rabu)
Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, Selangor

4. 28 Nov 2019 ( Khamis)
Surau Ittifaqiah, Tmn Kajang Impian, Selangor

5. 30 Nov 2019 ( Sabtu)
Masjid AL Husna, Bdr Sunway, Selangor

6. 1 Dis 2019 ( Ahad)
Masjid Bdr Baru Sg Buloh, Selangor

7.2 Dis 2019 ( Isnin)
Masjid Sirajuddin Al Anuar, Batu Belah, Klang

8. 3 Dis 2019 ( Selasa)
Masjid Kg Jenjarom, Klang, Selangor

9. 4 Dis 2019 ( Rabu)
Masjid Sg Ramal Luar, Kajang, Selangor

10. 5 Dis 2019 ( Khamis)
Masjid Kota Raja, Kg Jawa, Klang, Selangor

11. 7 Dis 2019 ( Sabtu)
Masjid Al Hijrah, Kota Kemuning, Shah Alam, Selangor

12. 8 Dis 2019 ( Ahad)
Masjid Jamek Al Imam Al Ghazali, Manjalara, Kuala lumpur

13. 10 Dis 2019 (Selasa)
Masjid Al Hidayah, Kelana Jaya, Selangor

14. 15 Dis 2019 ( Ahad)
Masjid Al Istiqamah, Puchong, Selangor

15. 16 Dis 2019 ( Isnin)
Surau Al Yaqeen, Seri Kembangan, Selangor

BAGAIMANA P**A CARA MENDAFTARNYA?

Jika berminat untuk menghantarkan anak-anak anda, sila lakukan langkah berikut :

1. Lakukan pembayaran ke akaun Maybank atas nama CSQ Training And Consultancy.

2. Sertakan slip dan taip NAMA PESERTA ( Jarak), UMUR (Jarak), & NAMA MASJID PILIHAN ke nombor Pegawai Pendaftaran kami Ust Mohd Yazid di talian 010 527 6995

3. Pihak kami akan menguruskan pendaftaran anda.

e.g. Taip Danish Rayyan Azhar 10Thn Masjid Kota Raja ke :
010 527 6995

Hubungi CSQ Training 010 527 6995
📱📞DAFTAR SEKARANG!📱📞
📱📞DAFTAR SEKARANG!📱📞
📱📞DAFTAR SEKARANG!📱📞

Sila WHATSAPP / SMS kami di talian
📱📞010 527 6995📱📞
📱📞010 527 6995 📱📞
📱📞010 527 6995 📱📞

BARANG KEPERLUAN PESERTA PADA HARI PROGRAM

LELAKI : Baju melayu, jubah atau t-shirt atau kemeja
WANITA : Baju kurung, jubah atau t-shirt lengan panjang

Tambahan :
-Alat tulis
-Ubat ubatan jika perlu
-Tak perlu bawa kasut sukan, barangan berharga dan telefon bimbit

Ibu bapa diminta menghantarkan peserta pada hari program jam 8 pagi di lokasi yang telah dipilih.

Justeru, para ibu bapa, apa lagi. Jom hantarkan anak-anak kita ke program ini. Berikan mereka pengalaman berada di masjid dan rumah Allah sambil mengikuti satu program latihan dari konsultan yang berpengalaman.

Anak-anak itu amanah. Pelihara amanah kita semoga ianya menjadi suatu anugerah terindah.

CSQ Training And Consultancy
Let Us Show You The Way

Jom Viralkan!

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Address


No 47-2, Jalan Wangsa 1, Wangsa Melawati
Kuala Lumpur
53300

Opening Hours

Monday 09:00 - 17:00
Tuesday 09:00 - 17:00
Wednesday 09:00 - 17:00
Thursday 09:00 - 17:00
Friday 09:00 - 17:00