Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai

Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai

Share

Contact information, map and directions, contact form, opening hours, services, ratings, photos, videos and announcements from Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai, Sports Team, Jalan Rajawali 13, Bandar Putra Kulai, Kulai Darul Ta'zim, Kulai.

๐Ÿน Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai (PMTDK)
Melahirkan pemanah berdisiplin, berkemahiran & berdaya saing.
๐Ÿ“ Kulai, Johor | Sejak 2025
๐ŸŽฏ Aktiviti: Latihan asas & lanjutan, kejohanan, klinik memanah

01/09/2026

Tahniah ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿ’ช๐Ÿป

30/08/2026

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ SELAMAT MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN KE-69 ๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ
31 Ogos 2026 | Malaysia Madani

Merdeka bukan sekadar bebas daripada belenggu, tetapi bebas menentukan arah dengan iman, menyatukan hati dalam satu tujuan dan melangkah teguh membina masa depan.

Sebagai insan yang memegang busur dan anak panah, kita belajar bahawa satu sasaran memerlukan fokus, satu perjuangan memerlukan kesatuan, dan setiap langkah memerlukan pedoman.

Semoga kemerdekaan yang kita nikmati terus menjadi amanah untuk kita pelihara dengan ilmu, akhlak, perpaduan dan keimanan.

โ€œMerdeka itu bila hati bebas,
iman menjadi pedoman,
dan satu sasaran menyatukan perjuangan.โ€

๐Ÿน Satu Sasaran, Satu Perjuangan.
Satu Tujuan, Satu Semangat, Satu KATA.

๐Ÿ‡ฒ๐Ÿ‡พ Ikhlas daripada:
Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai (KATA)

29/08/2026

Kita open maximum 150 pnyertaan U12 ... ON?

26/08/2026

SALAM MAULIDUR RASUL SAW

โ€œBukan sekadar mengenang sebuah kelahiran,
tetapi menghidupkan sebuah kecintaan โ€”
kepada insan yang membawa cahaya,
menuntun hati daripada gelita menuju-Nya.โ€

โ€” Setulus Ikhlas,
Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai

Photos from Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai's post 15/08/2026

Alhamdulilah terlaksana mesyuarat pertama bagi penggal 2026-2028 , beberapa perkra yg kita cuba aju dan bncgkan berkenaan hala tuju KATA utk 2027 skligus 2028 , moga trcapai apa yang dihajatkan oleh barisan AJK INDUK KATA kli ni ,

Inshallah kata 3.0 kita buat kelainan sedikit , trima kasih kpd smua yang mnyokong dan terus mnyokong KATA , terima kasih barisan kelabยฒ yang bernaung di bawah persatuan daerah dan terus mnyokong bersama ,

S**C - RTA - RAC - KMLTAS - EAC - ASHA - SDULUR - STAC - PISIS - FTAC

Moga terus maju sukan memanah khsusnya daerah kulai .. see you soon ! .. ready ?

Photos from Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai's post 01/08/2026

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ูู‘ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ูˆุณู„ู….

ุงู„ุณู„ุงู… ุนู„ูŠูƒู… ูˆุฑุญู…ุฉ ุงู„ู„ู‡ ูˆุจุฑูƒุงุชู‡

Alhamdulillah, tahniah kepada Rajawali Archery Club bersama RAC Akademi atas kejayaan menganjurkan kejohanan yang berlangsung dengan jayanya selama 2 hari.

๐Ÿ“… Hari Sabtu
๐Ÿน Kategori Barebow Lelaki & Wanita
๐Ÿน Kategori Tradisional Lelaki & Wanita
๐Ÿน Kategori Tradisional U9&12 TERBUKA

๐Ÿ“… Hari Ahad
๐Ÿน Kategori Modern
โ€ข Bawah 12 Tahun (U9)
โ€ข Bawah 15 Tahun (U12)
โ€ข Bawah 17 Tahun (U17)

๐Ÿ† Penyampaian hadiah bagi pemenang Qualification Round (QR) telah disempurnakan oleh Ahli Majlis MPKu Zon Bandar Putra, Haji Mohd Yazit bin Mohd Khail.

