16/09/2026
Track Setup Bukan Daily Setup Dan “Track Setup” Pun Bukan Satu Setting Untuk Semua
Ramai melihat suspension yang keras, kereta rendah, camber negatif dan steering yang tajam lalu terus menganggap itu sebagai “setting racing”. Hakikatnya, setup sebuah kereta jauh lebih kompleks daripada sekadar keras atau lembut.
Malah dalam litar sendiri, setup untuk Track Day, Time Attack dan Full Race mempunyai objektif yang berbeza.
Track Day biasanya memerlukan setup yang lebih seimbang dan konsisten. Kereta perlu mampu melakukan banyak lap tanpa terlalu cepat membunuh tayar, brek atau menyebabkan suhu meningkat keterlaluan. Ia perlu pantas, tetapi masih predictable dan memberi keyakinan kepada pemandu.
Time Attack p**a mengejar masa terpantas. Fokusnya ialah memaksimumkan grip dan respons untuk menghasilkan lap time, kadangkala hanya dalam beberapa flying lap. Alignment boleh menjadi lebih agresif, aero lebih ekstrem dan suspension lebih rigid kerana keselesaan bukan lagi keutamaan.
Full Race berbeza lagi. Kereta bukan sekadar perlu pantas satu lap — ia perlu kekal kompetitif sepanjang perlumbaan. Setup perlu mengambil kira tyre degradation, perubahan fuel load, brake temperature, track evolution, traffic dan perubahan balance kereta sepanjang stint.
Sebab itu spring rate tidak boleh dilihat secara berasingan. Spring, damper, bump/rebound, anti-roll bar, ride height, bump stop, camber, caster, toe, tyre pressure, differential dan aero semuanya saling berkait.
Spring terlalu keras tidak semestinya menghasilkan lebih banyak grip. Jika terlalu keras untuk permukaan litar atau tayar yang digunakan, roda boleh kehilangan keupayaan mengikuti permukaan trek dan akhirnya mechanical grip berkurang.
Anti-roll bar lebih keras juga bukan automatik lebih bagus. Secara umum, perubahan roll stiffness distribution akan mempengaruhi lateral load transfer distribution antara gandar depan dan belakang. Contohnya, meningkatkan kekakuan roll di hadapan lazimnya cenderung mengurangkan relative grip gandar depan dan meningkatkan kecenderungan understeer tapi hasil sebenar tetap bergantung pada keseluruhan geometri, tayar, differential, aero dan karakter casis.
Alignment p**a mempunyai tujuan khusus. Negative camber membantu mengekalkan contact patch tayar ketika kereta mengalami body roll dan lateral load, tetapi terlalu agresif boleh menjejaskan braking, traction dan penggunaan tayar apabila kereta bergerak lurus.
Toe juga bukan sekadar nombor alignment. Toe-out di hadapan boleh membantu initial turn-in, tetapi boleh menjadikan kereta lebih nervous ketika high-speed straight line. Toe-in tertentu p**a boleh meningkatkan kestabilan, tetapi respons steering mungkin menjadi kurang agresif.
Damper lebih keras juga bukan bermaksud handling lebih baik. Compression dan rebound perlu mengawal kadar pergerakan suspension tanpa menyebabkan tayar kehilangan hubungan efektif dengan permukaan trek.
Kemudian datang p**a tyre pressure dan temperature. Setup yang kelihatan sempurna ketika tayar sejuk mungkin berubah sepenuhnya apabila tekanan dan suhu meningkat selepas beberapa lap.
Dan apabila aero mula menghasilkan downforce yang signifikan, persoalannya menjadi lebih kompleks lagi kerana kelajuan kereta sendiri boleh mengubah beban pada suspension dan keseimbangan casis.
Sebab itulah kereta full-track hampir mustahil memberikan tahap keselesaan seperti kereta jalanan.
Di jalan raya kita mahukan suspension yang mampu menyerap lubang, bonggol dan permukaan tidak sekata, NVH yang rendah, ground clearance mencukupi serta tayar yang tahan lama.
Di litar, keutamaannya berbeza.
Kita mahu chassis control. Kita mahu response. Kita mahu grip. Kita mahu consistency. Dan akhirnya kita mahu lap time terpantas.
Jadi jangan ukur bagus atau tidak sesuatu suspension setup hanya berdasarkan “keras” atau “lembut”.
Kereta terlalu keras belum tentu pantas.
Kereta terlalu lembut belum tentu perlahan.
Setup yang terbaik ialah setup yang membolehkan tayar bekerja dalam operating window yang optimum, memberikan balance yang sesuai dengan kereta, litar dan gaya pemandu serta mencapai objektif penggunaannya.
Sebab dalam motorsport, tidak wujud satu “magic setup” yang sesuai untuk semua.
Daily ada settingnya.
Track Day ada settingnya.
Time Attack ada settingnya.
Full Race juga ada settingnya.
Dan apabila sebuah kereta benar-benar dibina untuk mengejar masa di litar, jangan terkejut apabila keselesaan menjadi perkara kedua.
Kereta jalanan dibina untuk menghadapi perjalanan.
Kereta perlumbaan dibina untuk menghadapi stopwatch.