24/08/2026
KEJOHANAN TITANS YOUTH CUP 2026-RANAU
22-23 Ogos 2026
TAHNIAH kepada pasukan U14 kerana telah menunjukkan semangat permainan yang terbaik sepanjang kejohanan ini.
Berjaya mengungguli peringkat kumpulan dengan 3 kemenangan dan 1 kekalahan untuk layak ke suku akhir kejohanan.
Di peringkat suku akhir bertemu dengan pasukan Talawa FC dari Kota Belud. Keputusan terikat 0-0 selepas 30 minit masa permainan walaupun dihidangkan beberapa peluang gol yang gagal disudahkan. Masuk ke penentuan sepakan penalti, mereka terpaksa akur dengan kekalahan 3-1.
Nampak kekecewaan di muka para pemain yang bermain dengan semangat dan disiplin yang tinggi. Begitulah adat pertandingan, ada masa menang..ada masanya kalah.
Hold your head high boys, you did great! Jangan patah semangat. Kita cuba lagi di kejohanan yang lain. Kita akan kembali mencabar kejohanan di masa yang akan datang. Jadikan pengalaman hari ini sebagai pengajaran dan pedoman untuk jadi lebih baik lagi.
Kekalkan fokus, disiplin..terus konsisten dalam latihan. Jumpa anda semua di padang latihan & kejohanan akan datang.
Terima kasih kepada semua ibubapa..para penyumbang..atas sokongan yang tidak berbelah bagi samada sokongan moral, tenaga, wang ringgit mahupun sumbangan barangan sepanjang perjalanan pasukan ini.
Kami di pihak akademi sangat menghargai sokongan² ini untuk terus memberi peluang kepada pemain² muda kita bermain dan bersaing dengan pasukan luar dari seluruh Sabah.
Semoga usaha dan kerjasama seperti ini berterusan di masa yang akan datang untuk kemenjadian anak² kita dalam sukan bola sepak🤝⚽.