Akademi Takraw Satok

Call

Akademi Takraw Satok Akademi Takraw Satok

VORTEC DINOBATKAN JUARA EDISI SULUNG PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BELIA BAWAH 21 TAHUN 2026!Alhamdulillah, tirai Pertanding...
14/11/2026

VORTEC DINOBATKAN JUARA EDISI SULUNG PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BELIA BAWAH 21 TAHUN 2026!

Alhamdulillah, tirai Pertandingan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun 2026 anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) telah pun melabuhkan tirainya dengan penuh kemeriahan dan semangat kesukanan!

PASUKAN VORTEC UNGGUL BERGELAR JUARA!

Beraksi tanpa diiringi jurulatih atau Pengurus Pasukan VORTEC terdiri daripada pemain sendiri telah berjaya menundukkan cabaran sengit tuan rumah pasukan SEGEDUP A pada perlawanan akhir dengan kemenangan dua set, 17–14 dan 15–09, sekali gus mencipta sejarah sebagai juara edisi pertama kejohanan ini!

KEPUTUSAN RASMI KEJOHANAN

JOHAN – VORTEC
- Wang tunai RM500
- Trofi, pingat setiap pemain dan panji

NAIB JOHAN – SEGEDUP A
- Wang tunai RM300
- Trofi, pingat setiap pemain dan panji

KETIGA BERSAMA – KANOLI 1 & FDSM A
- Wang tunai RM150 setiap regu
- Pingat setiap pemain dan panji

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengerusi Akademi Takraw Satok (ATAS), Saudara Abang Kamaruzaman, bersama Penghulu dan Ketua Kaum (KK) Kampung Segedup.

👏 SYABAS DAN TAHNIAH KEPADA SEMUA PASUKAN!

Pihak ATAS merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, barisan urus setia, para pengadil, penyumbang, sukarelawan serta seluruh warga Kampung Segedup yang telah memberikan kerjasama dan sokongan sehingga kejohanan ini berjaya dilaksanakan.

Edisi pertama ini merupakan langkah permulaan ke arah menjadikan pertandingan ini sebagai acara berterusan dan platform melahirkan lebih ramai pemain pelapis yang mampu bersaing di pentas lebih tinggi.

Semoga kita bertemu lagi pada edisi akan datang, dengan aksi yang lebih hebat dan persaingan yang lebih sengit. Insya-Allah!

*Pertandingan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun 2026 anjuran **Akademi Takraw Satok (ATAS)** akan memulakan sepak mula p...
14/11/2026

*Pertandingan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun 2026 anjuran **Akademi Takraw Satok (ATAS)** akan memulakan sepak mula pada pagi ini.

Untuk makluman, **Majlis Perasmian dijangka akan disempurnakan oleh YB Ibrahim Baki** sekitar jam **11.00 pagi hingga 12.00 tengah hari**, tertakluk kepada kelapangan beliau.

Semua pihak dijemput hadir bagi memeriahkan pertandingan serta memberikan sokongan kepada bakat-bakat muda dalam usaha memartabatkan sukan sepak takraw.

Sekian, untuk makluman semua. Terima kasih.

🔥🏆 **BAHANG PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW KINI BERMULA!** 🏆🔥**12 PASUKAN! SATU GELANGGANG! SATU IMPIAN!** 💪⚽Alhamdulillah! C...
10/11/2026

🔥🏆 **BAHANG PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW KINI BERMULA!** 🏆🔥

**12 PASUKAN! SATU GELANGGANG! SATU IMPIAN!** 💪⚽

Alhamdulillah! Cabutan undi bagi PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BELIA BAWAH 21 TAHUN 2026 anjuran Akademi Takraw Satok (ATAS) telah selesai dilaksanakan malam tadi dengan penyertaan 12 pasukan belia yang telah mengesahkan penyertaan mereka!

🔥 **INILAH PENTAS ANAK MUDA KITA!**

Kami mahu anak-anak muda, khususnya di Bahagian Kuching, merasai sendiri bahang dan kehangatan pertandingan ala Mini KSL (Kenyalang Sepak Takraw League)!

Mungkin hari ini mereka hanya beraksi di gelanggang kampung, namun siapa tahu suatu hari nanti merekalah yang akan menggegarkan gelanggang di pentas lebih tinggi!

