Nasuha Swim Academy

Call

Nasuha Swim Academy KELAS RENANG OUTDOR DI KOLAM RENANG NSA PULAU KAMBING, KUALA TERENGGANU

MUSIM HUJAN — PERLU KE BERHENTI KELAS BERENANG? 🏊‍♀️🏊‍♂️Musim hujan sudah tiba. Ada ibu bapa yang mungkin tertanya-tanya...
07/10/2026

MUSIM HUJAN — PERLU KE BERHENTI KELAS BERENANG? 🏊‍♀️🏊‍♂️

Musim hujan sudah tiba. Ada ibu bapa yang mungkin tertanya-tanya:

“Kalau hujan, kelas berenang masih berjalan ke?”

Jawapannya: Ya, selagi keadaan cuaca masih selamat untuk menjalankan latihan. 😊

Berenang bukan kemahiran yang boleh dipelajari dengan sekali-sekala. Lebih-lebih lagi untuk anak yang masih dalam fasa Learn To Swim, mereka memerlukan latihan yang berulang supaya badan, pergerakan dan keyakinan semakin terbiasa dengan air.

Kalau setiap kali hujan kita berhenti latihan, anak mungkin akan:
❌ Hilang momentum pembelajaran
❌ Perlu menyesuaikan diri semula dengan air
❌ Lambat membina keyakinan
❌ Mengambil masa lebih lama untuk menguasai sesuatu kemahiran

🏊‍♂️ Konsisten tidak bermaksud memaksa.

Jika hujan ringan dan keadaan masih selamat, latihan boleh diteruskan seperti biasa.

Tetapi jika berlaku hujan lebat, guruh, kilat atau keadaan cuaca yang tidak selamat, kelas akan dihentikan/ditangguhkan demi keselamatan semua.

Jadi, musim hujan bukan alasan untuk berhenti belajar berenang. 🌧️➡️🏊‍♀️

Teruskan latihan apabila keadaan mengizinkan. Kekalkan konsistensi.

Sebab dalam Learn To Swim, sedikit tetapi konsisten lebih baik daripada lama berhenti dan perlu bermula semula. ❤️

nasuhaswim.com

PROMO KELAS RENANG NAK TAMAT DAH! 🚨Ibu ayah, jangan tunggu sampai promo berakhir baru nak daftar! 😉Peluang untuk anak be...
02/10/2026

PROMO KELAS RENANG NAK TAMAT DAH! 🚨

Ibu ayah, jangan tunggu sampai promo berakhir baru nak daftar! 😉

Peluang untuk anak belajar berenang dengan harga istimewa di NASUHA SWIM ACADEMY kini semakin suntuk!

🔥 YURAN PENDAFTARAN PROMO RM50 SAHAJA!
RM100 ➡️ RM50

💦 Yuran bulanan RM140 sahaja
✅ 4 sesi kelas sebulan
✅ 1 jam setiap sesi
✅ Terbuka kepada kanak-kanak 4–12 tahun
✅ Sesuai untuk anak yang belum tahu berenang langsung!

📅 Tarikh akhir pendaftaran: 4 Oktober 2026
🏊‍♀️ Sesi pertama bermula: 6 Oktober 2026

Jangan lepaskan peluang ini! Bukan sekadar belajar berenang, tetapi membina keyakinan diri, keselamatan dan kemahiran hidup anak-anak.

PROMO INI BUKAN SELAMANYA. Daftar sekarang sebelum harga kembali normal! 🔥

📲 Daftar online: nasuhaswim.com

📍 Kolam NSA, Pulau Kambing, Kuala Terengganu.

🏊‍♂️ KENAPA RAMAI PILIH NSA UNTUK BELAJAR BERENANG?Bukan sekadar sebab ada kolam.Tetapi kerana kami cuba mudahkan proses...
25/09/2026

🏊‍♂️ KENAPA RAMAI PILIH NSA UNTUK BELAJAR BERENANG?

Bukan sekadar sebab ada kolam.
Tetapi kerana kami cuba mudahkan proses belajar berenang untuk anak dan ibu bapa. ❤️

Di Nasuha Swim Academy, antara kelebihan yang kami sediakan:

📅 Tak perlu tunggu cukup bulan – boleh mula bila-bila masa.

🔄 Tak perlu habiskan kelas dalam bulan yang sama – jika ada kelas yang tak dapat hadir, ada pilihan kelas gantian dalam tempoh yang ditetapkan.

