07/05/2026
𝗛𝗮𝗺𝗶𝗿𝘂𝗱𝗶𝗻 𝗕𝗶𝗻 𝗛𝗮𝗺𝗶𝗱𝗶, atau lebih dikenali sebagai 𝗖𝗼𝗮𝗰𝗵 𝗔𝗺𝗶𝗿, merupakan seorang perunding latihan yang berdedikasi tinggi dalam memperkasakan modal insan di seluruh Malaysia melalui latihan korporat dan motivasi remaja di sekolah-sekolah.
Dengan pengalaman luas selama 26 tahun dalam pelbagai industri, beliau telah memfokuskan 14 tahun terkini dalam bidang latihan dan motivasi secara konsisten. Sebagai anak jati Kuala Lumpur yang membesar dan menetap lama sejak kecil di Selangor, gelaran 'Motivator Selangor' cukup sinonim dengan identiti beliau.
Melalui 𝗣𝗼𝘀𝗶𝘁𝗶𝘃𝗲 𝗩𝗶𝗯𝗲 𝗖𝗼𝗻𝘀𝘂𝗹𝘁𝗮𝗻𝘁, beliau terus komited menyampaikan modul kemahiran insaniah, pembinaan pasukan, dan pengurusan maklumat demi melahirkan tenaga kerja yang dinamik dan berdaya saing.
03/05/2026
Saya makan di Restoran Sithique di Jalan TAR, sekarang ini (11:35 pagi - 3 May 2026). Restoran ini sebenarnya pernah didiami oleh Restoran A&W Jalan TAR (dipercayai) selama 40 tahun lebih. Kenangan datang kembali 💕
Sayu saya melihat tapak restoran ini sebab kerjaya pertama saya dalam hidup ialah menjadi kru Restoran A&W pada tahun 1993 ketika saya berada di tingkatan 4 (16 tahun). Mana tidaknya, teringat keindahan menjadi kru restoran yang penuh bahagia dan rakan-rakan sekerja yang ceria (dan juga makan makanan A&W free hari-hari 🤭).
Pernah juga sekali tu saya demam panas selama seminggu kerana terlalu komited bekerja (jaga dining pun seorang diri) dan juga pada masa itu saya kejar juga title 'Crew of the Month', tetapi barangkali saya hanya pekerja part time (pagi pergi sekolah), mungkinlah pekerja full time lebih diberikan kelebihan.
Natijahnya, seorang fighter tidak semestinya didendang oleh semua orang, tetapi Allah memberi saya peluang merebut pengalaman sehingga ada seorang kakak kru restoran ini (rakan sekerja) pernah berkata "Akak yakin kau akan jadi exec satu hari nanti".
Alhamdulillah, bermula sebagai pegawai muda di Library UM pada 2002, saya pernah juga jadi Head of Department di sebuah GLC pada 2009, Chief Librarian pada 2003, 2004, 2008 dan 2017 di beberapa buah organisasi ☺️
21/04/2026
Menarik juga angan-angan ni ya? Sekitar 2009 dulu, saya pernah beli set golf lengkap dengan beg sebab masa tu saya sebagai salah seorang HOD (Head of Department) amat digalakkan menyertai aktiviti golf bersama HOD yang lain. Maka saya pun belilah..
Alih-alih saya ditawarkan kerja di GLC (Government Link Company) yang lain p**a, langsung terkubur 'cita-cita' nak main golf tu sebab GLC di tempat baru tak adalah galakkan pun join permainan tu..
Sekarang dah 17 tahun cita-cita tu tergendala.. Seni swing dah berkarat dah pun, lama sangat dah tinggalkan. Tapi rasanya, berkat kesabaran, boleh polish lagi tu, insya Allah 🤲☺️
Hanya masa yang bakal menentukan samada saya mahu ke driving range sekali lagi atau tidak.. ✊✊✊
20/04/2026
🎙️ Serlahkan Potensi Pasukan Anda Bersama Coach Amir!
26 tahun pengalaman industri, 14 tahun membina minda di seluruh negara.
Jurulatih Terakreditasi HRD Corp dalam Kemahiran Insaniah (Soft Skills), Pembinaan Pasukan, Motivasi & Pengurusan Maklumat.
📍 Berpangkalan di Kuala Lumpur, tersedia untuk sesi latihan di seluruh negara.
💬 Bersedia untuk mentransformasi prestasi pasukan anda?
👉 WhatsApp sekarang: wa.me/60123978743
📧 [email protected]
𝗦𝗲𝗺𝘂𝗮 𝗹𝗮𝘁𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗸𝗲𝗺𝗮𝗵𝗶𝗿𝗮𝗻 𝗶𝗻𝘀𝗮𝗻𝗶𝗮𝗵 (𝘀𝗼𝗳𝘁 𝘀𝗸𝗶𝗹𝗹𝘀) 𝗱𝗮𝗻 𝗽𝗲𝗺𝗯𝗶𝗻𝗮𝗮𝗻 𝗽𝗮𝘀𝘂𝗸𝗮𝗻 (𝘁𝗲𝗮𝗺 𝗯𝘂𝗶𝗹𝗱𝗶𝗻𝗴) 𝗱𝗶𝗸𝗲𝗻𝗱𝗮𝗹𝗶𝗸𝗮𝗻 𝗱𝗮𝗹𝗮𝗺 𝗕𝗮𝗵𝗮𝘀𝗮 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗕𝗠)
19/04/2026
Alhamdulillah, masa form six dulu dah bergiat aktif dalam dunia kepimpinan tapi tiada rezeki mengetuai organisasi kemudiannya masa umur-umur dekat ni. Tak mengapalah, Allah sentiasa mempunyai perancangan yang lebih cantik ❤️
13/04/2026
Melawat Mabiq di lokasi baru ❤️
Lebih baik vibe nya 👍
25/03/2026
Konflik di Timur Tengah jejaskan global market. Kita bersedia ke dengan harga minyak yang melambung tinggi ⛽
21/03/2026
Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin daripada Coach Amir, isteri dan anak tercinta. Semoga syawal membawa keberkatan, kesihatan dan kebahagiaan buat semua insan
゚
09/03/2026
Takde keje cari keje.. Briskwalking p**ak pagi ni.. Letih kena lawan dengan letih, tak boleh berehat-rehat sangat pagi-pagi bulan puasa ni kan.. 😁😁😁
05/03/2026
Baca paper sekejap awal-awal pagi ini. Membaca amalan mulia 👍