20/04/2026
[OPENNOW!] - EXCLUSIVE CLASS, MEET & COACHING UNTUK FOUNDER LIVE! BERSAMA SIFU JAMAL 29-30 APRIL 2026 INI!
Ada founder yang mengadu, tahun 2026 memang sangat-sangat mencabar! Dah Quarter 2 pun Bisnes keep stuck, sales jatuh teruk, profit negatif, marketing fail, pesaing asyik tiru, team lemau.. dah ikut macam-macam trend marketing yang ada tapi tetap tak jumpa lagi solusi.. sampai rasa nak give up!
Disebabkan isu2 ni.. ada yang request kelas, consultation, minta tips dan idea..
So, SIFUBAD decide nak open kelas MEET & COACHING SESSION selama 2 hari, untuk bantu founder2 yang nak bangkit, repair dan betulkan roadmap bisnes supaya boleh bermula dari sekarang untuk expand dan keep growing..
Ada yang nak join?
Kali ni.. Selain dari fokus pada profitable marketing strategy untuk kurangkan kos dan naikkan margin profit, kita akan ada new sharing, new update, new edition dengan A.I. integration dalam business growth strategy, leadership strategy, branding strategy, market pe*******on strategy, bagaimana train dan develop team, high impact marketing strategy for founder, financial health postmortem.. dan banyak lagi!
Serius! Value kelas ni dijamin tinggi, ilmu high level!
SIFUBAD nak bantu founder yang memang komited nak improve, grow, dan upgrade bisnes..
Siapa nak? Klik link atau button di bawah ni...
>> https://sifubad.bcl.my/event/tfc2026
>> https://sifubad.bcl.my/event/tfc2026
>> https://sifubad.bcl.my/event/tfc2026
Ps - Seat sangat limited! Sebelum ni dah ada yang daftar pun! Lepas cukup kuota 57 orang, kita tutup terus ye! Jadi, book seat korang sekarang, sebelum sold out!
16/12/2024
REMINDER! Tinggal 1 hari je lagi kelas The Foundr Chapter - Meet & Coaching, dah nak mula! Khas untuk founder2 yang ingin bangkit, repair dan betulkan roadmap bisnes untuk 2025 nanti! Siapa lagi nak join?👇
16/12/2024
Sikap disiplin adalah rahsia utama di sebalik setiap kejayaan yang konsisten, sebab tanpa disiplin, usaha hanya tinggal angan-angan dan matlamat takkan tercapai.
Bisnes yang berjaya tak dibina dengan semangat yang sementara, tapi ia dibina dengan usaha yang berterusan, hari demi hari, tanpa gagal.
Jadi, kalau kita nak bisnes yang terus grow, tanya diri: sejauh mana kita boleh berdisiplin dengan jadual, matlamat, dan tindakan kita?
Kerana kejayaan bukanlah soal siapa yang mula dulu, tapi siapa yang mampu bertahan hingga ke garisan penamat. Faham ke ni?
11/12/2024
Tanpa sistem yang betul, bisnes kita bukan saja jadi kacau-bilau, tapi juga akan perlahan-lahan lumpuh tanpa kita sedar.
Sistem adalah tulang belakang kepada setiap proses dalam bisnes.
Bayangkan kalau semua benda kita kena buat sendiri: follow up pelanggan, urus stok, atur penghantaran, jaga akaun, lama-lama kita sendiri yang burnout.
Dengan sistem yang teratur, setiap tugasan akan ada tempatnya, setiap masalah ada solusinya, dan setiap orang dalam team tahu apa yang mereka perlu lakukan.
Sistem ni bukan untuk memudahkan kita saja, tapi juga untuk memastikan bisnes boleh berjalan lancar walaupun kita tak ada.
Jadi, laburlah masa dan tenaga untuk bina sistem yang kukuh, sebab itulah yang akan menentukan sama ada bisnes kita mampu berkembang besar atau terus stuck di tempat yang sama.
Siapa setuju? Reply🔥
11/12/2024
Bila nak kembangkan bisnes, ramai founder mula terfikir nak expand bisnes dengan buka lebih banyak branch atau outlet.
Tapi adakah keputusan ni patut dibuat secara terburu-buru?
Jom kita lihat kenapa buka banyak outlet ni, perlu ada strategi mantap yang kukuh untuk memastikan semua branch boleh survive dan bagi profit.👇
11/12/2024
Jangan bersaing untuk jadi yang terbaik, sebaliknya, bersainglah untuk jadi yang paling unik—yang paling susah ditiru, yang ada identiti tersendiri, dan yang meninggalkan pengalaman dan kesan yang mendalam di hati pelanggan.
Dalam dunia bisnes yang penuh dengan persaingan, kita kena ada sesuatu yang tak boleh dibeli, tak boleh dicuri, dan tak boleh diambil alih oleh mana2 bisnes lain.
Keunikan itulah yang akan buat pelanggan ingat kita, cari kita, dan setia dengan kita.
Jadi, fokus pada apa yang membuatkan kita berbeza dan gunakannya sebagai kekuatan terbesar kita. Faham?
10/12/2024
Bila nak capai target sales, kita kena ada perancangan yang betul dan realistik.
Setiap decision yang kita buat, kena ada asas dan analisis yang kukuh.
Mungkin selama ni korang fikir bila buat marketing, semua akan jadi ‘on track’—tapi, realitinya lebih kompleks.
