03/06/2026
Friendly Match U12
prime yellow vs Topo (A)
PSA vs Prime Red (B)
PSA vs Prime Yellow (A)
Topo vs Prime Red (B)
Topo vs PSA (A)
Terima kasih atas invitation, terima kasih juga kepada player dan parent atas support.
ELITE
01/06/2026
Kekalahan Mengajar Kita
Kekalahan bukan pengakhiran, tetapi satu pengajaran yang sangat berharga. Dalam bola sepak dan kehidupan, kekalahan mengajar kita untuk lebih kuat, lebih berusaha, dan tidak mudah berputus asa.
Setiap kekalahan memberi peluang untuk kita mengenal kelemahan, memperbaiki kesilapan, dan kembali dengan semangat yang lebih tinggi. Pasukan yang hebat bukanlah pasukan yang tidak pernah kalah, tetapi pasukan yang bangkit selepas setiap kekalahan.
Jangan takut kalah, takutlah jika kita tidak belajar daripada kekalahan. Teruskan berusaha, kekal merendah diri ketika menang dan kekal kuat ketika diuji.
Jika hendak pergi berperang, sediakan senjata. Jika hendak mencapai kejayaan, sediakan usaha dan persediaan.”
Come back stronger !
ELITE
24/05/2026
Bola sepak ialah kegembiraan tempat anak-anak belajar, ketawa, berusaha dan membina impian bersama.
Mari semua bersama sama di shariff pro soccer academy untuk menimba ilmu dan pengalaman.
12/05/2026
⚽ JEMPUTAN TRIAL PERCUMA ⚽
Shariff Pro Soccer Academy membuka peluang kepada semua kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur 6 hingga 12 tahun untuk menyertai sesi Trial Percuma bersama kami!
📅 Hari: Sabtu & Ahad
⏰ Masa: 5.00 – 7.00 petang
📍 Tempat: Padang Jinjang
✅ Latihan teknik asas & permainan
✅ Jurulatih berpengalaman
✅ Persekitaran positif & berdisiplin
✅ Peluang sertai Team Elite PSA
Jom sertai kami dan asah bakat bola sepak anak-anak anda bersama Shariff Pro Soccer Academy! ⚽🔥
📞 Hubungi Coach Shariff:
011-2368 9996
10/05/2026
Assalamualaikum & salam sejahtera.
Pihak pengurusan PSA ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pemain, ibu bapa dan pihak lawan atas komitmen serta kerjasama sepanjang friendly match hari ini.
Walaupun hanya perlawanan persahabatan, semua pemain telah menunjukkan semangat juang, disiplin dan kerja berpasukan yang sangat baik di atas padang. Ini adalah proses pembelajaran dan pengalaman penting untuk pembangunan bakat pemain-pemain muda PSA .
Terima kasih juga kepada semua parent yang sentiasa memberi sokongan dari segi masa, tenaga dan semangat kepada anak-anak sepanjang program berlangsung.
Semoga hubungan silaturahim antara kedua-dua pasukan terus erat dan kita jumpa lagi pada perlawanan akan datang.
vs .prosocceracademy