⏰ Jadual fleksibel – pilih jadual yang sesuai dengan rutin anak.

🏊‍♀️ Kolam sendiri – lebih mudah untuk susun jadual kelas setiap hari.

👨‍🏫👩‍🏫 Instructor lelaki & perempuan – kelas disediakan setiap hari.

☕ Cafe berhawa dingin – ibu bapa boleh tunggu anak belajar dengan lebih selesa.

🕌 Ruang solat lelaki & wanita – kemudahan untuk ibu bapa.

🏊‍♂️ 3 kolam dengan kedalaman berbeza – sesuai untuk peringkat pembelajaran dan latihan yang berbeza.

🏆 Fun Race tahunan – anak bukan sekadar belajar, tetapi diberi peluang merasai pengalaman pertandingan.

📈 Prestasi anak boleh dipantau – perkembangan renang direkodkan supaya ibu bapa dapat melihat progress anak.

🌏 Terbuka kepada pelbagai bangsa & agama.

Dan yang paling penting…

Kami bukan sekadar nak anak “pandai berenang”.
Kami mahu mereka belajar dengan teknik yang betul, membina keyakinan dan menjadikan berenang sebagai satu kemahiran yang boleh digunakan sepanjang hayat. 💙

💰 Yuran pendaftaran PROMO: RM50
💳 Yuran bulanan: RM140
(4 sesi × 1 jam)

📍 Kolam Renang NSA, Pulau Kambing, Kuala Terengganu
📲 WhatsApp: 014-810 7259
🌐 nasuhaswim.com

ANAK ADA ASMA / LELAH — APA KEBAIKAN BELAJAR BERENANG?Ramai ibu bapa fikir anak yang ada asma tak sesuai bersukan. Seben...
25/09/2026

ANAK ADA ASMA / LELAH — APA KEBAIKAN BELAJAR BERENANG?

Ramai ibu bapa fikir anak yang ada asma tak sesuai bersukan. Sebenarnya, aktiviti fizikal yang sesuai dan terkawal boleh menjadi sebahagian daripada gaya hidup sihat untuk kanak-kanak yang mempunyai asma.

Antara kebaikan berenang:

🌬️ 1. Melatih kawalan pernafasan
Berenang memerlukan anak mengawal masa menarik dan menghembus nafas ketika bergerak dalam air.

💪 2. Meningkatkan kecergasan fizikal
Latihan yang konsisten membantu membina stamina dan kecergasan badan secara berperingkat.

🫁 3. Melatih koordinasi pernafasan dengan pergerakan
Anak belajar menyelaraskan pernafasan, pergerakan tangan dan kaki ketika berenang.

🏊 4. Aktiviti yang boleh dilakukan secara berperingkat
Coach boleh menyesuaikan intensiti latihan mengikut kemampuan dan tahap kecergasan anak.

🧠 5. Membina keyakinan diri
Anak belajar mengenali kemampuan tubuh sendiri dan menjadi lebih yakin untuk melakukan aktiviti fizikal.

⚠️ TETAPI INGAT!
Berenang bukan rawatan atau penawar asma. Jika asma tidak terkawal, anak sedang sesak nafas atau mengalami serangan asma, jangan paksa untuk berenang. Maklumkan keadaan kesihatan anak kepada coach dan ikut nasihat doktor.

Ada asma bukan bermaksud anak perlu duduk di tepi kolam melihat orang lain berenang. ❤️

Dengan pemantauan yang betul, anak juga boleh belajar berenang, aktif dan membina keyakinan dalam air. 🏊‍♂️✨

Belajar berenang bukan sekadar untuk pandai berenang — ia adalah kemahiran keselamatan diri.

nasuhaswim.com

🏊‍♂️ TUJUAN & MANFAAT BELAJAR BERENANGBelajar berenang bukan semata-mata untuk pandai berenang, dapat medal atau masuk p...
21/09/2026

🏊‍♂️ TUJUAN & MANFAAT BELAJAR BERENANG

Belajar berenang bukan semata-mata untuk pandai berenang, dapat medal atau masuk pertandingan.

Ada tujuan yang jauh lebih besar. 👇

💦 1. KESELAMATAN DIRI
Anak perlu tahu bagaimana untuk kekal selamat apabila berada di dalam atau berhampiran air.

💦 2. MEMBINA KEYAKINAN DIRI
Daripada takut air → berani masuk air → yakin bergerak sendiri.