Dalam post ni, saya nak share dengan korang 5 langkah untuk bantu capai target sales yang korang impikan!
So, jom baca sampai habis kalau korang nak tahu apa yang perlu buat untuk capai sasaran sales!
1. Set Target Berdasarkan Analisis Kewangan Realistik
Sebelum korang mulakan apa-apa, pastikan korang tahu dulu berapa sales yang nak dicapai.
Tapi, jangan set target tu macam dalam mimpi! Lakukan analisis kewangan yang realistik.
Kira dulu kos, untung, dan margin profit yang sebenar.
Set target berdasarkan prestasi kewangan syarikat korang sekarang.
Kalau tak realistik, nanti stress je fikirkan macam mana nak capai.
Jadi, pastikan target yang korang tetapkan ni achievable dan sesuai dengan keadaan semasa.
2. Buat Kajian & Analisis Bisnes
Korang tak boleh main redah je bila buat perancangan sales.
Kaji pasaran, buat analisis terhadap bisnes korang, dan fahamkan betul-betul apa yang sedang berlaku dalam industri korang.
Analisis pesaing dan customer behavior juga sangat penting.
Kalau korang tak tahu siapa pesaing atau apa kehendak customer, macam mana nak fokus pada target sales?
Dengan kajian yang mendalam, korang boleh tahu di mana peluang dan cabaran yang ada, dan daripada situ korang boleh adjust strategi supaya lebih tepat.
3. Kemampuan Team
Sales bukan hanya kerja seorang diri.
Korang kena kenal pasti kemampuan dan kekuatan team korang.
Setiap orang dalam team ada role masing-masing, jadi fahami siapa yang boleh deliver apa.
Kalau korang ada sales team, pastikan mereka faham peranan mereka dan bagaimana nak capai target yang ditetapkan.
Jangan terlampau expect semua orang boleh buat semua benda.
Kalau ada yang lemah dalam bidang tertentu, bagi training atau support yang diperlukan.
Team yang kuat, bisnes pun boleh maju.
4. Buat Planning Projek & KPI yang Jelas
Setelah semua analisis dibuat, sekarang masa untuk buat planning.
Jangan teragak-agak!
Bina langkah-langkah yang jelas dan spesifik untuk capai target tu.
Pastikan setiap langkah tu ada matlamat yang jelas dan hasil yang nak dicapai.
Lagi penting, tetapkan KPI (Key Performance Indicators) untuk setiap bahagian dalam team.
Sebagai contoh, kalau dalam team marketing, KPI boleh jadi berapa banyak leads yang perlu dikumpul dalam seminggu.
Dengan KPI yang jelas, team korang akan lebih fokus dan tahu apa yang perlu dibuat untuk capai sales.
5. Buat Penilaian dan Adjust Planning
Bila korang dah start buat planning, jangan lupa untuk buat penilaian dari masa ke semasa.
Jangan tunggu sampai akhir tahun baru nak check balik sales.
Kaji prestasi setiap bulan atau suku tahun, dan kalau perlu, adjust plan korang.
Kadang-kadang keadaan berubah, dan kita kena adjust dengan cepat.
Kalau target sales tak tercapai, cari puncanya dan buat perubahan yang perlu.
Penilaian dan penyesuaian yang konsisten akan membantu korang sentiasa berada di landasan yang betul.
So, macam mana?
Kalau korang nak capai target sales, pastikan ada planning yang teliti dan realistik.
Jangan sesekali cuba buat semuanya tanpa analisis dan planning yang jelas.
Follow langkah-langkah tadi dan korang akan lebih yakin dalam mencapai sasaran bisnes korang.
Planning tu bukan setakat buat sekali je, tapi kena sentiasa dinilai dan diperbaiki.
Boleh faham ke?
10/12/2024
Jangan hanya kerja keras siang malam tanpa ada arah tujuan, tapi pastikan setiap langkah yang kita ambil ada hala tuju yang jelas.
Fokus pada strategi yang betul, susun langkah dengan ilmu yang up-to-date, dan buat tindakan yang luar biasa tanpa alasan.
Bila kita ada hala tuju yang tepat, kerja kita bukan sahaja lebih high impact, tapi juga hasilnya lebih berbaloi, lebih realistik dan boleh dicapai. Setuju?
09/12/2024
Ancaman dalam bisnes boleh datang dalam bentuk pesaing baru, perubahan pasaran, atau ekonomi. Tapi, ancaman hanya akan menjatuhkan kita jika kita tak bersedia.
Bila kita dah buat research dan planning awal, kita akan dapat kenal pasti risiko, dan rancang strategi yang bukan saja boleh elak bisnes jatuh, tapi mencari peluang untuk jadi lebih kuat.
Bisnes yang mampu survive lama bukan sebab berjaya elak risiko, tapi sebab berjaya buat preparation yang betul dengan strategi yang tepat! Faham?
06/12/2024
Jangan biarkan sikap menunggu atau rasa selesa merampas peluang yang ada di depan mata. Setiap minit yang kita lengahkan adalah peluang yang kita lepaskan. Pesaing sentiasa bergerak lebih pantas – mencipta, bertindak, dan mendahului ke depan.
Rezeki tidak datang kepada mereka yang menunggu, tapi menghampiri mereka yang bertindak lebih laju, konsisten dan berani teruskan perjuangan.
Jadi, bertindaklah sekarang sebelum kita hanya menyesal melihat orang lain merebut impian yang sepatutnya milik kita.