25/01/2026
Terbuka kepada semua lapisan masyarakat..
Jom semua Warga Labuan mendaftar menjadi Ahli Victrac.. Sama sama kita berjuang dalam memartabatkan sukan sunnah Memanah ini dan menaikkan nama W.P Labuan dalam sukan Memanah.. Jangan Lepaskan Peluang anda. Scan QR Code untuk mendaftar menjadi salah seorang KELUARGA VICTRAC.
Sebarang pertanyaan boleh Call atau Whatsapp Number yang tertera di poster..
Kami tunggu anda di VICTRAC..🫰💪
11/11/2025
LABUAN FM BERSAMA PEMANAH LABUAN
WORLD ARCHERY CHAMPIONSHIP
Dengarkan Bicara Eksklusif bersama-sama En. Mohd Fadhil Abdullah, Atlet Memanah, En. Zainudin Jais, Presiden Victoria Traditional Archery Club dan En. Lailee Ramble, Setiausaha Victoria Traditional Archery Club pada 11 November 2025, 9.15 pagi di LABUANfm.
05/11/2025
Selamat kembali ke tanah air buat Pemanah Victrac Labuan Fadhil Abdullah dan Mihah Al Ayubbi Albab yang baru pulang dari menyertai Pertandingan Memanah di Ulsan, Korea.
Tahniah diucapkan atas pencapaian yang begitu membanggakan, bukan sahaja membawa nama Victrac, tetapi juga mengharumkan Wilayah Persekutuan Labuan di pentas antarabangsa.
Semangat, disiplin dan kesungguhan anda semua menjadi inspirasi kepada para pemanah muda di tanah air.
Teruskan usaha, kekalkan semangat juang, dan semoga kejayaan yang diraih ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang.
Selamat kembali, WIRA Victrac Labuan!
🏹🇲🇾✨
31/10/2025
Dengan semangat juang yang tinggi, 12 wira dan wirawati Victrac — 5 pemanah lelaki dan 7 pemanah perempuan — melangkah gagah mewakili Wilayah Persekutuan Labuan dalam Cabaran Memanah Tradisional Piala Pengarah Politeknik Kota Kinabalu 2025.
Setiap anak panah yang dilepaskan bukan sekadar tanda kekuatan, tetapi lambang kesungguhan, disiplin dan maruah Labuan yang dibawa bersama. Ingatlah, kemenangan bukan hanya pada piala yang digenggam, tetapi pada semangat yang tidak pernah luntur walau dalam tekanan.
💪 Kepada seluruh pasukan Victrac, panahlah dengan hati yang yakin, mata yang fokus dan jiwa yang teguh. Setiap tarikan busur adalah doa, setiap lepasan adalah perjuangan.
Labuan di hati, Victrac di jiwa!
Bersatu, berjuang, dan buktikan bahawa kita mampu berdiri megah di pentas kejayaan.
🏹 Selamat berjuang, Team Victrac!
Semoga ketepatan panahan kalian menembusi sasaran kejayaan dan membawa pulang kebanggaan untuk Wilayah Persekutuan Labuan!
30/10/2025
“Syukur Alhamdulillah”
Segala puji bagi Allah atas kesempatan dan rezeki yang diberikan. Terima kasih kami ucapkan kepada Pengerusi Kelab Victrac Encik Simpik Alif Presiden Kelab Memanah Al Ehsan Encik Hamzah Hk Setiausaha Victrac Puan Jihanna Hamjani Bendahari Victrac Puan Dewi Osman dan Ahli ahli Victrac yang sudi meluangkan masa untuk hadir Ke Airport untuk pelepasan Atlit Labuan yang akan membawa nama negeri dan negara dalam Pertandingan Memanah di Ulsan, Korea.
Atlit Labuan yg bernama Fadhil Abdullah telah berlepas pada 29 November 2025, dengan waktu berlepas dijadualkan pada jam 3.30 petang.
Semoga perjalanan ini dipermudahkan, diberi keselamatan sepanjang perjalanan, serta dikurniakan kejayaan cemerlang di pentas antarabangsa.
Teruskan membawa semangat Labuan dan Malaysia dengan penuh kebanggaan! 🇲🇾🏹
27/10/2025
Selamat berjuang kepada semua pemanah yang mewakili Malaysia terutamanya kepada pemanah dari Wilayah Persekutuan Labuan dan Kelab Victrac Fadhil Abdullah dan Mihah Al Ayubbi Albab ke pertandingan memanah 2025 KOREA Ulsan Traditional Archery World Cup di Ulsan, Korea!
Semoga setiap anak panah dipanah dengan penuh fokus dan keyakinan.
Ingat, setiap anak panah yang dilepaskan membawa semangat Malaysia, Labuan dan Victrac bersama anda.
Jadikan pengalaman ini medan untuk membuktikan kemampuan dan semangat juang anak Malaysia!
All the best — panah dengan tepat, bawa pulang kemenangan! 🇲🇾🏹
29/09/2025
28hb september 2025
VICTRAC Family Day
29/09/2025
28hb september 2025
Victrac Family Day