💦 3. MEMBINA DISIPLIN
Berenang mengajar anak tentang konsistensi, usaha, mendengar arahan dan tidak mudah berputus asa.

💦 4. MENINGKATKAN KECERGASAN
Berenang melibatkan hampir seluruh anggota badan dan membantu membina kekuatan, stamina serta koordinasi.

💦 5. MEMBINA KEMAHIRAN MOTOR
Pergerakan tangan, kaki, pernafasan dan koordinasi badan membantu perkembangan fizikal anak.

💦 6. BELAJAR MENGAWAL DIRI DALAM AIR
Anak belajar bernafas dengan betul, terapung, menukar posisi badan, berenang dan mengawal pergerakan dalam air.

💦 7. MEMBENTUK MENTALITI YANG KUAT
Berenang mengajar anak bahawa kemahiran tidak datang dalam sehari. Kena belajar, ulang, gagal, betulkan dan cuba lagi.

Dan yang paling penting…

🏊‍♀️ BELAJAR BERENANG ADALAH SATU LIFE SKILL.

Medal boleh hilang.
Rekod boleh dipecahkan.
Pertandingan akan berakhir.

Tetapi kemahiran berenang adalah kemahiran yang boleh dibawa sepanjang hayat.

Jangan tunggu anak pandai berenang baru rasa ia penting.
Ajarkan kerana ia penting. ❤️

Nasuha Swim Academy
Learn to Swim • Stroke Development • Competitive Swimming

nasuhaswim.com

🏊‍♀️ KENAPA BELAJAR BERENANG NAMPak “MAHAL”?Ramai ibu bapa nampak:“1 jam je masuk kolam. Kenapa yuran mahal?” 😅Tapi yang...
19/09/2026

🏊‍♀️ KENAPA BELAJAR BERENANG NAMPak “MAHAL”?

Ramai ibu bapa nampak:

“1 jam je masuk kolam. Kenapa yuran mahal?” 😅

Tapi yang dilihat cuma 1 jam anak berada di dalam air.

Yang tidak dilihat ialah apa yang berlaku di belakang kelas.

💧 Kos penyelenggaraan kolam
⚡ Elektrik, pam & filtration system
🧪 Bahan rawatan air & kebersihan kolam
👨‍🏫 Bayaran coach yang berpengalaman
🛟 Keselamatan & pemantauan swimmer
🏊‍♂️ Peralatan latihan
📋 Assessment & pemantauan perkembangan anak
📈 Penyusunan level dan progression latihan
⏱️ Masa coach menyediakan dan mengendalikan kelas

Dan paling penting…

ANDA BUKAN BAYAR UNTUK ANAK “MAIN AIR”.

Anda bayar untuk anak belajar:

✔️ teknik pernafasan
✔️ floating
✔️ body position
✔️ kicking
✔️ arm movement
✔️ koordinasi
✔️ stroke
✔️ survival skills
✔️ dan akhirnya berenang dengan lebih yakin dan selamat.

Kalau sekadar mahu anak masuk kolam dan bermain air, memang banyak pilihan yang lebih murah.

Tetapi kalau mahu anak BELAJAR BERENANG, prosesnya memerlukan ilmu, sistem, coach, masa, konsistensi dan fasiliti yang sesuai.

Sebab itu jangan hanya tanya:

“Berapa harga kelas?”

Tanya juga:

“Apa yang anak saya akan belajar?”
“Berapa orang dalam satu kelas?”
“Bagaimana perkembangan anak dipantau?”
“Adakah teknik diperbetulkan?”
“Adakah kelas mempunyai progression yang jelas?”

Kerana dalam belajar berenang,

murah belum tentu murah nilainya,
dan mahal belum tentu mahal nilainya.

Yang penting ialah APA YANG ANAK DAPAT daripada yuran yang dibayar. 🏊‍♀️

Nasuha Swim Academy
Learn to Swim. Swim with Confidence. Swim for Life.

nasuhaswim.com

🏊‍♂️ BERAPA LAMA ANAK NAK PANDAI BERENANG?“Anak saya dah 3 bulan belajar, kenapa masih belum pandai?”Jawapan jujur coach...
18/09/2026

🏊‍♂️ BERAPA LAMA ANAK NAK PANDAI BERENANG?

“Anak saya dah 3 bulan belajar, kenapa masih belum pandai?”

