26/06/2022
Terima Kasih pada YDP (TUAN SYAMSUL HAZEMAN BIN MD SALLEH) & Seluruh Warga Majlis Perbandaran Manjung kerana sudi menjemput saya untuk program temubual MPM yang bertajuk "Ape Ceghite Manjung?" pada 21 JUN 2022 yang lalu. Sebagai Anak Jati Lumut yang juga menetap di Manjung sudah pasti berasa terharu dan dihargai apabila diberikan peluang sebegini.
Terima kasih juga pada hos, Puan Nadiah yang sudi menemubual saya, profesional sungguh dia bekerja. Sampai 3 tempat dia boleh fokus dalam satu masa. Temubual saya, Puan Tahira dan berinteraksi dengan warga FB serentak. π
Semoga warga MPM semua sentiasa dipermudahkan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik senantiasa.
30/05/2022
Sebahagian daripada sesi wawancara malam tadi di Astro Arena dalam program NADI WEEKEND.
ASTRO ARENA on Twitter
βSukan Jet Ski akan jadi sandaran pingat di Sukan SEA Kemboja ππ₯ β
29/05/2022
Alhamdulillah. Hari ini berpeluang ke studio Astro Arena di Astro Bukit Jalil. Tak pernah terbayang peluang begini akan datang. Tapi dah rezeki Allah bagi, saya sangat bersyukur. Inilah pengalaman yang sangat berharga bagi saya bersama NADI Weekend.
29/05/2022
MALAM INI JAM 8.30 βΌοΈ
SALURAN CH 801πΊ di ASTRO ARENA
Saksikan Presiden Persatuan Sukan Jet Ski Malaysia, Datuk Saffian Omar & Saya...Norfirdaus Rafie.. live dari Astro Bukit Jalil dalam rancangan NADI WEEKEND.
27/05/2022
Terima Kasih OH MY PERAK kerana telah menyiarkan tentang saya dan Datuk Saffian Omar, Presiden Persatuan Sukan Jet Ski Malaysia.
β€οΈβ€οΈ
25/05/2022
Disebalik pencapaian & kejayaan saya kali ini, inilah team yang banyak membantu, menyokong dan memberikan yang terbaik. Saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat kalian & terima kasih. π₯π₯π₯πͺπ»πͺπ»πͺπ»πͺπ»
Hero-hero ini adalah :
Datuk Saffian Omar selaku Presiden Persatuan Sukan Jet Ski Malaysia,
Shamsul, Izul Fitri Hakim, Kamaruzaman, Mohd Nasrullah. π₯β€οΈ
25/05/2022
Alhamdulillah. Terima kasih Bernama TV yang sudi menyiarkan tentang saya.
SIARAN MEDIA - 24 MEI 2022
JAM 7.45pm
Link:
Malaysia raih pingat perak di Cambodia International Jet Ski Championship
Malaysia berjaya meraih pingat perak dalam kejohanan Cambodia International Jet Ski Championship di Kemboja, baru-baru ini.Pencapaian itu hadir menerusi waki...
24/05/2022
Saya sedang melakukan persiapan untuk meneruskan perjalanan pulang ke Malaysia.
Pelbagai pengalaman ditimba sepanjang acara kejohanan ini berlangsung. Setelah tamat, macam-macam juga yang saya pelajari. Macam budaya orang Kemboja, suasana di Kemboja, dan lain-lain lagi. Seronok juga dapat tengok budaya orang luar. Letih tapi berbaloi. Tak sabar nak balik rumah dan bertemu keluarga dan rakan-rakan yang banyak membantu.