25/04/2026
Tahniah diucapkan kepada saudara Muhd Irfan Fakhrurazy, salah seorang pelajar saya dari SM Agama Yayasan Khalriah, atas kejayaan merangkul Johan dalam pertandingan MSSD Baling, Kedah 2026 bagi kategori Individu Lelaki Bawah 15 tahun. ππ₯π
Irfan merupakan seorang pelajar yang konsisten dengan prestasinya. Beliau juga cepat memahami strategi serta memiliki kemahiran berfikir yang tajam dalam permainan catur. π§ β‘βοΈ
Semoga saudara Irfan terus melakar kejayaan cemerlang dan mengharumkan nama sekolah di peringkat yang lebih tinggi. Syabas dan teruskan usaha! πͺπͺπͺ
23/04/2026
Tahniah kepada Dalili atas pencapaian tempat ke-2 dalam kategori P15 di MSSD Raub, Terengganu 2026. πππ₯³ π
Dalili telah belajar bersama Coach Jackie sejak awal tahun 2024, apabila beliau mula mengikuti kelas individu 1-to-1. Dalam tempoh dua tahun ini, beliau menunjukkan peningkatan yang sangat memberangsangkan dan sentiasa mencatat keputusan yang baik. βοΈβοΈ
Usaha gigih beliau, bersama-sama dengan sokongan dan komitmen ibu bapa yang mendaftarkannya dalam kelas online setiap minggu, telah membantu beliau memahami strategi dan teknik catur dengan lebih mendalam.
Syabas Dalili! Coach sangat bangga dengan kamu π Semoga terus berjaya dan cemerlang dalam pertandingan peringkat negeri akan datang. ππ
22/04/2026
Tahniah diucapkan kepada saudari Nadya dari SMK Bukit Indah Ampang atas kejayaan meraih tempat ke-4 bagi kategori P15 dalam MSSD Gombak, Selangor 2026. π
Selain itu, keputusan berpasukan team sekolah Nadya juga mendapat tempat Ke-2. π₯ π
Saudari Nadya pernah mengikuti kelas intermediate bersama saya pada tahun 2024, ketika berusia 13 tahun. Menurut ibunya, Pn Judah, pencapaian Nadya pada tahun lalu adalah di kedudukan ke-11, dan tahun ini beliau berjaya melonjak ke tempat ke-4, satu peningkatan yang sangat membanggakan.π π₯³ π
Saya amat berbangga dengan usaha dan dedikasi yang ditunjukkan. Nadya juga berjaya mengaplikasikan teknik serta tips yang dipelajari dengan baik semasa latihan.ππ
Pencapaian ini bukanlah hasil usaha dalam masa singkat, tetapi merupakan hasil konsistensi dan komitmen jangka panjang dalam memperkukuhkan ilmu serta strategi caturβibarat pisau yang diasah berterusan sehingga menjadi tajam.
Teruskan usaha dan semoga lebih banyak kejayaan menanti di masa hadapan! πͺπͺπͺ
14/04/2026
Tahniah diucapkan kepada adik Afiqah atas pencapaian tempat ke-2 π₯Bawah-12 Kategori Individu dan Ke-5 Berpasukan dalam Kejohanan Catur MSSD Bangsar 2026 baru-baru ini! π π
Afiqah merupakan bekas pelajar saya yang mula belajar sejak April 2024 dan menamatkan kelas pada Disember tahun lalu. Sepanjang lebih setahun bersama, banyak usaha dan ilmu yang telah dicurahkan, dan saya amat bangga melihat hasilnya hari ini.
Saya juga masih menyimpan kenangan manis mereka, Afiqah dan kakaknya Afrina yang gigih menyertai pertandingan sebelum ini. Gambar-gambar lama pun masih ada, cuma belum sempat dikongsikan sebelum ini.
Terima mesej daripada ibu mereka tentang kejayaan ini benar-benar menyentuh hati. Walaupun Afiqah sudah tidak lagi bersama kelas, jelas menunjukkan segala ilmu yang dipelajari dahulu masih digunakan dengan baik dan memberi manfaat. ππ
Terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada saya untuk mengajar mereka sebelum ini. Usaha, disiplin, dan semangat mereka akhirnya membuahkan hasil. Semoga kejayaan ini menjadi permulaan kepada lebih banyak pencapaian gemilang di masa akan datang. πͺπ₯
11/04/2026
Tahniah dan syabas diucapkan kepada SK Saujana Putra atas pencapaian cemerlang dalam kejohanan kali ini! Pasukan Lelaki Bawah 12 Tahun berjaya meraih kedudukan Ke-7, manakala Pasukan Perempuan Bawah 12 Tahun memperoleh tempat Ke-8.
