12/05/2026
SELAMAT MENYAMBUT HARI JURURAWAT SEDUNIA
Bunga mawar harum mewangi,
Di petik khusus untuk si dia,
Selamat hari jururawat dari kami,
Buat semua Misi diseluruh dunia.
12 Mei Setiap tahun, dunia menyambut Hari Jururawat Sedunia bagi menghargai jasa, pengorbanan dan komitmen mereka, terutamanya dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan kesihatan negara.
Terima kasih buat semua jururawat khususnya yang bertugas di Hospital Kuala Lumpur (HKL).
11/05/2026
Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani
Sukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HKL secara atas talian. Berikut merupakan ketetapan bagi CME OSH:
Tarikh : 12/05/2026 (Selasa)
Masa : 2:30pm-3:30pm
Platform : Google Meet
Tajuk : Indoor Air Quality: Breathe Safe, Work Safe
Penceramah : NUR ADILAH BINTI CHE ABDULLAH, IAQ Assesor, Radicare HKL
Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/xop-xubn-krf
Terhad kepada 500 peserta yang terawal.
Sijil Penyertaan disediakan.
Terima Kasih.
11/05/2026
Keratan Akhbar: KESELAMATAN BUKAN PILIHAN, IA ADALAH TANGGUNGJAWAB!
Tahukah anda? Setiap pekerja mempunyai hak asas untuk pulang ke rumah dengan selamat. Memastikan persekitaran kerja yang selamat bukan sekadar memenuhi formaliti undang-undang, malah ia adalah tanggungjawab moral setiap majikan.
Pematuhan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH) yang rendah hanya mendedahkan warga kerja kepada risiko kemalangan, kecederaan, dan penyakit pekerjaan yang sebenarnya boleh dicegah.
Mari kita jadikan pencegahan sebagai keutamaan.
Sumber Diperoleh : Berita Harian
Sumber Keratan Akhbar : Perpustakaan HKL
06/05/2026
๐๐ฒ๐๐ซ๐ข๐ค๐๐ญ ๐๐ข๐๐๐ง๐๐ ๐๐๐๐๐,๐๐๐ ๐ฌ๐๐ฅ๐๐ฉ๐๐ฌ ๐๐ฎ๐ ๐ฉ๐๐ค๐๐ซ๐ฃ๐ ๐๐ข๐ฌ๐๐ก๐ค๐๐ง ๐ก๐ข๐ฅ๐๐ง๐ ๐ฉ๐๐ง๐๐๐ง๐ ๐๐ซ๐๐ง
https://www.utusan.com.my/nasional/2026/05/syarikat-didenda-rm120000-selepas-dua-pekerja-disahkan-hilang-pendengaran/
06/05/2026
06 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Kerja Jabatan Dietetik & Sajian HKL.
Komitmen Unit OSH adalah untuk memastikan setiap warga kerja bertugas dalam persekitaran yang kondusif dan bebas risiko.
Melalui bengkel ini, peserta dapat diterapkan kepentingan pengurusan risiko dan pematuhan standard keselamatan demi kesejahteraan semua.
Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang luar biasa!
06/05/2026
05 Mei 2026: Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), Hospital Kuala Lumpur telah melaksanakan saringan kesihatan di bawah program KOSPEN WOW yang melibatkan warga kerja Jabatan Fisioterapi & Cara Kerja
Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan penjagaan kesihatan serta menggalakkan amalan gaya hidup sihat dalam kalangan warga kerja. Selain itu, saringan ini turut membantu dalam pengesanan awal faktor risiko kesihatan, seterusnya menyokong kesejahteraan dan produktiviti di tempat kerja.
Unit OSH HKL komited dalam memperkukuh persekitaran kerja yang selamat, sihat dan kondusif untuk semua.
04/05/2026
04 Mei 2026: Bengkel OSH & Keselamatan untuk Warga Farmasi HKL.
Komitmen Unit OSH adalah untuk memastikan setiap warga kerja bertugas dalam persekitaran yang kondusif dan bebas risiko.
Melalui bengkel ini, peserta dapat diterapkan kepentingan pengurusan risiko dan pematuhan standard keselamatan demi kesejahteraan semua.
Terima kasih kepada semua peserta atas kerjasama yang luar biasa!
30/04/2026
๐ Sambutan Hari Pekerja 2026 ๐
Hari Pekerja 2026 membawa aspirasi untuk memperkasa tenaga kerja Malaysia agar lebih berdaya tahan, berkemahiran tinggi dan bersedia menghadapi cabaran masa hadapan.
Sambutan ini mencerminkan usaha berterusan dalam memastikan keseimbangan antara pertumbuhan ekonomi dan kesejahteraan sosial, selaras dengan visi negara ke arah pembangunan yang mampan dan inklusif.
Di Hospital Kuala Lumpur (HKL), khususnya melalui Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH), kita terus komited dalam memupuk budaya kerja yang selamat, sihat dan berdaya tahan demi kesejahteraan semua warga kerja.
Sempena hari yang bermakna ini, marilah kita bersama-sama menghargai peranan setiap pekerja dalam membina sebuah negara yang progresif, adil dan makmur. ๐ฒ๐พ
Selamat Hari Pekerja 2026!
28/04/2026
Selamat Menyambut World OSH Day 2026 kepada seluruh warga kerja.
OSH HKL menyokong penuh usaha Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) dalam memperingati Hari Keselamatan dan Kesihatan di Tempat Kerja yang disambut pada setiap 28 April.
Tema tahun ini, โBagaimana Keadaan Kerja Anda? Bersama Memastikan Persekitaran Psikososial Kerja yang Sihatโ, menekankan kepentingan mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, sihat dan menyokong kesejahteraan psikososial warga kerja.
Bersama-sama kita memperkukuh budaya pencegahan kemalangan dan penyakit pekerjaan demi kesejahteraan semua.
27/04/2026
Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani
Sukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HKL secara atas talian. Berikut merupakan ketetapan bagi CME OSH:
Tarikh : 28/04/2026 (Selasa)
Masa : 2:30pm-3:30pm
Platform : Google Meet
Tajuk : CODE BLUE: ARE YOU READY WHEN IT HAPPENS?
Penceramah : DR WAN NOR AIDA BINTI WAN MOHD SHUKRI, Pakar Perubatan Kecemasan HKL, Jabatan Kecemasan Dan Trauma, HKL
๐จSlot terhad kepada 500 peserta sahaja.
๐ Sijil Digital Penyertaan disediakan.
Terima Kasih.
20/04/2026
Salam Sejahtera & Salam Malaysia Madani
Sukacita dimaklumkan untuk menjemput Tuan/Puan menghadiri CME anjuran Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (UKKP) HKL secara atas talian. Berikut merupakan ketetapan bagi CME OSH:
Tarikh : 21/04/2026 (Selasa)
Masa : 2:30pm-3:30pm
Platform : Google Meet
Tajuk : OCCUPATIONAL BLOODBORNE DISEASE
Penceramah : DR. MOHAMMAD REZA BIN HAMDAN HAWARI, Unit Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, HKL
Pautan Google Meet:
https://meet.google.com/aum-umns-gpq
-Sijil Kehadiran disediakan
-Terhad kepada 500 peserta.
Sekian. Terima Kasih