05/10/2026
๐งญ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐ (๐๐๐) ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐จ
Isnin, 5 Oktober 2026
โSatu sesi perbincangan strategik telah diadakan bersama Presiden Persatuan Orienteering Terengganu bagi menyelaras aspek teknikal, pemetaan, serta penandaan laluan navigasi bagi penganjuran Terengganu 4x4 Orienteering Challenge 2026.
โPenganjuran program ini menggabungkan dua elemen sukan lasak yang unik.Sukan orienteering menguji ketelitian membaca peta topografi, penggunaan kompas, dan kecekapan navigasi. Apabila diintegrasikan dengan cabaran pacuan empat roda (4x4), ia menuntut ketahanan mental, fizikal, serta kemahiran pemanduan off-road yang tinggi dalam menakluki bentuk muka bumi dari Hulu Terengganu hingga ke Setiu.
โSelain daripada aspek kejuaraan sukan lasak, program ini turut berfungsi sebagai wacana utama dalam mempromosikan produk pelancongan berasaskan eco-adventure. Keindahan alam semula jadi, denai hutan, serta laluan sungai yang merentasi daerah Hulu Terengganu dan Setiu berpotensi besar untuk diketengahkan sebagai destinasi pelancongan sukan (sports tourism) bertaraf antarabangsa.
โInisiatif ini juga merupakan persediaan awal dalam menyokong dan menjayakan kempen Visit Truly Terengganu 2027.
โ