Kejayaan ini turut diserikan dengan prestasi individu yang membanggakan. Muhammad Aliff Zafri bin Mohd Razali telah dinobatkan sebagai Johan bagi Kategori Individu Lelaki B-12. Syahmina binti Lokman Al Hakim p**a berjaya menduduki tempat Ke-5, manakala Nur Faqihah Sofea binti Mohd Erfan berada di kedudukan Ke-14 bagi Kategori Individu Perempuan B-12.
Sebagai jurulatih catur sekolah, saya amat berbangga dengan pencapaian yang ditunjukkan oleh para pemain. Diharapkan kejayaan ini menjadi pemangkin semangat, bukan sahaja kepada mereka yang telah berjaya, malah kepada semua pelajar kelab catur SK Saujana Putra untuk terus berusaha dan melakar kejayaan yang lebih gemilang pada masa hadapan. Kita akan berusaha lebih bersungguh-sungguh supaya lebih ramai pelajar mendapat tempat dalam kategori lelaki dan perempuan serta meningkatkan pencapaian berpasukan pada masa akan datang.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada Cikgu Hafizak, Cikgu Mazni, Encik Lokman serta ibu bapa kelab catur SK Saujana Putra yang sangat supportive dan sentiasa peka terhadap pembangunan anak-anak. Sokongan anda dalam menyediakan infrastruktur untuk kelas khas catur, memberi kepercayaan kepada saya untuk membimbing para pelajar, serta usaha menghantar anak-anak ke kelas dan pertandingan catur amatlah dihargai.
Tidak dilupakan juga jutaan terima kasih kepada Guru Besar dan Guru Kokurikulum yang telah memberi peluang serta kepercayaan kepada saya untuk mengajar catur di sekolah ini.
Semoga segala usaha dan kerjasama ini terus membuahkan kejayaan yang lebih gemilang pada masa akan datang.
10/04/2026
A big congratulations to Vishayini A/P Kannan, 12 years old from SJKT Tanah Rata, Pahang, for emerging as Champion in the MSSD Cameron Highlands 2026 (Under 12 category)! π She scored an impressive 5 out of 5 points β truly well deserved. ππ₯³
She joined my intermediate group class earlier this year, and during training, we worked on correcting several key mistakes in her game. Through her dedication, hard work, and perseverance, she has risen above the rest and achieved this outstanding success.
Iβm incredibly proud to see her step onto the stage and be crowned champion. Itβs also wonderful to witness the strong support and dedication from her parent, Mrs. Thamil, whose encouragement has clearly played a big role in motivating Vishayini to excel.π€
Well done once again β this is just the beginning of many more achievements to come! ππͺ
09/04/2026
Tahniah kepada Low Wen Hui dari SJKC Chong Min (12 tahun) atas pencapaian Tempat Ke-2 dalam MSSD Daerah Hilir Perak yang baru-baru ini berlangsung! πβοΈ π₯
Beliau berjaya memperoleh 7 daripada 8 mata. Walaupun terdapat empat pemain yang berkongsi jumlah mata yang sama, beliau berjaya meraih tempat kedua berdasarkan kiraan tie-break ,satu pencapaian yang sangat membanggakan! π π π
Syabas atas prestasi cemerlang tersebut. Beliau bermain dengan sangat baik dan menunjukkan semangat juang yang tinggi sepanjang pertandingan.
Ini juga merupakan pengalaman yang bermakna bagi saya kerana ini adalah kali pertama saya mengajar catur dalam bahasa Cina, yang saya sendiri masih belum begitu fasih. Namun, saya akan terus berusaha memberikan bimbingan yang terbaik, dan saya amat berbangga dengan perkembangan beliau.
Teruskan usaha, Wen Hui! πͺβ¨ Semoga terus berjaya dalam pertandingan catur peringkat seterusnya!