💥 **DARIPADA GELANGGANG KAMPUNG, MENUJU PENTAS IMPIAN!**

Kami di ATAS percaya bahawa setiap pemain hebat bermula dengan sebuah peluang. Tugas kami adalah membuka ruang, menyediakan gelanggang dan mencipta pertandingan. Selebihnya, biarlah bakat, semangat dan usaha anak-anak muda ini menentukan sejauh mana mereka mampu melangkah!

Kami mungkin tidak mampu menyediakan pentas sehebat STL, tetapi kami mampu menyediakan pentas permulaan untuk melahirkan pemain sehebat mereka!

🏆 INI BUKAN SEKADAR PERTANDINGAN, INI PERJUANGAN MENGHIDUPKAN WARISAN!

Pihak pengurusan ATAS akan terus komited memastikan sukan tradisional sepak takraw tidak terus dilupakan, sebaliknya kekal hidup, berkembang dan menjadi kebanggaan generasi muda Sarawak.

Insya-Allah, Mini KSL ini akan kami usahakan untuk dijadikan "Kejohanan Tahunan ATAS, sebagai medan mencungkil bakat baharu dan melahirkan pelapis sepak takraw masa hadapan.

🔥 **KITA MULAKAN DENGAN LANGKAH KECIL, TETAPI DENGAN IMPIAN YANG BESAR!**

**ATAS SEDIAKAN GELANGGANG, ANDA CIPTA KEGEMILANGAN!** 🔥

**HIDUP SEPAK TAKRAW! HIDUP GENERASI PELAPIS SARAWAK!** 🔥

05/11/2026
🔥AYUH GENERASI MUDA! GELANGGANG SUDAH TERSEDIA, KINI GILIRAN ANDA BERAKSI!🔥⚽ JANGAN BIARKAN SUKAN SEPAK TAKRAW HILANG DI...
04/11/2026

🔥AYUH GENERASI MUDA! GELANGGANG SUDAH TERSEDIA, KINI GILIRAN ANDA BERAKSI!🔥

⚽ JANGAN BIARKAN SUKAN SEPAK TAKRAW HILANG DITELAN ZAMAN!

Ayuh anak-anak muda, pencinta dan peminat sepak takraw!

Gelanggang sudah kami sediakan, peluang sudah kami buka, kini hanya menunggu keberanian dan semangat anda untuk turun beraksi!

Jangan biarkan minat dan bakat anda terhenti begitu sahaja. Jangan biarkan sukan warisan kebanggaan kita semakin dilupakan oleh generasi muda.

Di Akademi Takraw Satok (ATAS), kami percaya bahawa setiap anak muda mempunyai potensi untuk menjadi juara sekiranya diberikan ruang, peluang dan sokongan yang sewajarnya.

Tugas kami bukan menjanjikan anda kejuaraan, tetapi memastikan anda mempunyai gelanggang untuk terus berjuang!

🔥 Tanpa pertandingan, bakat sukar berkembang!

🔥 Tanpa latihan, impian tidak akan menjadi kenyataan!

🔥 Tanpa generasi pelapis, siapa yang akan meneruskan legasi sepak takraw kita?

Justeru, ATAS tampil membuka gelanggang melalui:

🏆 PERTANDINGAN SEPAK TAKRAW BELIA BAWAH 21 TAHUN 2026 Anjuran ATAS

📅 Tarikh: 14 November 2026
📍 Tempat: Gelanggang Futsal SLPAS
💰 Yuran: RM60 satu regu
⚡ Penyertaan terhad kepada 16 regu sahaja! Format Liga Kumpulan

🏅 HADIAH MENARIK MENANTI JUARA!

🥇 Juara – Piala + RM500 + Pingat
🥈 Naib Juara – Piala + RM300 + Pingat
🥉 Ketiga Bersama – RM150 + Pingat

📞 DAFTAR SEKARANG!

Sdr Jaya Awang: 013-5115068
Sdr Idris Bujang: 017-7875524

Kami sediakan gelanggang, anda buktikan kemampuan!

Ayuh kita bersama-sama mengangkat kembali martabat sepak takraw

JANGAN TUNGGU JADI JUARA UNTUK TURUN BERAKSI, TETAPI TURUNLAH BERAKSI UNTUK MENJADI JUARA! 🔥💪

🏆 “BERSAMA MEMBINA JUARA MASA HADAPAN”

AKADEMI TAKRAW SATOK (ATAS)
Dari Akar Umbi, Kita Lahirkan Juara!

