PMINT FC

PMINT FC

Share

Pasukan Futsal & Bola Sepak PERBADANAN MEMAJUKAN IKTISAD NEGERI TERENGGANU (PMINT)

31/08/2026

π™Žπ™€π™‡π˜Όπ™ˆπ˜Όπ™ π™ˆπ™€π™‰π™”π˜Όπ™ˆπ˜½π™π™ π™ƒπ˜Όπ™π™„ π™†π™€π˜½π˜Όπ™‰π™‚π™Žπ˜Όπ˜Όπ™‰ π™”π˜Όπ™‰π™‚ 𝙆𝙀 69.

06/08/2026

Dimaklumkan bahawa, Ketua Pasukan Futsal PMINT Encik Afizul bin Othman daripada Bahagian Pengurusan Projek telah dimasukkan ke Hospital KMI Kuala Terengganu bagi menjalani pembedahan kecil esok (7 Ogos 2026)

Ψ§Ω„Ω„Ω‘ΩŽΩ‡ΩΩ…Ω‘ΩŽ Ψ±ΩŽΨ¨Ω‘ΩŽ Ψ§Ω„Ω†Ω‘ΩŽΨ§Ψ³ΩΨŒ Ψ£ΩŽΨ°Ω’Ω‡ΩΨ¨Ω Ψ§Ω„Ω’Ψ¨ΩŽΨ£Ω’Ψ³ΩŽΨŒ اشْفِ Ψ£ΩŽΩ†Ω’Ψͺَ Ψ§Ω„Ψ΄Ω‘ΩŽΨ§ΩΩΩŠΨŒ Ω„ΩŽΨ§ شِفَاَؑ Ψ₯ΩΩ„Ω‘ΩŽΨ§ Ψ΄ΩΩΩŽΨ§Ψ€ΩΩƒΩŽΨŒ Ψ΄ΩΩΩŽΨ§Ψ‘Ω‹ Ω„ΩŽΨ§ يُغَادِرُ Ψ³ΩŽΩ‚ΩŽΩ…Ω‹Ψ§.

Maksud:

β€œYa Allah, Tuhan sekalian manusia, hilangkanlah kesakitan ini. Sembuhkanlah, kerana Engkaulah Maha Penyembuh. Tiada kesembuhan melainkan kesembuhan daripada-Mu, iaitu kesembuhan yang tidak meninggalkan sebarang penyakit.”

PMINT FC mendoakan agar Capt Ψ§ΩΩŠΨ²ΩˆΩ„ اوΨͺΩ‡Ω…Ψ§Ω† cepat sembuh dan dipermudahkan segala urusan pembedahan kecil esok dan urusan-urusan lain 🀲🏼

Photos from PMINT FC's post 04/08/2026

.πŒπ€π‰π‹πˆπ’ 𝐏𝐄𝐍𝐔𝐓𝐔𝐏𝐀𝐍 π’π”πŠπ€π π†π„πŒπ€ππ”π“π„π‘π€ π—π•πˆπˆπˆ π’π€π‘π€π–π€πŠ πŸπŸŽπŸπŸ”.

Photos from PMINT FC's post 01/08/2026

π€π‹π‡π€πŒπƒπ”π‹πˆπ‹π‹π€π‡, π“π„πŒππ€π“ πŠπ„π“πˆπ†π€ πŒπˆπ‹πˆπŠ πŠπˆπ“π€!

Setelah melalui perjalanan yang penuh cabaran, jatuh bangun, menang dan kalah, akhirnya PMINT Futsal Team berjaya menamatkan saingan Kejohanan Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 di tempat ketiga.
Inilah hasil daripada kerja keras, semangat sepasukan, pengorbanan dan mentaliti untuk tidak pernah menyerah.
Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih, pengurusan dan seluruh penyokong yang sentiasa berdiri bersama pasukan.
Kita datang untuk berjuang. Kita pulang dengan kebanggaan.

31/07/2026

FULL TIME

PMINT 0–3 PKNS

Perjalanan PMINT di Kejohanan Sukan Gemaputera XVIII Sarawak 2026 berakhir dengan kekalahan 0–3 kepada PKNS.
Keputusan yang pastinya mengecewakan, namun setiap pengalaman di gelanggang adalah sebahagian daripada proses untuk menjadi lebih baik.

Terima kasih kepada semua pemain, jurulatih dan penyokong yang sentiasa bersama pasukan dari awal hingga akhir.

Kita kalah hari ini, tapi kita belajar. Kita bangkit dan kembali lebih kuat.

Tahniah kepada PKNS atas kemenangan.

31/07/2026

MATCH DAY | SEMIFINAL

PMINT Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu vs SELANGOR PKNS
31 Julai 2026 | 6.30 Petang
Stadium Tertutup Kota Samarahan

LET'S GO PMINT!

31/07/2026

FULL TIME | GAME 4

PMINT 8–2 MCORP
Satu lagi kemenangan bergaya buat PMINT Futsal Team. Tahniah buat seluruh pasukan atas semangat juang, disiplin dan kerja keras yang dipamerkan.

SEMIFINAL πŸ”₯πŸ”₯πŸ”₯

31/07/2026

HIGHLIGHTS GOAL GAME 3 PMINT TERENGGANU VS KEDAH PKNK.

31/07/2026

MATCH DAY | GAME 4

PMINT Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu vs MCORP Perbadanan Melaka - MCORP
31 Julai 2026 | 4.00 Petang
Stadium Tertutup Kota Samarahan

Fokus. Disiplin. Semangat sepasukan.

LET'S GO PMINT!

30/07/2026

FULL TIME | GAME 3

PMINT 6–1 PKNK
Selepas kecewa di Game 2, PMINT FT bangkit dengan semangat yang lebih kuat dan menutup perlawanan dengan kemenangan bergaya.
Ini bukan sekadar 3 mata. Ini tentang mentaliti untuk bangkit apabila jatuh.
Tahniah buat seluruh pasukan atas perjuangan dan komitmen yang diberikan.

Bangkit dan teruskan perjuangan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuala Terengganu?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Website

Address

Kuala Terengganu