๐Ÿฅ‡ Penyampaian hadiah bagi pemenang Elimination Round (ER) telah disempurnakan oleh Presiden Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai (PMTDK), Encik Abdul Wafiy Hasni, yang turut berjaya menamatkan kejohanan dalam kelompok Top 5. Tahniah atas pencapaian yang membanggakan! ๐Ÿ’ช๐Ÿป๐Ÿน

Setinggi-tinggi tahniah kepada pihak penganjur, urus setia, para peserta, ibu bapa serta semua yang terlibat dalam menjayakan kejohanan ini. Semoga program seperti ini terus menjadi platform melahirkan atlet-atlet memanah yang berkualiti dan berdaya saing.

Tahniah dan syabas kepada Rajawali Archery Club bersama RAC Akademi!

16/06/2026

๐ŸŒ™ SALAM MAAL HIJRAH 1448H

โ€œHijrah Membina Ummah, Memperkasa Iman.โ€

Sempena kedatangan Tahun Baharu Hijrah 1448H, marilah kita bersama-sama memperbaharui azam, memperkukuhkan keimanan serta meningkatkan amal ibadah demi menjadi insan yang lebih baik di sisi Allah SWT.

Semoga semangat hijrah terus menyatukan ukhuwah, membentuk disiplin, kesabaran dan istiqamah dalam setiap langkah kehidupan, seiring dengan nilai-nilai yang diterapkan dalam sukan memanah tradisional.

Selamat menyambut Maal Hijrah 1448H. Semoga tahun baharu ini membawa keberkatan, rahmat dan kejayaan buat kita semua.

Ikhlas daripada:
Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai (KATA) ๐Ÿน

Photos from Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai's post 22/05/2026

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ๐Ÿค

Dengan penuh hormat, kami memperkenalkan barisan kepimpinan Persatuan Memanah Daerah Kulai bagi sesi 2026โ€“2028.

Semoga amanah yang diberikan dapat dilaksanakan dengan penuh komitmen, semangat berpasukan dan dedikasi demi memartabatkan sukan memanah tradisional. ๐Ÿน

Ya Allah, bimbinglah kami dalam memelihara dan mengangkat sukan sunnah kekasih-Mu ini dengan keikhlasan, disiplin dan istiqamah. ๐Ÿค

โ€œSatu Sasaran, Satu Perjuanganโ€




Photos from Persatuan Memanah Tradisional Daerah Kulai's post 20/05/2026

ุจูุณู’ู…ู ุงู„ู„ูŽู‘ู‡ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญู’ู…ูŽู†ู ุงู„ุฑูŽู‘ุญููŠู…

Alhamdulillah, Mesyuarat Agung Kulai Association Traditional Archery (KATA) telah berlangsung dengan jayanya pada 16 Mei 2026, melibatkan sesi pembubaran Ahli Jawatankuasa Penaja serta perlantikan Ahli Jawatankuasa Tetap bagi penggal 2026โ€“2028.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh ahli serta para hadirin yang telah memberikan komitmen, sokongan dan kepercayaan dalam menjayakan perjalanan persatuan ini.

Semoga barisan kepimpinan yang dilantik dapat menjalankan amanah dengan penuh dedikasi, seterusnya terus memperkukuhkan pembangunan serta memartabatkan sukan memanah tradisional di daerah Kulai khususnya dan Johor amnya.

โ€œBersatu Memperkasa Warisan, Teguh Memanah Tradisi.โ€ ๐Ÿน





Want your business to be the top-listed Gym/sports Facility in Kulai?

Click here to claim your Sponsored Listing.

Location

Category

Website

Address

Jalan Rajawali 13, Bandar Putra Kulai, Kulai Darul Ta'zim
Kulai
81000