Azrul Talib

Azrul Talib Racing

03/10/2026
29/09/2026

SATU perkembangan yang melegakan buat peminat Maverick Vinales apabila Tech3 KTM mengesahkan yang pelumba bintangnya itu akan beraksi di GP Jepun 2026.

Tetapi dengan kesemua tempat di MotoGP musim depan sudah memiliki penghuni, persoalan yang lebih utama buat pelumba Sepanyol itu di manakah destinasinya musim depan.

Sebagai info, Vinales sebelum ini pernah menyuarakan tidak akan menyertai saingan WorldSBK.

Terus bersama MotoDotMy



29/09/2026
29/09/2026

PELUMBA Moto3 negara, Hakim Danish Ramli mengakui tidak sabar untuk memulakan siri pusingan di Asia bermula di Grand Prix (GP) Jepun 2026 di Motegi, minggu ini.

Justeru, pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi kelahiran Terengganu itu bertekad untuk memberikan persembahan terbaiknya.

Kata Hakim Danish, strateginya adalah untuk mendapatkan permulaan yang baik sejak hari pertama lagi, kekal fokus bagi memastikannya sentiasa kompetitif dalam setiap sesi Latihan mahukan sesi Kelayakan.

Terus bersama MotoDotMy







https://s.shopee.com.my/2Vs6tzmI3G

20/09/2026

KEMENANGAN penuh emosi diperoleh Pedro Acosta lebih mengujakan di laman sendiri pasukannya, Red Bull KTM selepas menakluk GP Austria 2026, hari ini yang juga kemenangan pertama pelumba Sepanyol itu dalam kelas elit MotoGP.

Selepas terlepas kemenangan Perlumbaan Sprint, semalam kerana kemalangan di saat akhir ketika sedang memimpin perlumbaan, tiada kesilapan dilakukan Acosta yang selepas meraih kedudukan pendahulu dan melintasi garisan penamat sebagai juara.

Dianggap sebagai 'alien' berikutnya di MotoGP, Acosta begitupun terpaksa menunggu tempoh agak lama untuk bergelar juara mengikuti ketibaannya di MotoGP pada 2024.

Lebih emosi, ia turut menjadi kemenangan bersejarah buat KTM yang kali terakhir meraih kemenangan pada 2022 menerusi Miguel Oliveira.

Bagi KTM, kemenangan Acosta menyaksikan pengeluar Austria itu kini mengumpul 6 kemenangan secara keseluruhan sejak menyertai kejuaraan itu pada 2019.

Terus bersama MotoDotMy





20/09/2026

7 mata yang diperoleh Hakim Danish Ramli di Red Bull Ring menyaksikan pelumba negara itu mendaki tangga ke-7 dalam carta Moto3 dengan kutipan 101 mata.

Dalam pemburuan gelaran 'Rookie of The Year' pelumba pasukan AEON Credit MT Helmets MSi itu turut memintas kedudukan Vega Eda Pratama di tempat ke-2 dengan pendahulu kekal milik Brian Uriarte (KTM).

Terus bersama MotoDotMy




Address

Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Azrul Talib posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category