04/10/2026
PIALA FA DSP ABDUL GHAPUR SALLEH | MEDIC ร GENESIS FC
Kempen Piala FA MEDIC ร GENESIS FC berakhir di peringkat kalah mati selepas aksi menentang Bombalai United petang tadi.
Perlawanan berlangsung secara terbuka dengan kedua-dua pasukan bermain berhati-hati tetapi tetap saling berbalas serangan. MEDIC turut menunjukkan beberapa fasa permainan yang baik dan berani mencuba untuk mencipta peluang.
Namun, beberapa kesilapan di bahagian sendiri menjadi titik perubahan apabila Bombalai United berjaya memanfaatkan dua peluang daripada kesilapan tersebut.
Keadaan menjadi lebih mencabar dengan beberapa pemain utama MEDIC turut berdepan kecederaan.
Bombalai United kemudian menutup perlawanan dengan satu lagi jaringan menerusi sepakan penalti.
Keputusan akhir: MEDIC ร GENESIS FC 0โ3 Bombalai United.
Dengan keputusan ini, MEDIC ร GENESIS FC tidak akan meneruskan saingan Piala FA.
Terima kasih kepada semua pemain, penyokong dan pihak penganjur atas sokongan sepanjang kempen ini.
Piala FA berakhir di sini. Liga SAFA Tawau diteruskan.