Jawapan jujur coach:

👉 3 bulan bayar bukan bermaksud 3 bulan berlatih. 😌

Kalau seminggu sekali datang, kadang-kadang tak hadir, cuti panjang, kemudian nak anak cepat pandai…

Memang susah.

Berenang ialah kemahiran, bukan subjek yang boleh “habiskan silibus” dalam beberapa bulan.

Anak perlukan repetition + consistency + teknik yang betul.

🏊 1× seminggu → progress lebih perlahan
🏊🏊 2× seminggu → lebih banyak repetition
🏊🏊🏊 3× atau lebih → lebih banyak peluang untuk bina muscle memory

Dan jangan bandingkan anak dengan anak orang.

Ada yang cepat berani.
Ada yang perlukan masa.
Ada yang cepat faham teknik.
Setiap anak berbeza.

🔥 Nak anak pandai berenang? Jangan hanya kira berapa bulan dia dah belajar. Kira berapa kali dia benar-benar berlatih.

Konsisten dulu. Pandai akan menyusul. 🌊

nasuhaswim.com

🔥 COACH GARANG vs COACH BAIK TAPI TEGAS“Coach kena garang baru budak jalan.”“Kalau tak marah, budak tak dengar.”“Kalau c...
17/09/2026

🔥 COACH GARANG vs COACH BAIK TAPI TEGAS

“Coach kena garang baru budak jalan.”

“Kalau tak marah, budak tak dengar.”

“Kalau coach terlalu baik, nanti budak pijak kepala.”

Hmm… 🤔

Saya nak tanya satu soalan.

Kalau setiap kali training anak kena dijerit baru bergerak…

Kalau coach tak marah, anak mula buat sambil lewa…

Kalau coach tak tengok, disiplin terus hilang…

Kalau coach tak ada, arahan pun tak dipedulikan…

Sebenarnya siapa yang sedang mendidik siapa? 😏

Anak sedang belajar berenang?

Atau anak sedang belajar:

“Aku kena takut coach baru aku buat kerja.”

🔥 ITU BUKAN SELF-DISCIPLINE.

Itu cuma takut kepada akibat.

Jangan keliru antara COACH GARANG dengan COACH TEGAS.

Coach garang mungkin buat anak diam.

Coach tegas buat anak faham standard.

Coach garang mungkin buat anak takut buat salah.

Coach tegas buat anak belajar membetulkan kesalahan.

Coach garang perlukan suara yang tinggi untuk mendapatkan perhatian.

Coach tegas tak semestinya perlu menjerit untuk mendapatkan respect.

Dan jangan p**a fikir…

Coach baik = coach lembik.

NO.

Coach boleh baik.

Boleh senyum.

Boleh bergurau.

Boleh puji.

Boleh bercakap dengan lembut.

TAPI bila standard jatuh — coach tetap akan tegur.

Teknik salah?

Ulang.

Tak ikut arahan?

Tegur.

Malas?

Push.

Tak cukup usaha?

Buat lagi.

Tak capai standard?

Jangan puas hati. Improve.

Itulah TEGAS.

Tak perlu maki.

Tak perlu hina.

Tak perlu memalukan anak.

Tak perlu buat anak rasa dirinya tidak cukup bagus.

Sebab kita sedang membina ATLET, bukan menghasilkan budak yang hanya bergerak apabila kena takutkan.

Dan ini yang paling penting…

👇

Kalau coach perlu marah setiap kali untuk membuatkan atlet bekerja, sampai bila atlet itu boleh berdikari?

Coach takkan berada di sebelah atlet selama-lamanya.

Dalam pertandingan, coach tak boleh masuk kolam.

Dalam race, coach tak boleh berenang untuk dia.

Bila training sendiri, coach tak boleh menjerit setiap 5 saat.

Akhirnya…

ATLET ITU SENDIRI YANG KENA BUAT.

Sebab itu matlamat sebenar bukan:

❌ “Anak takut coach.”

Tetapi:

✅ “Anak hormat coach.”

❌ “Anak bergerak sebab takut kena marah.”

Tetapi:

✅ “Anak bergerak sebab tahu tanggungjawab.”

❌ “Coach kena jerit baru anak laju.”

Tetapi:

✅ “Anak boleh push diri sendiri walaupun coach diam.”

Dan kalau nak guna analogi paling mudah…

Kuda memang boleh dipukul supaya berjalan.

Tetapi kalau setiap kali nak bergerak mesti tunggu rotan…

jangan hairan kalau bila rotan disimpan, dia berhenti. 😌

Kita bukan nak bina atlet yang sentiasa menunggu “rotan”.

