05/10/2026
Dari midfield ke right back
Mari kita bercerita tentang sosok pemain paling comel dan paling putih dalam skuad ops fc. Asyraf mohamed yusuf atau acap, 36 bermula sebagai pemain tengah bertahan dari awal penubuhan ops fc hingga julai 2026. Di sebabkan ops fc ketandusan pemain di bahagian pertahanan, beliau di letakkan di posisi pertahanan kanan sebagai percubaan dan hasilnya beliau bemain baik apabila banyak melakukan block keatas pemain sayap lawan. Beliau juga ibarat menjadi bayang-bayang untuk pemain sayap lawan apabila sentiasa menutup rapat setiap ruang dan sudut yang ada ketika kubu ops fc di asak. Kecemerlangan beliau sewaktu bermain di pertahanan kanan membuatkan beliau menjadi pilihan utama coach syam bagi posisi pertahanan kanan. Selain itu beliau juga mempunyai beberapa kelebihan lain seperti larian seakan naruto, mempunyai kawalan bola yang baik dan juga mempunyai ketenangan sewaktu bola berada di kaki beliau.
Di posisi manakah asyraf akan bermain pada khamis nanti?
Saksikan perlawanan ops fc menentang veteran changkat lada pada 8 oktober jam 9 malam di kompleks sukan bagan datuk.