LFC Reds Crew MY

LFC Reds Crew MY

Share

“LFC Reds Crew MY 🇲🇾⚽️ — Komuniti penyokong tegar Liverpool FC dari Malaysia! Ikuti kami untuk info terkini, poster khas, dan sembang bola 24/7.

You’ll Never Walk Alone! FB Group : www.facebook.com/groups/LiverpoolMalaysiaFanClub/

05/11/2025

Vini Jr. dan Kylian Mbappé tidak berjaya melepaskan walau satu percubaan tepat ke arah gol ketika menentang Liverpool FC

Pertahanan Liverpool benar-benar berada pada tahap tertinggi disiplin, fokus, dan tersusun dari minit pertama hingga akhir. Arne Slot jelas tahu bagaimana mahu menutup ruang dan mengekang dua penyerang paling berbahaya di dunia.

Malam yang menunjukkan bahawa bila Liverpool berada dalam rentak terbaik, tak ada siapa yang mudah menembusi benteng Merah ini.

05/11/2025

Trent Alexander-Arnold catching up with some familiar faces at full-time

Kadang-kadang bola sepak bukan sekadar keputusan di atas papan skor ia tentang hubungan, persahabatan dan rasa hormat antara pemain yang pernah berjuang bersama atau saling berdepan di pentas tertinggi.

Momen seperti ini tunjukkan bahawa walau sekeras mana persaingan di atas padang, semangat kesukanan dan persaudaraan tetap menjadi asas yang membezakan bola sepak sejati.

05/11/2025

Rekod Arne Slot menentang Xabi Alonso setakat ini memang luar biasa!

• Perlawanan: 2
• Menang: 2
• Gol dijaringkan: 5
• Gol dibolosi: 0

Slot bukan sahaja berjaya menewaskan Alonso dua kali, tapi juga mengekalkan clean sheet dalam kedua-dua pertembungan. Dalam situasi di mana ramai penyokong mula meragui hala tuju pasukan, statistik ini menunjukkan Slot masih mampu tampil dengan perancangan taktikal yang mantap bila berdepan lawan besar.

Masih jauh perjalanan, tapi sekurang-kurangnya kita tahu bila Slot betul-betul dapat pelan yang menjadi, Liverpool boleh lawan sesiapa saja.

05/11/2025

Hebat!
Dalam semua tekanan dan kritikan terhadap Arne Slot, ini bukti yang tak boleh disangkal — dua perlawanan berturut-turut menentang Real Madrid, dua kemenangan bersih tanpa bolos.

Menentang kelab yang selama ini jadi mimpi ngeri Liverpool, Slot berjaya pecahkan ‘mental block’ itu dengan disiplin taktikal dan organisasi pertahanan yang kemas. Walaupun prestasi liga masih belum meyakinkan, kemenangan ke atas Madrid ni tunjuk masih ada potensi besar dalam projek Slot.

Kini persoalannya — bolehkah momentum Eropah ini dibawa ke Premier League p**a?

04/11/2025

Sudah 2 clean sheet
Okey lah ada perubahan tu kan
semoga berterusan

04/11/2025

Alhamdulilah
Sessi kemenangan kot sekarang ni

03/11/2025

Ready

02/11/2025
02/11/2025

Assalamualaikum & Selamat Pagi Semua
Muka ada senyum ke pagi ni ???
Sudah Check Out ke ???

31/10/2025

Lawan Aston Villa ni kalau kalah juga rasa kena slot kali ni

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Telephone

Address

Kuala Lumpur
16100