Kita nak bina atlet yang sudah tahu bila perlu berlari walaupun tiada siapa memegang rotan.

🏊‍♂️ Baik bukan lembik.
Tegas bukan garang.
Disiplin bukan ketakutan.
Dan hormat tidak perlu dipaksa dengan jeritan.

Itulah beza melatih anak dengan sekadar membuat anak menurut.

nasuhaswim.com

17/09/2026

🏊‍♀️ JANGAN TUNGGU ANAK BESAR BARU AJAR BERENANG

“Anak saya masih kecil… nanti besar sikit baru belajar berenang.”

Ramai ibu bapa berfikir begitu.

Tetapi sebenarnya, kemahiran berenang boleh diperkenalkan sejak kecil, mengikut tahap perkembangan dan kesediaan anak.

💦 Bawah 3 tahun
Fokus kepada water familiarisation — membina rasa selesa dengan air, belajar kawalan asas dan memperkenalkan konsep keselamatan di dalam air.

👧🏻👦🏻 4 tahun ke atas
Sudah sesuai untuk memulakan kelas belajar berenang secara berstruktur, termasuk untuk anak yang langsung belum mempunyai asas berenang.

Pada peringkat ini, anak boleh mula belajar:
✔️ Kawalan pernafasan
✔️ Floating
✔️ Kicking
✔️ Arm movement
✔️ Asas survival dalam air
✔️ Teknik berenang yang betul
✔️ Water safety

❗ Dan jangan tunggu anak “berani” baru nak hantar kelas.

Ada anak yang takut air.
Ada yang tidak yakin untuk meniarap.
Ada yang takut memasukkan muka ke dalam air.

Itulah sebabnya mereka perlu belajar secara berperingkat dengan pengajar yang tahu bagaimana membina keyakinan mereka.

🏊‍♂️ Belajar berenang bukan tentang mengejar medal.

Bukan juga tentang siapa paling laju.

Untuk anak yang baru belajar, perkara paling penting ialah:

SELAMAT → YAKIN → BETUL → BARU LAJU.

❤️ Kerana berenang adalah kemahiran hidup, bukan sekadar aktiviti sukan.

Jika ibu bapa tidak mampu mengajar sendiri, hantarkan anak kepada kelas renang yang sesuai.

Jangan tunggu anak besar. Jangan tunggu anak pandai sendiri. Mulakan dengan asas yang betul.

📍 Nasuha Swim Academy, Kuala Terengganu

🏊 Kelas kanak-kanak 4 tahun ke atas
🏊 Kelas dewasa
💦 Pembelajaran mengikut tahap kemampuan anak

Biar kecil belajar. Biar awal kenal air. Biar betul asasnya. ❤️

nasuhaswim.com

⚠️ SATU PERKARA YANG IBU BAPA PERLU INGATPandai berenang BUKAN bermaksud anak tidak boleh lemas.Tiada kelas renang yang ...
15/09/2026

⚠️ SATU PERKARA YANG IBU BAPA PERLU INGAT

Pandai berenang BUKAN bermaksud anak tidak boleh lemas.

Tiada kelas renang yang boleh menggantikan pengawasan orang dewasa.

Setiap kali anak berada berhampiran air, adult supervision tetap wajib.

Kelas renang membina kemahiran.

Ibu bapa p**a memastikan keselamatan.

Kedua-duanya penting. ❤️

────────

Di Nasuha Swim Academy, kami percaya setiap kanak-kanak patut diberi peluang untuk belajar berenang — bukan semata-mata untuk mengejar medal atau menjadi atlet.

Tetapi untuk membina satu kemahiran yang boleh mereka bawa sepanjang hayat.

🏊🏻‍♂️ Tak perlu tunggu anak jadi atlet.

🏊🏻‍♀️ Tak perlu tunggu anak besar.

🏊🏻 Tak perlu tunggu sampai ada kejadian baru kita sedar kepentingannya.

Mulakan dengan belajar.

Kerana anak pandai berenang bukan sekadar satu pencapaian.

Ia adalah satu kemahiran hidup. ❤️

— Nasuha Swim Academy
Learn to Swim. Build Confidence. Learn a Life Skill.

nasuhaswim.com

Address

230/A Lorong 6, Jalan Bandar Baru, Pulau Kambing
Kuala
20300

Telephone

+60148107259

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nasuha Swim Academy posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category