Kuala Lumpur Walking Football

Kuala Lumpur Walking Football

Share

Formed in 3 Sept 2025.

25/05/2026

"Walking Football" - Bila Bola Sepak Tidak Lagi Tentang Menang
Suatu ketika dahulu…
ramai daripada mereka berlari di padang dengan penuh tenaga.

Mengejar bola.
Mengejar kemenangan.
Mengejar sorakan.

Ada yang bermain untuk sekolah.
Ada yang bermain sekadar suka-suka bersama kawan.
Dan ada juga yang suatu ketika dahulu… hampir tidak pernah miss bermain setiap hujung minggu.

Tetapi hidup berjalan.

Usia bertambah.
Badan berubah.
Komitmen makin banyak.

Perlahan-lahan…
ada yang mula berhenti bermain.

Dan tanpa sedar…
tahun demi tahun berlalu begitu sahaja.

Sampailah satu hari…
mereka kembali turun ke padang.

Bukan untuk menjadi juara.

Tetapi untuk mencari semula sesuatu yang pernah membuat mereka gembira.

Itulah indahnya walking football.

Bila melihat mereka bermain…
kita akan nampak sesuatu yang berbeza.

Tiada larian deras.
Tiada terjahan kasar.
Tiada tekanan untuk menjadi sempurna.

Hanya sekumpulan manusia
yang masih belum mahu melepaskan cinta mereka terhadap bola sepak.

Dan mungkin…
itu yang paling menyentuh hati.

Kerana pada usia tertentu…
apa yang dicari bukan lagi kemenangan besar.

Tetapi peluang untuk terus bergerak.

Terus ketawa.

Terus mempunyai sebab untuk keluar rumah dan bertemu orang.

Dalam dunia hari ini…
ramai sebenarnya sedang melawan kesunyian tanpa kita sedar.

Ada yang hidup bersendirian selepas bersara.
Ada yang semakin kurang kawan untuk berbual.
Ada yang perlahan-lahan mula menjauh daripada aktiviti sihat.

Dan kadang-kadang…
manusia tidak perlukan sesuatu yang terlalu besar untuk kembali rasa hidup.

Cukup sebuah padang kecil.

Sedikit peluh.

Sedikit gelak ketawa.

Dan sekumpulan kawan
yang masih menyebut nama kita bila kita tidak datang bermain.

Sebab itu walking football bukan sekadar sukan.

Ia tentang komuniti.

Tentang persahabatan.

Tentang manusia yang saling menjaga antara satu sama lain melalui cara yang paling sederhana.

Berjalan bersama.
Bermain bersama.
Ketawa bersama.

Dan yang paling indah…
walking football terbuka kepada semua.

Lelaki atau wanita.
Yang pernah bermain atau baru mahu bermula.

Tiada siapa terlalu tua untuk aktif.
Tiada siapa terlalu lambat untuk menjaga kesihatan.

Kadang-kadang kita terlalu takut dengan usia.

Sedangkan menjadi tua bukan masalah sebenar.

Yang lebih menyakitkan…
bila hidup mula terasa kosong.

Mungkin sebab itu walking football semakin dekat di hati ramai orang.

Kerana ia bukan sekadar menjaga badan.

Ia menjaga semangat.

Tahniah kepada komuniti Kuala Lumpur Walking Football Association yang terus membina budaya sihat ini.

Apa yang anda lakukan mungkin nampak kecil kepada sesetengah orang.

Tetapi kepada mereka yang hadir ke padang setiap minggu…
ia mungkin antara perkara yang membuat mereka terus kuat menjalani hidup.

Dan kepada sesiapa yang sedang membaca ini…

Mungkin sudah tiba masanya untuk datang melihat sendiri.

Bukan sekadar melihat bola sepak.

Tetapi melihat manusia yang masih memilih untuk terus bergerak… walaupun usia semakin berjalan.

30 Mei 2026.
Matsush*ta Stadium, Shah Alam.
8.00 pagi.

Datanglah beramai-ramai.

Kerana kadang-kadang…
yang paling diperlukan manusia bukan sekadar senaman.

Tetapi rasa bahawa mereka masih mempunyai tempat untuk bersama.

— Faisal Zakariah

Penulis buku Antara Evolusi & Revolusi dan Demi Lencana di Dada: Dari Budak Nakal ke Podium Olimpik yang mengetengahkan pembangunan sukan, pendidikan dan identiti atlet muda Malaysia.

21/05/2026
Photos from Kuala Lumpur Walking Football 's post 02/05/2026

Tahniah KLWFA kerana menjuarai 🏆
MELAKA WALKiNG FOOTBALL CUP 2026.
Terima kasih tidak terhingga kpd pihak penganjur Walking Football Melaka - Wafoma dan pasukan yg terlibat.
Kalian hebat !!!

17/02/2026

Selamat Menyambut
Bulan Suci Ramadan.

17/02/2026

Happy Chinese New Year.

Photos from Kuala Lumpur Walking Football 's post 16/02/2026

📙03rd Annual General Meeting.
📆14th February 2026
🕜10.00 AM
🏤Kota Warisan Sepang.


Photos from Kuala Lumpur Walking Football 's post 16/02/2026

Terima kasih tidak terhingga buat
Datuk Stuart Michael Ramalingam di atas nasihat dan idea yang sangat berharga untuk KLWFA mengorak langkah lebih jauh.

15/02/2026


Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Lumpur?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Kuala Lumpur