26/07/2026
Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un.
Dengan penuh rasa dukacita, seluruh warga Senah Rayang merakamkan ucapan takziah atas pemergian Allahyarham Ustaz Haji Idris bin Ahmad.
Allahyarham merupakan seorang pendakwah yang telah banyak berjasa dalam menyebarkan ilmu agama dan mendidik masyarakat Kampung Senah Rayang. Segala ilmu, nasihat dan bimbingan yang dicurahkan akan terus menjadi amal jariah serta dikenang oleh seluruh penduduk kampung.
Semoga Allah SWT mengampunkan segala dosa-dosanya, melapangkan kuburnya, mencucuri rahmat ke atas rohnya, serta menempatkannya dalam kalangan hamba-hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh.
Salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga diberikan kekuatan, kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian ini.
Al-Fatihah. 🤲🏻
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ketua Pegawai Eksekutif HIKMAH dan seluruh Warga Kerja HIKMAH merakamkan ucapan takziah kepada ahli keluarga almarhum Ustaz Haji Idris bin Ahmad (Pegawai Tugas-tugas Khas KPE HIKMAH)
Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh Almarhumah, menerima segala amal solehnya, mengampuni segala dosanya dan menempatkannya dalam kalangan para solihin.
Al-Fatihah.
05/07/2026
B E R I T A K E L U A R G A
Assalamualaikum semua
Innalillahiwainnailaihirojiun
Duka Cita dimaklumkan Saudara Halim Chua(Apek) Telah Kembali Kerahmatullah sebentar tadi... Sama² kita berdoa dan Sedekahkan bacaan Surah Al-Fatihah, semoga Almarhum ditempatkan bersama golongan orang² yang beriman dan Soleh 🤲🏻
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aamiin³.🤲
Al Fatihah...
08/06/2026
⚠️ Notis awal:
📅 27 Jun 2026
✅ Book cuti awal
✅ Cas phone penuh
✅ Sediakan tenaga lebih
Sebab malam tu kita mejeng sampai pagi! 🤪🔥
Jom datang beramai-ramai memeriahkan Malam Penutupan Hari Gawai 2026 dengan pelbagai persembahan tradisional & nyanyian💃🕺🍽️
Jumpa di Kampung Senah Rayang!
🎉🔥
04/06/2026
Sambutan Hari Gawai Dayak Kampung
Senah Rayang 2026
Part Last-Random
* Ribuan terima kasih diucapkan kepada seluruh penduduk Kampung Senah Rayang yang telah bertungkus-lumus menjayakan Sambutan Hari Gawai Dayak 2026. Dari kerja-kerja menghias dewan, menyediakan juadah, mengurus persiapan, menjaga kebersihan, hinggalah memastikan kelancaran program, setiap usaha dan pengorbanan anda amat dihargai.
Terima kasih juga kepada para penyumbang, jawatankuasa, belia, para tetamu serta semua pengunjung yang sudi hadir memeriahkan sambutan ini. Semoga semangat perpaduan, kerjasama dan kekeluargaan terus utuh, serta budaya dan warisan yang kita banggakan terus dipelihara dan diwarisi oleh generasi akan datang.Semoga kita dipertemukan lagi pada sambutan yang akan datang.
SRAMAT ANDU GAWAI DAYAK 2026..
TARA!! TARA!! TARA!!! OOOOOOOOOOHHHHAAAAAA
04/06/2026
Sambutan Hari Gawai Dayak Kampung
Senah Rayang 2026
Part 11- Poser Tercantik,Terhensem,Tercomel,dan Tersweet😂😂
04/06/2026
Sambutan Hari Gawai Dayak Kampung
Senah Rayang 2026
Part 10-Penyampaian Insentif Kecemerlangan Akademik
📸:Sham Eskal Eyaw