Nadi Meriam Merah Malaysia

Nadi Meriam Merah Malaysia Page rasmi komuniti peminat Arsenal Malaysia dari penyokong untuk penyokong.

24jam Berita Semasa, Kupasan Taktikal & Analisis. Victoria Concordia Crescit❤️🤍

Lepas Min dengar temu bual Jurriën Timber hari ni, min dah mula rasa yang sama ada Mosquera ataupun Ben White yg akan di...
06/10/2026

Lepas Min dengar temu bual Jurriën Timber hari ni, min dah mula rasa yang sama ada Mosquera ataupun Ben White yg akan diturunkan kat posisi RB bila lawan Leeds United nanti.

Dan sejujurnya, Min memang 'okay' sangat dengan tu.

Sebelum ni pun Min sebenarnya kurang selesa tengok betapa cepatnya Timber diserapkan masuk balik dalam pasukan. Dia nampak agak 'rusty' dan kurang sharp masa lawan Brighton haritu, tapi benda tu memang boleh faham lah memandangkan dia baru je kembali dari kecederaan.

Memang takde keperluan langsung nak gopoh² bawa dia balik dan ambil risiko kena 'setback' atau injured semula. Kita ada pilihan yg cukup mampu macam Mosquera dan Ben White, jadi kenapa kita tak nak bagi Timber masa tambahan untuk pulih sepenuhnya, dapatkan balik kecergasan 'sharpness' dan pastikan dia betul² 100% bersedia?

Perjalanan musim ni masih panjang dan kita memang akan sangat² perlukan khidmat Timber, terutamanya untuk perlawanan yg lebih besar nanti.

Bagi Min, ni salah satu situasi di mana bila kita bersabar sekarang, kita sebenarnya dapat elakkan krisis yang lebih besar pada masa depan. Bagi dia 100% pulih dan fit dulu. Takde gunanya nak paksa dia main balik bila kita masih ada pertahanan lain yg boleh galas tugas tu lawan Leeds nanti. 💪🏻

🚨 UPDATE KECEDERAAN ARSENAL MENJELANG AKSI MENENTANG LEEDS. 🔴⚪️William Saliba masih TERPINGGIR akibat kecederaan belakan...
05/10/2026

🚨 UPDATE KECEDERAAN ARSENAL MENJELANG AKSI MENENTANG LEEDS. 🔴⚪️

William Saliba masih TERPINGGIR akibat kecederaan belakang dan dijangka hanya kembali pada Disember.

Sementara itu, Christos Tzolis juga menjadi tanda tanya besar selepas mengalami kecederaan hamstring ketika bersama skuad kebangsaan.

Kai Havertz turut sedang dinilai selepas meninggalkan kem Jerman lebih awal.

Declan Rice, Martin Ødegaard, Ben White, Cristhian Mosquera dan Piero Hincapié juga terus dipantau.

Bagaimanapun, masalah Rice TIDAK DIANGGAP SERIUS, manakala Ødegaard masih sempat beraksi bersama Norway selepas mengalami hentakan.

Arsenal ketika ini ada beberapa pemain yg mengalami kecederaan ringan, namun sebahagian daripada mereka mungkin boleh kembali menjalani latihan minggu ini dan membuktikan tahap kecergasan masing² sebelum aksi Sabtu. 🔴⚪️

Bila Mosquera dah cergas & fit, siapa Arteta patut 'start' lawan Leeds United - Mosquera ke Konsa?Jujurnya, Min tetap pi...
04/10/2026

Bila Mosquera dah cergas & fit, siapa Arteta patut 'start' lawan Leeds United - Mosquera ke Konsa?

Jujurnya, Min tetap pilih Konsa. Mosquera 'back' memang bagi Arteta pilihan extra, tapi selayaknya ke dia terus 'walk straight' masuk kesebelasan utama mengatasi pertahanan yg dah konsisten main?

Atau kelajuan, 'physicality' & kemampuan Mosquera 'defend in space' bagi dimensi berbeza yang buat dia berbaloi terus ditaruh sebagai 'starter'?

Min lebih rela bagi Mosquera minit permainan secara bertahap, tapi Min faham je hujah kalau nak terus 'campak' dia masuk XI. 🔴⚪️

03/10/2026

Antara Arda Güler dengan Nico Paz, siapa yg korang rasa lagi 'flexible' dan 'skillful' mat?

Buat masa sekarang ni, Min memang pilih Arda Güler. Aku tahu fizikal dan saiz badan dia akan buat sesetengah orang rasa ragu² sama ada dia boleh tahan dengan fizikaliti Premier League ke tak, tapi sejujurnya aku rasa dia boleh buat ramai orang terduduk terkejut kalau dia datang main kat England nanti.

Budak ni ada 'technical ability' yg memang luar biasa gila. Turn dia je pun dah cukup buat orang geleng kepala.

Memang padu dia ni. The magician 🪄

Madueke 'shift' pergi LW sebenarnya boleh ubah terus cara 'attack' Arsenal dari sebelah kiri.Tzolis macam kita tahu mmg ...
03/10/2026

Madueke 'shift' pergi LW sebenarnya boleh ubah terus cara 'attack' Arsenal dari sebelah kiri.

