20/04/2019
Wah sungguh kreatif ya peserta peserta elite kita ✨✨✨ @ University of Malaya Art Gallery
Kem ELITE merupakan kem motivasi yang mensasarkan pembangunan sahsiah anak-anak yatim anjuran Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, UM
20/04/2019
Wah sungguh kreatif ya peserta peserta elite kita ✨✨✨ @ University of Malaya Art Gallery
20/04/2019
[LIVE UPDATE : adik adik peserta elite camp bersama fasilitator sedang melakukan aktiviti di galeri seni ] @ University of Malaya Art Gallery
20/04/2019
Terima kasih cik kerana menaja kami brownies 💝💞💗💖💘💕 Alhamdulillah sedap sangat, adik adik semua s**a 🥰🥰🥰 terima kasih banyak banyak, kalau sudi nanti taja kami lagi hihi 😋😋 @ University of Malaya
20/04/2019
[LIVE UPDATE : LDK 3 SYMBIOSIS DAN FIGURE IT OUT] @ University of Malaya
05/04/2019
Pada 5 April dan 6 April 2019 ini, Pre-ELITE 2.0 telah diadakan di Victoria Institution. Seramai 120 pelajar yang terdiri daripada Tingkatan 1, 2 dan 3 telah menjadi peserta program pre-Elite 2.0 ini. Seperti yang kita semua maklum, pre elite 2.0 ini akan menjadi latihan terakhir untuk barisan fasilitator ELITE CAMP sebelum mereka menghadapi ELITE CAMP yang sebenar yang akan berlangsung dari 19 April sehingga 21 April 2019 . Terima kasih kami ucapkan kepada pihak sekolah Victoria Institution kerana sudi untuk menerima jemputan kami ini. Semoga kedua dua belah pihak iaitu pihak ELITE CAMP dan VI mendapat manfaat daripada program kali ini terutamanya para fasilitator dan peserta.
26/03/2019
⭐️SM Sains Selangor⭐️ Program diteruskan dengan LDK 4 Problem Solving : Last Flight bersama adik adik Sm Sains Selangor
26/03/2019
⭐️SM Sains Selangor ⭐️ Aktiviti diteruskan dengan LDK 2 (Pure Section : Value Empowerment) , LDK 3 (Communication : Symbiosis & Figure it out )
26/03/2019
⭐️ SM Sains Selangor ⭐️ [LDK1 : Inception] Adik adik SM Sains Selangor sangat bersemangat dan bertenaga untuk menjalankan LDK bersama fasilitator elite
26/03/2019
⭐️SM Sains Selangor ⭐️SESI bersama moderator ; sesi ice breaking sebelum bermukanya sesi LDK
22/03/2019
PRE ELITE CAMP 1.0 telah diadakan selama 2 hari di SM SAINS SELANGOR pada 22 MAC dan 23 MAC 2019. Pre ELITE Camp diadakan untuk memberi pendedahan awal dan pengalaman kepada para fasilitator sebelum menghadapi ELITE CAMP yang sebenar pada bulan April akan datang. Target audiens kami semasa pre elite 1.0 ini dijalankan ialah para pelajar Tingkatan 3 SM SAINS SELANGOR. Program ini masih berlangsung dan mendapat sambutan yang sangat meriah daripada para peserta. Kebanyakkan daripada mereka sangat aktif dalam semua slot yang kami anjurkan.
12/03/2019
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Kem "Excellence in Leadership, Intellectual and Talent Empowerment" (ELITE) atau dikenali sebagai KEM KECEMERLANGN AKADEMIK & AKHLAK (KKAA)-(suatu masa dahulu) merupakan program berbentuk akademik dan kemasyarakatan yang menumpukan pembangunan anak- anak yatim di sekitar semenanjung Malaysia. Program ini dianjurkan oleh Kolej Kediaman Tuanku Bahiyah, Universiti Malaya secara bersiri bersama rakan strategik Yayasan Kebajikan Anak-Anak Yatim Malaysia (YATIM). Program ini mensasarkan pembangunan remaja yang terdiri daripada anak-anak yatim yang berumur 14 hingga 15 tahun. Untuk setiap siri ELITE Camp yang dijalankan, anggaran peserta ialah seramai 150 orang. Ahli jawatan kuasa pelaksana dan fasilitator sepanjang program adalah antara mahasiswa dan mahasiswi Universiti Malaya. Penganjuran Kem ELITE ini, bukan sahaja mensasarkan pembangunan sahsiah anak-anak yatim malah turut membentuk peribadi yang cemerlang dikalangan fasilitator sendiri. Objektif terperinci penganjuran Kem ELITE ini adalah seperti berikut:
1. Peserta mendapat inspirasi daripada barisan fasilitator untuk berjaya dalam bidang akademik dan seterusnya berjaya melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti.
2. Peserta mendapat pengetahuan yang baharu melalui eksperimen dan aktiviti menarik yang berimpak tinggi melalui program-program yang diadakan di universiti seperti lawatan ke makmal dan sebagainya.
3. Mahasiswa/i yang terlibat sebagai fasi & ajk pelaksana mendapat pendedahan awal tentang ilmu kefasilitatoran dan penganjuran program yang secara tidak langsung dapat memupuk sifat kepimpinan di kalangan mahasiswa/i.
4. Semangat kes**arelawan dalam diri mahasiswa/i dapat dipertingkatkan sekaligus memberi inspirasi kepada para peserta.
Oleh hal yang demikian, kami dengan rendah hati ingin memohon sedikit sumbangan ikhlas daripada anda untuk sedikit sebanyak menjayakan program ini. Sumbangan ikhlas daripada anda dapat diberikan dalam berbentuk :-
1. Wang Sumbangan 💵
2. Makanan 🍴
3. Alat Tulis 📚✏
Untuk sebarang sumbangan berbentuk wang, anda boleh berbuat demikian melalui:-
Akaun E-pay UM.
27/01/2019
Terima kasih diucapkan kepada Dr. Sayuti dan pihak YATIM kerana sudi meluangkan masa dan menghadiri TOT ELITE sesi 2018/2019