Moyan Alpha FC

Moyan Alpha FC

Share

Moyan Alpha "Bukan sekadar Main Bola Main utk Jiwa Moyan"

Photos from Moyan Alpha FC's post 12/06/2026
12/06/2026

Let's go Moyan Alpha FC

26/03/2026

Bukan rezeki kita. Moyan Alpha tewas 0-3 kepada tuan rumah KBSB, tapi semangat kita tetap menyala! Lihat highlight perlawanan, belajar dari kesilapan, dan bersama-sama kita bangkit lebih kuat 💚
Satu Moyan, Satu Jiwa, Satu Padang!”

Photos from Moyan Alpha FC's post 26/03/2026

MOYAN ALPHA vs KBSB
Liga Sambir Edisi ke-58
📅 24 March 2026
🕒 1500
📍 Padang Sambir

0-3. Ya, betul 0-3. Tiada alasan. Tiada simpati.
Moyan Alpha turun dengan hati dan semangat, tapi malam tok kita tewas. Kesilapan kecil, kurang fokus, komunikasi yang gagal Semua jadi punca kita dihukum. KBSB ambil peluang tanpa belas. Mereka lebih tajam, lebih bersedia.
Ini bukan pasukan sebenar kita. Ini bukan level Moyan Alpha.
Dengar sini semua: kita tidak akan duduk diam. Setiap kelemahan akan dibedah, setiap kesilapan akan dibetulkan. Setiap pemain akan datang lebih tajam, lebih disiplin, lebih ganas.
Kekalahan tok bukan penamat—ini adalah api untuk membakar semangat kita.
Kami jatuh hari ini, tapi kami akan bangkit ESOK. Lebih kuat, lebih garang, lebih Moyan Alpha dari sebelum ini!
💚 Satu Moyan, Satu Jiwa, Satu Padang! 🔥

07/03/2026

🏅 Man of the Match: Põkō Marquez
Tahniah kepada Põkō Marquez yang tampil cemerlang malam tok menentang Borneo Kickers FC! 💚⚽
Sebagai defensive midfielder, Põkō bukan sahaja menjadi kunci pertahanan Moyan Alpha, tapi juga bantu bahagian serangan dengan aksi magnificent. Malah, beliau berjaya menjaringkan 2 gol penting untuk memastikan kemenangan berpihak kepada kita.
Prestasi Põkō malam tok jelas tunjuk tenaga, kepintaran taktikal, dan semangat juang yang jadi inspirasi seluruh pasukan. 🔥
Satu Moyan, Satu Jiwa, Satu Padang!

07/03/2026

🏆 FULL TIME: Moyan Alpha FC 7 – 3 Borneo Kickers FC
📅 Friday | 06 March 2026 | Cascara Arena
Alhamdulillah! Moyan Alpha buktikan semangat dan kerjasama padu malam tok. Berikut ulasan permainan:
Set 1: Menang tipis 1-0. Gol penalti dari Naim Gonzalez selepas pemain Moyan Alpha dijatuhkan dalam kotak penalti. Permulaan yang mantap, tapi masih perlu fokus lebih konsisten.
Set 2: Moyan Alpha melebarkan jurang 4-1 dengan gol Muqrinho, A-Pitõ, Põkō dan Denelito. Team menguasai pertahanan dan serangan dengan konsisten, tunjuk kematangan di padang.
Set 3: Borneo Kickers cuba menyerang dari pelbagai arah, tapi pertahanan Moyan Alpha kekal teguh. Gol tunggal set ini dari Ajimão, memastikan kemenangan berpihak kepada kita.
Set 4: Moyan Alpha mula selesa dengan jurang jaringan. Tersilap sikit hingga kebobolan 2-1, tapi Põkō menambah satu jaringan lagi untuk Moyan Alpha.
🔥 Tahniah kepada semua pemain yang bagi komitmen penuh!
⚽ Gol malam tok: Naim Gonzalez, Muqrinho, A-Pitõ, Põkō, Denelito, Ajimão.
Satu Moyan, Satu Jiwa, Satu Padang! 💚

31/01/2026

Man of the Match 🏆
Qayyum Jr | 5 Gol
Prestasi ini terhasil bukan hanya dari usaha individu,
tetapi hasil kerja berpasukan, sokongan rakan sepasukan
dan kepercayaan antara satu sama lain di atas padang.
Terus berjuang, terus belajar,
dan terus bermain sebagai satu pasukan.
Kerana kejayaan sebenar
lahir apabila semua bergerak bersama.
Mission Alpha
Bersatu, Berdisiplin, Berdaya Saing. ⚽💪

Photos from Moyan Alpha FC's post 31/01/2026

FULL TIME
Mission Alpha vs Interception FC
Keputusan: 9 – 7
Perlawanan ini dibahagikan kepada dua kategori pasukan bagi tujuan penilaian dan pembangunan pasukan:
Match 1 & Match 3
➡️ Pasukan Moyan Alpha
Menampilkan permainan beridentiti, disiplin taktikal serta komitmen tinggi sepanjang perlawanan.
Match 2 & Match 4
➡️ Pasukan Mission Alpha (Pasukan Campuran)
Dibentuk khas sebagai platform penilaian bakat dan keserasian pemain.
Pemain-pemain daripada pasukan campuran yang menunjukkan prestasi konsisten, kefahaman taktikal, disiplin dan sikap profesional akan dipertimbangkan untuk direkrut ke dalam Pasukan Utama Mission Alpha.
Perlawanan ini bukan sekadar aksi persahabatan,
tetapi sebahagian daripada proses pembinaan pasukan dan perancangan jangka panjang Mission Alpha.
Mission Alpha
Membina pasukan dengan visi, bukan sekadar mengejar keputusan.

Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kuching?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Telephone

Website

Address

Kampung Moyan Laut
Kuching
94600