09/04/2026
π Tahniah kepada Mavis Hon! π
Syabas dan setinggi-tinggi tahniah kepada Mavis Hon, berumur 10 tahun dari Sekolah Rendah Visi Sandakan, Sabah, atas pencapaian cemerlang meraih tempat ke-2 dalam Kejohanan Catur MSSD Sandakan 2026! βοΈ
Bersaing bersama kira-kira 70 orang peserta, Mavis telah mempamerkan prestasi yang sangat membanggakan dengan mengumpul 5.5 mata daripada 7 pusingan β satu pencapaian yang hebat!
Lebih membanggakan, Mavis telah menunjukkan komitmen tinggi untuk memperbaiki permainannya melalui sesi latihan 1-ke-1, di mana beliau mempelajari strategi catur yang berkesan dan berjaya mengaplikasikannya semasa perlawanan.
Usaha gigih, fokus dan semangat juang Mavis sememangnya amat menginspirasikan. Syabas! π
Setinggi-tinggi penghargaan juga buat ibu beliau, Puan Jennifer, atas sokongan dan dedikasi yang tidak berbelah bahagi dalam membantu kejayaan Mavis.
Teruskan kecemerlangan dan capai lebih banyak kejayaan pada masa hadapan! π
08/04/2026
Tahniah dan syabas kepada Praveen Jayakamal dari SK Taman Bukit Maluri atas pencapaian hebatnya! π
Beliau berjaya meraih tempat ke-8 π
(5.5/7 mata) dalam kategori Bawah 10 tahun di MSSD Sentul 2026, bersaing dengan 113 peserta dalam kategori lelakiβdan kini layak ke peringkat seterusnya, kejohanan MSSWKPL! π
Praveen telah menjalani latihan bersama saya melalui kelas individu 1-to-1 sejak Mac 2025, dan kemajuannya adalah hasil daripada usaha gigih serta dedikasinya.
Penghargaan khas juga kepada ibu bapanya, terutamanya ibunya, Ms Ambi, atas sokongan, komitmen dan usaha yang tidak berbelah bahagi dalam membimbing perkembangan beliauβsentiasa meluangkan masa menghantarnya ke kejohanan setiap kali berkesempatan.
Teruskan usaha, Praveen! Perjalanan ini baru bermulaβteruskan melangkah lebih jauh dan capai kejayaan yang lebih gemilang! πͺβ¨
08/04/2026
Tahniah kepada Goh JunYu dari SJKC Choong Wen atas pencapaian tempat ke-5 ποΈ (7.5 mata daripada 9 pusingan) dalam kategori Bawah 12 di kejohanan catur MSSD Bangsar KL 2026 yang berlangsung Jumaat lepas!
Syabas juga kepada adiknya, Goh JunQi, yang mendapat tempat ke-10 ποΈ (6 mata) dalam kategori Bawah 10 di kejohanan yang sama πππ
Kedua-dua mereka telah mengikuti kelas 1-ke-1 bersama saya dan berlatih secara konsisten sejak Julai 2025, dan amat menggembirakan melihat perkembangan mereka membuahkan hasil. Mereka juga berjaya melayakkan diri ke kejohanan MSSWPKL yang seterusnya.
Ribuan terima kasih kepada ibu bapa mereka yang sangat berdedikasi atas sokongan dan komitmen berterusan dalam perjalanan catur anak-anakβdorongan anda benar-benar memberi perbezaan!
Selain itu, sekalung tahniah dan penghargaan kepada Muhammad Uwais Mirza dari SIRAJ Abdullah Ibnu Abbas atas pencapaian tempat ke-11 ποΈ (7 daripada 9 mata) dalam kategori Bawah 12 di MSSD Bangsar 2026. Uwais merupakan pelajar kelas kump**an pertengahan saya sejak tahun lepas dan aktif menyertai kejohanan awam. Usaha dan ketekunan beliau jelas membuahkan hasil.
Semoga lebih banyak kejayaan menanti mereka semua pada masa akan datang! Beliau juga berjaya melayakkan diri ke kejohanan MSSWPKL seterusnya.βοΈ
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri πβ¨
Maaf zahir dan batin.
Semoga hari yang mulia ini membawa kebahagiaan, keberkatan, dan kesejahteraan kepada anda dan keluarga.