🔥ATAS TERUS MARA — GELANGGANG BELIA KITA HIDUPKAN! 🔥Alhamdulillah, Mesyuarat Bulanan Aktiviti Akademi Takraw Satok (ATAS...
03/11/2026

🔥ATAS TERUS MARA — GELANGGANG BELIA KITA HIDUPKAN! 🔥

Alhamdulillah, Mesyuarat Bulanan Aktiviti Akademi Takraw Satok (ATAS) 2026 telah berlangsung dengan lancar dan penuh semangat di Hotel terkemuka disini dan dipengerusikan oleh Pengerusi ATAS, Sdr. Abg Kamarulzaman Abg Drashid.

🎯 Fokus utama mesyuarat kali ini adalah persiapan Pertandingan Sepak Takraw Belia Bawah 21 Tahun 2026 — satu lagi usaha ATAS untuk membuka ruang dan peluang kepada anak-anak muda mempamerkan bakat serta menghidupkan kembali semangat sepak takraw di peringkat akar umbi.

Tanpa pertandingan, tiada medan untuk menguji kemampuan.
Tanpa peluang, bakat mungkin terpendam.
Tanpa generasi pelapis, siapa yang akan meneruskan perjuangan?

Sebab itu ATAS mahu terus bergerak!

Kita mahu melihat lebih ramai belia Satok dan Kuching turun ke gelanggang, berlatih, bersaing secara sihat dan berani mengejar impian untuk menjadi pemain yang lebih hebat.

Insya-Allah, semoga segala perancangan dipermudahkan dan pertandingan ini nanti berjalan dengan lancar serta mencapai matlamatnya.

“BERSAMA MEMBINA JUARA MASA HADAPAN”

ALHAMDULILLAH 🤲 TERIMA KASIH YB DATUK!Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Khidmat DUN N8 Satok, kh...
24/10/2026

ALHAMDULILLAH 🤲 TERIMA KASIH YB DATUK!

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Pusat Khidmat DUN N8 Satok, khususnya YB Datuk Haji Ibrahim Bin Haji Baki, Ahli DUN N8 Satok, atas sumbangan dana kepada Akademi Takraw Satok (ATAS) yang telah disampaikan sendiri oleh beliau sebentar tadi.

Sumbangan ini menjadi pembakar semangat buat kami untuk terus agresif memperkasakan pembangunan sepak takraw akar umbi di Satok.

Insya-Allah, ATAS akan terus berusaha mencungkil, membimbing dan melahirkan bakat-bakat muda yang suatu hari nanti mampu menjadi pelapis serta mewakili Negeri Sarawak di pentas yang lebih tinggi.

Dari Satok kita bina bakat, untuk Sarawak kita lahirkan juara!





📣 *PENDAFTARAN PEMAIN BARU AKADEMI TAKRAW SATOK (ATAS) 2026 KINI DIBUKA!* 🔥Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada se...
05/10/2026

📣 *PENDAFTARAN PEMAIN BARU AKADEMI TAKRAW SATOK (ATAS) 2026 KINI DIBUKA!* 🔥

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua peminat serta pencinta sukan Sepak Takraw.

*Akademi Takraw Satok (ATAS) dibawah afiliat (PSTBK)* kini membuka peluang kepada anak-anak lelaki dan wanita berusia 12 hingga 17 tahun untuk menyertai akademi kami bagi Sesi 2026.

🌟 *Apa yang akan dipelajari?*
Pemain akan diberi pendedahan dan latihan asas sepak takraw yang betul serta dibimbing oleh jurulatih dan tenaga pelatih yang dilantik oleh Akademi.

Program ini merupakan platform terbaik untuk mencungkil bakat, membina kemahiran, disiplin dan keyakinan diri serta melahirkan generasi pelapis sepak takraw pada masa hadapan.

💥 *JANGAN LEPASKAN PELUANG INI!*
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang berminat dengan sukan sepak takraw amat dialu-alukan untuk mendaftarkan mereka.

✅ *Umur: 12–17 Tahun*
✅ *Lelaki & Wanita*
✅ *PENDAFTARAN PERCUMA!*

Ayuh sertai keluarga AKADEMI TAKRAW SATOK (ATAS)! 💪
Bakat diasah, potensi digilap, juara dilahirkan!

Mohon bantu LIKE, SHARE & SEBARKAN kepada keluarga dan rakan-rakan. 🙏

Address

Padang Slepas Satok
Kuching
93050

Telephone

+60198446167

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Akademi Takraw Satok posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category