16/02/2026
Selamat Menyambut Tahun Baru Cina 2026. Semoga tahun ini membawa lebih banyak peluang & kejayaan dalam setiap usaha.
Ingatan tulus ikhlas daripada kami warga kerja Jabatan Perikanan Malaysia, WP Labuan.
16/02/2026
Selamat menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2026.
Setulus Ikhlas daripada kami, warga kerja Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan.
22/08/2024
Sekitar Program Pameran Konservasi Marin sempena Penganjuran Pameran Sejarah & Biodiversiti Sempena Sambutan Bulan Kebangsaan Peringkat SK Patau Patau pada 22 ogos 2024 bertempat di Dewan Terbuka SK Patau Patau.
Program pameran konservasi marin & eksplorasi Taman Laut bertujuan meningkatkan kesedaran tentang kepentingan melindungi ekosistem marin. Matlamatnya adalah menggalakkan tindakan dalam melindungi dan menghargai kehidupan marin sejak di bangku sekolah.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan. Antaranya pameran infografik & interaktif, pendedahan spesis marin melalui pameran spesimen dan replika marin, serta menjalankan kuiz disamping pendedahan aspek keselamatan di air.
30/06/2024
Sekitar perjalanan aktiviti konservasi marin sempena HARI LAUTAN SEDUNIA 2024 yang diadakan pada 29 jun 2024 bertempat di Taman Laut Pulau Rusukan Besar WP Labuan. Acara tersebut menyaksikan perjalanan secara serentak program - program kolaborasi pelbagai agensi kerajaan, swasta & NGO.
Aktiviti pembersihan pantai dan dasar laut dijalankan secara serentak melalui penganjuran Program Reef & Beach Clean Up sempena Program CSR Syarikat JX Nippon Oil & Gas Exploration serta Program Voluntourism Pengindahan & Pembersihan
Eko-Pelancongan anjuran Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya WP Labuan. Tumpuan aktiviti pembersihan terarah kepada sekitar kawasan rekreasi pantai dan tapak Geo Park Pulau Rusukan Besar. Pembersihan dasar laut p**a dijalankan di sekitar kawasan tapak selam yang terpilih.
Turut berlangsung Program Labuan Diving Festival 2.0 yang dikelola oleh Labuan Rusukan Besar Resort sekaligus turut mempromosikan produk eko-pelancongan di WP Labuan. Antaranya seperti kawasan tapak selam yang bertaraf antarabangsa terutama 'The Big Four Labuan' serta kawasan sekitar gugusan kep**auan Taman Laut WP Labuan.
SYABAS & TAHNIAH KEPADA SEMUA YANG MENJAYAKAN.
14/06/2024
Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan (DOFL) bersama agensi rakan strategik dengan UMS selaku teraju telah menjalankan aktiviti konservasi & Pembersihan Pantai.
Bertempat di Tanjung Purun, WP Labuan. Penganjuran program kolaborasi ini adalah sempena dengan Hari Laut Sedunia
Disamping mengeratkan silaturahim, Teras utama program adalah pemupukan nilai kesedaran tentang pemuliharaan & pemeliharan ekosistem marin melalui aktiviti pembersihan pantai & sesi taklimat 'pocket talk' konservasi marin oleh DOFL.
SYABAS & TAHNIAH kepada semua yang terlibat.
09/06/2024
Sekitar Pameran Konservasi Marin sempena Fiesta Gastronomi Tradisional bertempat di Pusat Aktiviti Homestay Kampung Sungai Labu.
Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan melalui booth pameran menerapkan kepentingan pemeliharaan & konservasi marin disamping mempromosikan gugusan kep**auan Taman Laut Labuan sebagai destinasi pelancongan. SYABAS & TAHNIAH kepada MOTAC selaku penganjur & semua yang terlibat.
Penganjuran aktiviti pameran turut dilangsungkan sempena HARI LAUT SEDUNIA 2024
29/10/2023
๐๐ซ๐จ๐ ๐ซ๐๐ฆ ๐๐๐ซ๐ข ๐๐๐ฅ๐๐๐๐ง๐ , ๐๐๐ง๐ญ๐๐ซ๐ง๐๐ค ๐๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐ฒ๐๐ง (๐๐๐๐) ๐๐๐๐ ๐๐๐ซ๐ข๐ง๐ ๐ค๐๐ญ ๐๐ข๐ฅ๐๐ฒ๐๐ก ๐๐๐ซ๐ฌ๐๐ค๐ฎ๐ญ๐ฎ๐๐ง ๐๐๐๐ฎ๐๐ง
Program Hari Peladang, Penternak dan Nelayan (HPPN) 2023 berlangsung pada 28 - 29/10/2023 (Sabtu & Ahad) bertempat di Plaza Berpayung Seasport.
Antara pengisian/ aktiviti di booth Jabatan Perikanan Labuan adalah:
โขPromosi dan Jualan Produk Usahawan Bimbingan Jabatan Perikanan Labuan.
โ Yus Ocean Enterprise - Ikan Bersalut Tepung
โBorneo Venture - Sate Tuna
โResepi Bonda Resources - Karipap, Murtabak dan Samosa Tuna.
โChika Enterprise - Mini Popia Serunding Tuna.
โขPameran di booth Perikanan daripada Cawangan/unit.
โ Taman Laut
โPengembangan
โAkuakultur
โBiosekuriti
โPerikanan Tangkapan
โKonservasi Penyu
โขPermainan dan Kuiz
โKuiz dan trivia
โTekan silang kata
โTeka teki minda
โKahoot
โTeka bilangan mini popia serunding tuna dalam balang
Jom datang beramai- ramai ke booth pameran Jabatan Perikanan Labuan banyak pameran dan aktivi yang menarik sepanjang program.
Syabas dan tahniah kepada yang terlibat dalam menjayakan program HPPN ne.
13/09/2023
NOTIS MAKLUMAN
Jabatan Perikanan Wilayah Persekutuan Labuan akan melaksanakan transaksi tanpa tunai (cashless) mulai 11 September 2023 kepada semua pelancong warga Malaysia yang ingin membayar Fi Pemuliharaan Taman Laut Malaysia untuk kemasukan ke mana-mana kawasan yang telah diwartakan sebagai Taman Laut Malaysia
18/08/2023
17 Ogos 2023 - W.P Labuan
Jalinan kerjasama Jabatan Perikanan Malaysia WP Labuan (DOFL) bersama Sekolah Kebangsaan Patau Patau (SKPP) diterjemah melalui penganjuran Program Pameran Kebudayaan & Biodiversiti sempena sambutan bulan kebangsaan di dewan terbuka SKPP.
Pelbagai aktiviti berkonsepkan interaksi-konservasi diadakan. Antaranya pameran konservasi, Taklimat-Interaksi Pendidikan Marin, snorkeling guide, kuiz & trivia serta aktiviti 'puzzle solving'
Tujuan penganjuran program ini adalah untuk menyemai nilai patriotisme sempena bulan kebangsaan serta memupuk kesedaran tentang konsep 'pulih-jaga-kekal' kelestarian alam sekitar dalam kalangan murid-murid dibangku sekolah lagi.
Program turut dihadiri oleh Pengarah Perikanan, En.Faizal Ibrahim Bin Suhaili. Majlis telah dirasmikan oleh Guru Besar SKPP En.Rosli Bin Mohd Ali. Program turut disertai Jabatan Muzium Malaysia selaku agensi rakan strategik.