Wrexham FC Malaysia

Wrexham FC Malaysia Page rasmi penyokong kelab bolasepak Wrexham FC Malaysia

SELURUH DUNIA BERPELUANG UNTUK MELIHAT WREXHAM AFC BERAKSI DI EPL PADA TAHUN 2026Untuk pengetahuan, tidak mudah perjalan...
30/04/2025

SELURUH DUNIA BERPELUANG UNTUK MELIHAT WREXHAM AFC BERAKSI DI EPL PADA TAHUN 2026

Untuk pengetahuan, tidak mudah perjalanan pasukan Wrexham AFC ini untuk bermain di EPL. Wrexham AFC adalah pasukan milik pelakon yang terkenal dengan watak superhero Marvel, Deadpool iaitu Ryan Reynolds. Kini Wrexham AFC berada di tangga kedua EFL LEAGUE ONE dan bakal mendapat promosi ke EFL CHAMPIONSHIP!

The journey of Wrexham AFC sejak Ryan Reynolds membeli pasukan ini:

Pada season 2021/22, Wrexham AFC berjaya memperoleh tempat kedua dalam National League, 6 mata dibelakang Stockport, sekaligus mendapat promosi ke National League level 2.

Pada season 2023/23 p**a, Wrexham AFC berjaya menjadi juara National League level 2, dengan mencatat 111 mata secara keseluruhan! (34W, 9D & 3L) sekaligus mendapat promosi dalam EFL LEAGUE TWO.

Pada season 2023/24 p**a, Wrexham AFC mendapat tempat kedua dalam EFL LEAGUE TWO, sekali lagi dibelakang Stockport. Namun Wrexham AFC masih berjaya mendapat promosi ke EFL LEAGUE ONE. Kali ketiga berturut-turut adalah rekod yang sangat menakjubkan!

Kini, season 2024/25, dengan berbaki 6 perlawanan dalam EFL LEAGUE ONE, Wrexham AFC kini menduduki tangga kedua, dibelakang Birmingham. Wrexham AFC dilihat berpeluang cerah untuk dipromosikan ke EFL CHAMPIONSHIP.

Sekiranya mereka berjaya naik ke EFL CHAMPIONSHIP dan menjadi juara atau naib juara, pasukan Wrexham AFC akan bermain di liga prestij EPL buat kali pertama dalam sejarah! Wrexham AFC banyak menghabiskan sisa karier mereka di liga bawahan (liga tercorot dalam Football League England) selama 161 tahun!

Sejujurnya, Ryan Reynolds telah berjaya mengubah Wrexham AFC menjadi ancaman besar yang berpotensi di liga bawahan England. Ryan membeli pasukan ini pada tahun 2020, dan sejak dari itu, pasukan ini tidak pernah sekalipun terlepas untuk naik liga dan kini mereka berpeluang untuk main di pentas EPL pada tahun 2026!

🔴⚪️

Wrexham adalah pasukan pertama dalam sejarah yang memenangi tiga promosi berturut-turut dalam lima peringkat teratas bol...
28/04/2025

Wrexham adalah pasukan pertama dalam sejarah yang memenangi tiga promosi berturut-turut dalam lima peringkat teratas bola sepak Inggeris ✨

Kejuaraan menanti… Selangkah lagi dari Liga Perdana 👀

🔴⚪️

WE ARE GOING UP 😍🔴⚪️
28/04/2025

WE ARE GOING UP 😍

🔴⚪️

KISAH DONGENG YANG NYATASatu babak yang memang 'best' dalam 'Welcome to Wrexham' ialah masa Ryan Reynolds dengan Rob McE...
28/04/2025

KISAH DONGENG YANG NYATA

Satu babak yang memang 'best' dalam 'Welcome to Wrexham' ialah masa Ryan Reynolds dengan Rob McElhenney 'join meeting online' dengan orang-orang kuat 'Wrexham Supporters Trust'. Masa ini mereka hendak bentang perancangan mengapa mereka mahu beli kelab ini, apa yang mereka hendak buat dan paling penting, nak yakinkan penyokong Wrexham yang mereka betul-betul serius.

Mula-mula, dua-dua nampak agak gugup. Mereka siap 'admit' juga rasa macam “eh betul ke kita boleh buat ni?”, kira macam 'sindrom' tidak yakin dengan diri sendiri. Tapi masa mereka jelaskan, memang nampak ikhlas. Rob siap bandingkan Wrexham dengan kampung dia dekat Philadelphia, cerita pasal 'vibe' orang kerja keras, semangat komuniti yang memang 'touching'.

Lepas itu, bahagian paling syok, bila keputusan undi keluar. Lebih 98% setuju bagi mereka ambil alih. Muka Ryan dengan Rob macam budak baru dapat hadiah masa itu. Dekat Wrexham p**a, orang kampung sambut macam menang liga siap main bunga api, nyanyi lagu kelab, semua keluar beramai-ramai.

Babak ini memang tunjuk betapa besar maknanya kelab bola ni untuk satu komuniti. Bukan sekadar perlawanan atas padang sahaja. 'Welcome to Wrexham' ni memang penuh dengan 'moment' yang buat kau senyum sendiri.

Sekarang Wrexham sudah selangkah sahaja lagi mahu ke Premier League. Kalau 'flashback' masa Ryan dengan Rob baru-baru "take over' dulu, memang nampak macam mimpi sahaja. Mereka ambil alih kelab yang main di 'National League' liga divisyen kelima, jauh lagi dari Premier League.

Masa tu, hendak naik 'League Two' pun sudah rasa macam misi mustahil tapi dengan usaha gila-gila dari pengurusan, jurulatih, pemain sampai ke penyokong, Wrexham berjaya naik satu demi satu tangga dan sekarang 'serious' weh, Premier League bukan lagi sekadar angan-angan untuk mereka.

Daripada kelab kecil, pekan kecil dekat Wales, sekarang satu dunia kenal Wrexham. Semua sebab dua orang yang betul-betul percaya, kalau buat dengan hati tidak ada apa yang mustahil.

Tulisan: Syed Khairi Amier

Address

KLCC
Kuala Lumpur

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Wrexham FC Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category