30/08/2026
Tahniah diucapkan kepada gandingan FBC yang berjaya menjadi johan bagi kategori Plate dalam Kej. Lawn Bowls Merdeka Open Pairs 2026. Gandingan Aqiem dan Wan yang baru pertama kali digandingkan berjaya mencipta sensasi di Arena Emas, Taman Impian Emas Skudai apabila berjaya mengejutkan pasangan berpengalaman dari Johor. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat buat pasukan FBC untuk mencipta lebih banyak kejuaraan di kejohanan akan datang. Tahniah dan syabas!!!
28/08/2026
Sesi test green para atlet FOCUS LAWN BOWLS CLUB yang akan mengambil bahagian di Kejohanan Lawn Bowls Merdeka Open Pairs Johor 2026 anjuran Persatuan Lawn Bowls Johor. Pasukan FBC akan sentiasa menyokong mana-mana penganjuran kejohanan lawn bowls bagi merancakkan lagi penganjuran kejohanan yang dianjurkan oleh mana-mana persatuan/kelab.
28/08/2026
Sedikit update keputusan perlawanan membabitkan pasukan FBC di Kej. KL Open Mix Fours 2026
1st game vs Bara Ombak - Seri (10-10)
2nd game vs Protua Terengganu - Menang (14 - 5)
Permulaan yang baik buat pasukan ini.
Teruskan menyokong pasukan FOCUS LAWN BOWLS CLUB
24/08/2026
Hanya 1 lepas grouping dan yang lain semua kandas awal di peringkat kumpulan. Atlet silih berganti namun masih tiada peningkatan.
12/08/2026
Seluruh warga FOCUS LAWN BOWLS CLUB (FBC) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan selamat bertanding kepada adik Amar Haziq bin Hamzah atas pemilihan beliau untuk mewakili Kontinjen Negeri Melaka ke SUKMA XXII Selangor 2026.
Pemilihan ini adalah hasil daripada usaha gigih, disiplin yang tinggi serta komitmen yang tidak pernah luntur dalam arena sukan lawn bowls. Kami amat berbangga melihat seorang ahli FBC diberi kepercayaan untuk membawa cabaran negeri Melaka di pentas temasya sukan terbesar negara.
Kepada adik Amar, teruskan berjuang dengan penuh semangat, kekalkan fokus dalam setiap permainan dan buktikan kemampuan yang sebenar. Menang atau kalah, anda tetap kebanggaan kami kerana berani menyahut cabaran di pentas SUKMA.
Dan kepada pasukan lawn bowls Melaka, semoga segala usaha dipermudahkan dan kejayaan mengiringi setiap langkah.
Ayuh Amar! Ayuh Melaka! ❤️🖤💛
Fokus. Berjuang. Berjaya. 🎯
11/08/2026
Salam takziah buat salah seorang pemain dan ahli kelab FBC iaitu Puan Adlin Sakina atas pemergian ibu tercinta. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Seluruh warga FBC turut berduka atas yang telah terjadi dan semoga Puan Adlin sentiasa tabah dan kuat untuk menjalani semua ini.
02/08/2026
Tahniah!!!
BRONZE FOR MALAYSIA! 🥉
Congratulations to Norazian Daud and Jariah Zakaria on winning Bronze in the Para Women's Pairs B6-B8 at the Glasgow 2026 Commonwealth Games.
02/08/2026
Tahniah Soufi dan Amirul... satu pencapaian yang membanggakan!
01/08/2026
Congrats Dato the pocket rocketman. At age 38 and still a Commenwealth Champion. Tahniah!!!
CG2026 GLASGOW
DATE : 31 JULY 2026 (FRI)
SPORTS : CYCLING-TRACK
EVENT : MEN’S KEIRIN
ATHLETE: DATO’ MOHD AZIZULHASNI AWANG
REMARKS: GOLD MEDAL
30/07/2026
Kedudukan ranking kelab terkini nampaknya dimonopoli oleh trio yang baru pulang dari negara Thailand.
ยินดีด้วย.!!!
Updated : 30 Julai 2026.