Tzolis macam kita tahu mmg selesa dgn bola kat kaki. Dia boleh masuk 'midfield', terima bola 'between the lines' & 'drive' ke depan. Ni sbb kenapa dia kerap cipta peluang untuk Ødegaard & Raya senang nak hantar bola tepat kat dia.

Madueke pulak 'profile' berbeza. Dia jenis 'touchline winger' yg offer 'hug the line', berani tackle, guna 'speed' & hantar 'crosses'.

Jadi aku expect Arsenal akan buat banyak 'crosses' dari kiri bila Noni 'start' situ (beza gila dgn apa Tzolis bagi). Dan sejujurnya, ni mmg berita baik untuk Gyökeres (especially bila Gyö tgh onform skrg).🔥

02/10/2026

Gol ni memang contoh paling padu nak tunjuk betapa bisanya Gyökeres sebagai 'transition finisher'.

Min betul² rasa kekuatan dia ni memang wajib diguna dan dimanfaatkan sepenuhnya. Dia memang cukup selesa bila 'drive' bola mengikut momentum dan ball striking dia waktu tengah pecut tu memang padu gila.

3 gol dalam 3 perlawanan untuk penyerang Sweden ni. Prestasi peringkat antarabangsa yg memang terbaik!

Statistik 0.16 xG bertukar jadi 0.48 xGOT tu jelas membuktikan kualiti rembatan tajam yang dia ada ⚽️🔥

Dua cara yang Arsenal boleh guna untuk 'manage' situasi 'Left Wing' kita sekarang ni lepas Tzolis mengalami kecederaan.S...
02/10/2026

Dua cara yang Arsenal boleh guna untuk 'manage' situasi 'Left Wing' kita sekarang ni lepas Tzolis mengalami kecederaan.

Sekarang Mikel Arteta memang tengah gigit kuku bila tengok Tzolis 'injured'.

Jangka masa nak pulih tu dengar ceritanya dalam sebulan lebih kurang dan jujur cakap lah, benda ni lah yang memang kita semua duk risaukan sangat sebelum ni.

Arsenal sekarang ni berkemungkinan cuma ada Eberechi Eze je sebagai satu-satunya pilihan pemain senior kat posisi 'LW' tu.

Jadi apa langkah kita sekarang ni?

Bagi aku, ada dua solusi yg boleh dipertimbangkan. Sama ada kita 'promote' pemain sayap kiri dari akademi untuk bagi pelapis, atau kita pindahkan salah seorang antara Saka atau Madueke pergi main kat sayap kiri dan bagi Ethan Dowman turun kat sayap kanan.

Memang tak ideal langsung situasi ni, tapi kita terpaksa jugak cari jalan nak 'manage' keadaan ni sampai Tzolis kembali pulih. 🥲

Kita tolak tepi bab negatif pasal 'international break' ni terutamanya bab senarai kecederaan yg makin panjang tu. Min r...
02/10/2026

Kita tolak tepi bab negatif pasal 'international break' ni terutamanya bab senarai kecederaan yg makin panjang tu. Min rasa sebenarnya masih ada beberapa benda positif yg kita boleh ambil.

Perkara paling besar bagi Min ialah 'confidence boost' yg sesetengah pemain kita dapat sepanjang perlawanan antarabangsa ni.

Untuk pemain Arsenal macam Viktor Gyökeres dengan Martin Zubimendi yg tak berapa dapat minit permainan yg diorang harapkan musim ni, rehat antarabangsa ni sebenarnya sangat berguna.

Gyökeres terutamanya memang betul² perlukan momentum ni. Dia nampak macam kurang keyakinan sebelum ni, tapi dia berjaya jaringkan gol dan yg paling penting sekali, kita dapat tengok balik senyuman dia tu. Kadang² benda kecil macam tu je yang seorang 'striker' perlukan untuk ‘get going’.

Zubimendi pun dapat main 72 minit masa lawan Croatia, yg mana tu minit permainan yg cukup berharga untuk tingkatkan kecergasan dia.

Harapnya diorang berdua balik dari rehat antarabangsa ni dengan keyakinan yang dipulihkan sepenuhnya dan sedia nak 'all-out' balik dengan Arsenal! 🔴⚪️

🚨 JUST IN: KEMAS KINI CHRISTOS TZOLIS!Keadaan Tzolis akan dinilai esok. Masalahnya disahkan melibatkan hamstring. 🩺Esok ...
01/10/2026

🚨 JUST IN: KEMAS KINI CHRISTOS TZOLIS!

Keadaan Tzolis akan dinilai esok. Masalahnya disahkan melibatkan hamstring. 🩺

Esok kita akan tahu sama ada ia hanya tarikan otot ringan atau koyakan otot. ⏳

Semoga bukan sesuatu yang serius. 🤞🏻🔴⚪️

Address

Langkawi
07000

Website

Alerts

Be the first to know and let us send you an email when Nadi Meriam Merah Malaysia posts news and promotions. Your email address will not be used for any other purpose, and you can unsubscribe at any time.

Shortcuts

Share

Category