13/07/2026
Sukan Tahunan
Liga Bola Sepak API LEGEND,100 & 4 x 100 M
Berlangsung dengan jaya nya
Pada 12 Julai 2026
Program Dwi tahunan Liga Bola Sepak API LEGEND & acara 100 & 4x100 M berlangsung di kompleks sukan Lahad Datu menghimpunkan 100 lebih orang peserta melibatkan 5 pasukan termasuk pasukan Jemputan daripada Tawau
Program yang bermula pada pukul 8.00 pagi itu di mulakan dengan acara 100 M,dan kemudian acara Bola Sepak perlawanan pembukaan di antara Pasukan API Tawau menentang API B
Program di serikan lagi dengan kehadiran Tetamu jemputan Yang Berhormat DUN SEGAMA Muhammad Abd Karim sekaligus merasmikan kejohanan Dwi tahunan ini,Beliau juga sempat bermain dua perlawanan mewakili team API C dan sempat menghadiahkan jaringan tunggal serta kemenangan untuk pasukan tersebut selepas menewaskan pasukan API D dengan jaringan 1-0 melalui sepakan penalti
Semoga Program sebegini dapat memupuk semangat kesukanan serta merapatkan lagi Ukhwah silaturrahim sesama peserta
Juara - Api Legend A
N.juara - Api Legend B
Ketiga - Api Legend C
Keempat - Api Legend D
Kelima - Tawau
Mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam program ini khususnya kepada
👉🏻Yang Berhormat DUN Segama Muhammad Abd Karim
👉🏻Next Car Eazy Beli kereta Sabah
👉🏻TM motor
👉🏻Usaha Maju Enterprise
👉🏻J&H Enterprise
03/11/2025